SYAIR TASAWWUF
Bukanlah bertasawwuf dengan pakaian ☆
bukan pula dengan perbualan.
Atau dengan banyak pengakuan ☆
atau dengan tinggi ilmu pengetahuan.
Malah bertasawwuf didalam hati ☆
dengan keazaman yang teguh lagi sejati.
Pastikan amalan menjadikan bukti ☆
lagi ketekunan amatlah pasti.
Dengan niatnya penuh keikhlasan ☆
pada qolbu yang dilimpahkan dengan kebersihan.
Tanpa mengharap sesuatu ganjaran ☆
selain hanya ganjaran Tuhan.
Berusaha keras sepanjang waktu ☆
dengan zikirullah sebagai pembantu.
Demi menuju matlamat yang satu ☆
iaitu keredhaan Allah amatlah tentu.
Ditulis semula oleh Tuan Guru Muhamad Saleh Hamzah petikan dari kitab MANHALAS SAFI CETAKAN LAMA tulisan oleh Almarhum Tuanguru Haji Abdul Majid bin Abdul Latif.