SOP PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), 13 - 26 Jan 2021

 Penguatkuasaan PKPB di Negeri Sembilan yang bermula pada 13-26  Jan 2021 ini melibatkan SOP PKPB yang masih sama seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini KECUALI atas perkara-perkara berikut: 


i. Pergerakan merentas negeri ke luar kawasan PKPB/PKP/PKPD adalah TIDAK DIBENARKAN.


ii.Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah/Pameran Perdagangan dan aktiviti MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) TIDAK DIBENARKAN.


iii. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulangtahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.


iv. Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu dengan syarat tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal, golf dan lain-lain di dalam kawasan PKPB adalah DIBENARKAN dengan mematuhi SOP sektor sukan dan rekreasi.


v. Sektor Pendidikan melibatkan Sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Pusat Tahfiz, institusi pendidikan swasta, Pusat Tuisyen Pusat Bahasa, Pusat Kemahiran Pusat Perkembangan Minda dan Pusat Bimbingan dan Institusi Institusi Pendidikan lain DIBENARKAN dibuka selaras dengan Garis Panduan Pengoperasian Institusi Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Untuk perhatian dan makluman bersama, terima kasih


MKN Negeri Sembilan