Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati : ........Bertaubatlah.......

 Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah :


1) Lepas solat terus cari phone

2) Baca Quran pun dah tak ada keghairahan

3) Bangun tidur terus capai phone

4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi

5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone

6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga

7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti nanti sedang leka melayan phone

8) Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone

9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone

10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone

11) Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone

12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang² sampai tertido, kita dok acah² respond tapi tangan dok sibuk menaip kat phone

13) Anak minta susu sampai tertido sampai kita tak perasan dia tertido, dan tangan masih tak lekang dari phone

14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.


Astaghfirullah. 

Jika tanda² di atas ada dalam diri kita, segera lah bertaubat, perbanyakkan Istighfar dan segera sorokkan phone anda. Jangan sentuh phone langsung. Selagi perasaan cinta kasih sayang terhadap phone tak dapat dihapuskan. Selagi itu jangan pegang phone. Ketika mana rasa ketagihan phone datang, tahan diri! LAWAN! KUAT! INGAT! Jangan sentuh phone. 

Ambil Wudu', Solat 2 rakaat, Baca Quran. Lepas baca Quran, buat Taklim Infradi. In Shaa Allah lama² phone tiada lagi dalam hati. Banyakkan zikir dan selawat. 

Rawat dulu ketagihan ini sampai dah sihat penyakit phone ni, baru pegang semula phone tetapi bersyarat. 

Kita yang sebenarnya mendahului kanak² dari segi TANTRUM. Kalau kita pun degil, macam mana nak control anak² yang ketagih phone. Hancur! 

Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.