Program Bakul Ramadan 2021

 27 April 2021: Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah melaksanakan Program Bakul Ramadan 2021 dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Telok Kemang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Port Dickson. Seramai 30 orang dari golongan keluarga miskin, ibu/bapa tunggal dan mualaf telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan makanan bagi meringankan beban mereka di Bulan Ramadan ini. Penerima sumbangan Bakul Ramadan adalah di sekitar kawasan Komuniti Politeknik Port Dicskon iaitu Telok Kemang, Taman Politeknik dan Taman Intan perdana. Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu warga Politeknik Port Dickson mendekati komuniti setempat dalam bersama-sama meraikan bulan Ramadan dan Syawal akan tiba.