31 Dec 2021, Jumaat Kuliah Maghrib - Ybhg Ust Md Azmi Mohamed Sukaimi

 

31 Dec Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust Md Azmi Mohamed Sukaimi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Rasullullah SAW bersabda:

Apabila seseorang mukmin itu melakukan sesuatu dosa maka ada titik hitam dalam hatinya, sekiranya dia bertaubat & beristighfar maka bersihlah hatinya itu, sekiranya ia berulang (dosanya) maka bertambahlah (titik hitam itu) sehingga ia menutupi hatinya, maka itulah al-ran yg disebut oleh Allah dalam al-Quran yg bermaksud “bahkan apa yg telah mereka usahakan itu (kekufuran & kemaksiatan) telah menutup hati mereka”.

Al-Hakim, al-Mustadrak `ala al-Sahihayn, juz.1, hlm.45.

31 Dec 2021 Tazkirah Jumaat Ybhg Ustaz Hj Shafie Muhammad (Pegawai Agama PD) 12.30tgh

.............. On-Line FB.................

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=254160780154204&id=100056540603097



31 Dec2021

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Hj Shafie Muhammad (Pegawai Agama PD)

12.30tgh


Dari Abu Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, 


✈️sesiapa yang pergi pada masa yang ke2, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, 

✈️dan sesiapa pergi pada masa yang ke3, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, 

✈️dan sesiapa yang pergi pada masa yang ke4 seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, 

✈️dan sesiapa yang pergi pada masa ke5, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur 


dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. 


[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

JOM WAKAF KARPET MASJID KARIAH TELOK KEMANG 2021

 

DANA WAKAF KARPET

MASJID KARIAH TELOK KEMANG

‎وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, nescaya Dia akan menggantinya” - Surah Saba ayat 39

Assalamualaikum, Pihak Masjid kariah dalam perancangan untuk menukar Karpet masjid yang telah lusuh. Kos keseluruhan pemasangan berjumlah hampir RM90,000.00 

Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun berikut: MASJID KARIAH TELOK KEMANG

05-049-01-0000-408

BANK ISLAM

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

#remark - dana karpet

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:-

Pengerusi:- Wasap.my/+60192139150/nak.info.wakafkarpet

Bendahari:- Wasap.my/+60126847100/nak.info.wakafkarpet

🛑Wasap Group Masjid:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

29 Dec 2021 - Rabu Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Abdul Manas Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS - Kitab Tanbihul Ghafilin

 

Klik 
...........fb...........


29 Dec - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abdul Manas

Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS

Kitab Tanbihul Ghafilin

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yg menempuh satu jalan utk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.

Tidaklah satu kumpulan brkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah² Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) & mmpelajarinya sesama mereka melainkn akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat & dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yg berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

28 Dec 2021, Selasa - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin - Timb.Mufti Kerajaan N Sembilan.

 

28 Dec Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin

Timb.Mufti Kerajaan N9


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


DOA SELEPAS BACAAN TAHIYYAT


Daripada Abu Hurairah RA, beliau mndengar bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada 4 perkara:

1. daripada seksaan kubur

2. seksaan neraka Jahanam

3. fitnah kehidupan dan kematian

4. serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” 

[Riwayat Muslim (588)]

27 Dec 2021 , Isnin - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Halue - Kitab Akhlak Seorang Muslim

 

27 Dec Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Seorang Muslim


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Riwayat al-Tirmizi (1079)

Maksudnya: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar & dirham, yg ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan & dosa kemaksiatan. Riwayat Abu Daud (3597)

Jom Ramai Ramai Kita Ke Masjid UNtuk Belajar Ilmu

 


26 Dec 2021 - Ahad Kuliah Subuh - Ybhg Ust.Hj Suhaimi - Tafsir AlQuran

 

26 Dec - Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ust.Hj Suhaimi

https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

Tafsir AlQuran

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Firman Allah SWT:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus." (Surah Ali Imran: 51)

Keterangan Ayat:

1. Nabi Isa a.s mengisytiharkan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu! 

2. Kita semua adalah sama! Hamba Allah SWT! Maka hendaklah kamu mengabdikan diri hanya kepadaNya!

3. Inilah jalan yang lurus! Jalan yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat! 

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

Mukmin yang dikagumi

 

Pengajaran:

1.  Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku ke atas dirinya.

2.  Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur di atas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:

(a)  Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri;

(b)  Cinta kepada Allah;

(c)  Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah;

(d)  Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut;

(e)  Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah. 


3.  Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha.  Dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

4.  Ibnu Qayyim menyatakan: "sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur."

5.  Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

6.  Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan  dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

25 Dec 2021 - Sabtu Kuliah Subuh - Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir - Kitab Hikam

 

25 Dec Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam

"Wirid  mendatangkan kepada kamu warid supaya kamu bebas dari penjara (hijab) wujud kamu dan masuk kepada syuhud (penyaksian hakikat sifat Wujud Allah) "

--Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam.

Menurut Imam al-Ghazali, kepentingan mengenali Allah SWT adalah kerana daripadanya terbina Rukun Iman. Ia juga adalah hikmah dalam penciptaan sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan pada bumi ada tanda-tanda (yg membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yg mahu mencapai pengetahuan) yg yakin.”

(Surah al-Zariyat: 56)

24 Dec 2021 - Jumaat Tazkirah Jumaat - Ybhg Ust Mohd Zaidi

 

24 Dec - Jumaat

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ust Mohd Zaidi

Dalil membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” [Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]


Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra : “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

24 Dec 2021 - Jumaat Kuliah Maghrib - Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza - Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

 

24 Dec Jumaat

Kuliah Maghrib

Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza

Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

Selepas Solat Maghrib

Antara Amalan² yg dianggap paling utama & mmpunyai bnyk klebihannya serta sangat digalakkn oleh guru² tarekat ini membaca & mengamalkannya ialah:


SELAWAT AZAMIAH

اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحً

22 Dec 2021 - Rabu Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Abdul Jabar - Kitab Safinatun Najah

 

22 Dec - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abdul Jabar

Kitab Safinatun Najah


SOLAT MERUPAKAN TIANG AGAMA

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

🔥Sumber:https://bit.ly/3Fz9qeF

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

20 Dec 2021 - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah - Kitab Adabul Mufrod

 

20 Dec 2021

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah

Kitab Adabul Mufrod


Sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Barangsiapa yg tidak memberi rahmat maka tidak akan dirahmati”.

Riwayat al-Bukhari (5997)


Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengulas hadis ini, menukilkan daripada Ibn Battal yg berkata: “Hadis ini mengandungi maksud galakn kepada mnggunakan rahmat (perasaan belas kasihan) kepada semua makhluk sama ada org mukmin, kafir, haiwan yg dimiliki atau tidak dimiliki. Trmasuk dalam rahmat ialah sentiasa memberi makan, minum & meringankn bebanan & tidak melakukn tindakan salah laku dengan memukul.” (Lihat Fath al-Bari, 10/440)


🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BANJIR

 HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BANJIR

Ramai yang bertanya khasnya ketika negara dikejutkan dengan musibah banjir yg kini teruk melanda Lembah Klang dan Selangor serta di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan.  Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ganjaran pahala atas ujian yang menimpa. 


Ramai yang tampil mahu menghulurkan bantuan. Justeru, ada yang bertanya juga apakah wang zakat boleh diberikan kepada mangsa banjir? Apakah mereka termasuk dalam kategori asnaf? 


Bagi menjawab persoalan ini, Al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradhawi Hafizahullah telah menukilkan dalam kitab beliau Fiqh al-Zakah (2/622) dalam bahagian kelima bab Asnaf al-Gharimin. 


Beliau menyatakan mereka yang terlibat dengan krisis bencana alam adalah tergolong dari golongan asnaf al-Gharimin (orang yang berhutang). 


"Terlebih khusus untuk digolongkan dalam asnaf al-Gharimin ini adalah mereka yang dikejutkan dengan bencana alam yang menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan yang diperlukan dan menyebabkan mereka terpaksa berhutang (kerana keputusan sumber ketika bencana) disebabkan keperluan memdesak diri dan keuarga mereka. 


Daripada Mujahid mengatakan bahawasanya terdapat tiga golongan yang dikategorikan sebagai al-Gharimin :


Pertama : Mereka yang hilang hartanya kerana banjir


Kedua : Mereka yang hilang hartanya kerana kebakaran


Ketiga : Ketua keluarga yang punya tanggungan (keluarga) namun tiada punca pendapatan 


Dalam hadith Qabisah bin al-Mukhariq al-Hilali sebagaimana riwayat oleh Imam Ahmad, Al-Nasaie dan Abu Daud bahawasanya Nabi s.a.w bersabda kepadanya : 


"Wahai Qabisah! Sesungguhnya tidak dibolehkan meminta (zakat/sedekah) kecuali untuk tiga keadaan. 

Sesorang yang menanggung bebanan kewangan pihak lain lalu berlaku kesulitan namun beliau menahan diri dari meminta. 

Begitu juga seseorang yang diuji dengan bencana lantas beliau kehilangan hartanya maka berhak dia meminta sehingga mencukupi keperluan hidupnya semula. 

Juga seseorang yang terhimpit dengan kesulitan (kemiskinan dan seumpanya) yang diperakui oleh mereka yg dipegang hujahnya di kalangan kaumnya akan keadaannya itu bahawasanya dia dari kalangan yang susah maka dia berhak meminta bahagian dari zakat sehinggalah keperluannya dipenuhi. Wahai Qabisah! Sesiapa yang meminta dari bukan haknya dan memakan dari bukan bahagiannya adalah seorang yg jahat. (Lihat Nayl al-Awtar 4/168).


Dalam kes ini zakat justeru dianggap sebagai satu jaminan (seumpama kontrak takaful) kepada kesan kewangan dan kerugian harta yang menimpa golongan yang dilanda bencana yang diberikan tanpa sebarang bayaran sepertimana pembayaran caruman bulanan."


Oleh itu, golongan yang kena bencana adalah termasuk dalam asnaf zakat dan mereka berhak menerima bantuan berupa zakat, infaq mahupun sedekah.


CADANGAN BENTUK AGIHAN


1. Bagi mereka yang ingin berniat memberi bantuan zakat, disarankan agar menyampaikannya dalam bentuk wang. Ini adalah lebih menepati kehendak zakat dan memenuhi keperluan semasa kerana kos-kos baik pulih, pembangunan semula, dan segala kos berkaitan pasca-bencana adalah melibatkan soal kewangan. 


2. Jika ingin membantu dari aspek barangan dan keperluan ataupun makanan, lebih utama agar diniatkan sebagai sedekah fi sabilillah ataupun infaq umum. Hal ini bagi mengelakkan pertindihan dengan bantuan-bantuan sedia ada yang bersumberkan dana umum selain zakat.


3. Namun, sekiranya barangan keperluan dan makanan hendak diberikan menerusi sumber zakat, maka hendaklah dipastikan barangan tersebut benar-benar diperlukan oleh asnaf sekeluarga (mangsa bencana) yang terlibat secara langsung dan tidak berlaku pembaziran atau sebarang bentuk yang membawa kepada kerugian yang tidak terkawal.


4. Jika sekiranya pemberian dana zakat hendak disalurkan menerusi NGO, pertubuhan kebajikan, yayasan dan seumpamanya, hendaklah dipastikan pertubuhan tersebut menggunakan sepenuhnya dana zakat (sebaik-baiknya diasingkan daripada dana lain) untuk keperluan dan maslahat pasca-bencana dan tidak dibenarkan mengambil sebarang keuntungan daripada dana zakat. Perkara ini tergolong dalam takrifan fi sabilillah dan hendaklah diusahakan dana zakat tidak disalah guna ataupun salah urus.


5. Pemberian zakat menerusi pusat-pusat zakat, kerana pusat zakat juga ada memperuntukkan bantuan untuk mangsa-mangsa bencana.


Semoga segala bantuan dan ihsan kita semua diterima Allah dan semoga segala ujian akan mendatangkan ganjaran pahala yg besar dan berpanjangan buat mereka yang dilanda musibah dan mereka yang membantu. 


Wallahu A'lam.


Tuan Guru Ahmad Husni Abd Rahman

Unit Syariah dan Antarabangsa PPZ-MAIWP

JUMAAT - JOM PERBANYAKKAN SELAWAT

 JUMAAT - JOM PERBANYAKKAN SELAWAT


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yg berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat.” [Riwayat Muslim (384)]


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yg dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yg paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]


firman Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah & malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan & kebaikn) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yg sepenuhnya.

15 Dec 2021 Rabu - Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Shamsul Bahari - Tajwid Dan Talaqi Alquran


 15 Dec Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Dan Talaqi Alquran

Klik dibawah ini....

...................fb.....................

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1035192227337611&id=100056540603097


Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

 

Pengajaran hadith :

 Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.

Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani


🛑 Infaq Tabung Masjid https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🛑Wasap Group:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

14 Dec 2021 - Selasa Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Lt Kol.Rudin - Kitab 40 Hadis Akhir Zaman

Klik Di sini   

Klik........ fb

https://www.facebook.com/100056540603097/videos/328320252462211/

14 Dec - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Lt Kol.Rudin

Kitab 40 Hadis Akhir Zaman


Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam & satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” [Riwayat al-Tirmizi (2332)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]


 Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam & siang seperti yg disokong di dalam hadith lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas sehingga setahun dirasa seperti sebulan & juga manusia berterusan berada di dalam kejahilan, [Lihat: Fath al-Bari, 1/171]

Allah................................................

 MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI. SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH


SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT


     ... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭


☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

13 Dec 2021 - Isnin - Kuliah Mghrib - Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid - Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din

 

13 Dec - Isnin

Kuliah Mghrib

Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid

Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din

Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : “ Amalan salah seorang dari kamu tidak akan menyelamatkannya. Seorang lelaki berkata : Walaupun engkau wahai Rasulullah. Nabi SAW : Walaupun aku akan tetapi Allah saluti aku dengan Rahmatnya.” Riwayat Muslim (5165)


Firman Allah SWT : Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Ali Imran : 31)

DANA WAKAF KARPET MASJID KARIAH TELOK KEMANG

 

DANA WAKAF KARPET

MASJID KARIAH TELOK KEMANG

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, nescaya Dia akan menggantinya” - Surah Saba ayat 39

Assalamualaikum, Pihak Masjid kariah dalam perancangan untuk menukar Karpet masjid yang telah lusuh. Kos keseluruhan pemasangan berjumlah hampir RM90,000.00 

Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun berikut: MASJID KARIAH TELOK KEMANG

05-049-01-0000-408

BANK ISLAM

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

#remark - dana karpet


Hubungi kami untuk maklumat lanjut:-

Pengerusi:- Wasap.my/+60192139150/nak.info.wakafkarpet

Bendahari:- Wasap.my/+60126847100/nak.info.wakafkarpet

🛑Wasap Group Masjid:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

Tahun 2022 , Tarikh Penting Dalam Islam

Tahun 2022 , Tarikh Penting Dalam Islam

 

Ayam Turki, Ayam India, Ayam Peru, Ayam Rom, Ayam Perancis, Ayam Australia, Ayam Moroko, AYAM BELANDA?????????????????????

 dari sahabat Tok Wee.........


12 Dec 2021 - Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Hj Suhaimi - Tafsir Alquran (Surah Ali Imran)

klik .......
................fb.....................




 12 Dec 2021

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir Alquran (Surah Ali Imran)

https://t.me/KuliahUstazSuhaimi


Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۗ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ [آل عمران : 51]

Ertinya: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus." (Surah Ali Imran: 51)

Keterangan Ayat:

1. Nabi Isa a.s mengisytiharkan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu! 

2. Kita semua adalah sama! Hamba Allah SWT! Maka hendaklah kamu mengabdikan diri hanya kepadaNya!

3. Inilah jalan yang lurus! Jalan yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat! 

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

11 Dec 2021 - Program Gotong Royong Masjid Kariah Telok Kemang

 

11 Dec 2021

Program Gotong Royong Masjid

Firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Surah al-Ma’idah(2)


🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🛑blog masjid, http://masjidtkemang.blogspot.com/?m=1


TQ yang menghulurkan tenaga. Pasukan Bomba dan Penyelamat T Kemang 
serta orang perseorangan.





















11 Dec 2021 - sabtu - Kuliah Subuh - Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir - Kitab hikam

Jom....

............fb..................... 

klik di bawah 👇👇👇

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/915560245759704/


11 Dec - sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab hikam

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

Surah al-Qasas (56)


Ibn Kathir berkata: "Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya SAW: “Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberikan hidayah kepada orang yang engkau cintai”, maksudnya itu bukan urusanmu. Tetapi, kewajibanmu hanya menyampaikan dan Allah akan memberi hidayah (petunjuk) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 10/473)

10 Dec 2021 - Jumaat Kuliah Maghrib - Ustaz Shukri Shamsudin - Kitab Al Azkar

 

10 Dec - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ustaz Shukri Shamsudin

Kitab Al Azkar

Doa Ketika Melihat atau Mendengar Musibah Menimpa Org Lain

Brikut adalah doa yg diajarkn oleh Nabi saw. ketika kita mlihat atau mndengar bencana turun. Doa ini disebutkn dlm kitab Sunan Tirmidzi & Alazkar, dari Abu Hurairah, dari Nabi saw. brsabda;

مَنْ رَاَى مُبْتَلًى فَقَالَ :الـحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّـا ابْتَلاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً، لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ اْلبَلاَءُ

“Brangsiapa melihat sebuah bncana, lantas mmbaca doa ini; (segala puji bagi Allah yg telah mnyelamatkn aku dari apa yg mnimpamu & mmberikn keutamaan kepadaku atas makhluk (lainnya) yg Dia ciptakn), maka bncana trsebut tidak akan mnimpa dirinya.”


Imam Nawawi dlm kitabnya al Azkar mnyebutkn, para ulama mnganjurkn agar doa di atas dibaca pelan. Hanya dirinya saja yg mndengar & tidak boleh org yg trkena bncana mndengar. Hal ini dimaksudkn agar tidak menyakiti perasaan org yg lagi terkena bncana trsebut.

9 Dis 2021 , Malam Munajat - Diketuai Oleh Tuan Imam Khidir

 


9  Dis 2021 , Malam Munajat - Diketuai Oleh Tuan Imam Khidir

8 Dec 2021, - Rabu - Kuliah Maghrib- Ybhg Ustaz Shamsul Bahari - Tajwid Dan Talaqi AlQuran

Klik .............................

.............fb................................. 

ttps://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang/videos/172390565069461/



8 Dec - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari
Tajwid Dan Talaqi AlQuran

DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

ALLOHUMMA NAWWIR BIKITABIKA BASHORII
ya Alloh terangilah pengelihatanku dengan/sebab kitabMu

WA ATHLIQ BIHI LISAANII
dan ucapkannlah lisanku dengan/sebab kitabMu

WASYRO_H BIHI SHODRII
dan lapangkanlah dada dengan/sebab kitabMu

WASTA'MIL BIHI JASADII
dan gerakkanlah jasadku dengan/sebab kitabMu

BI_HAULIKA WAQUWWATIKA
dengan daya dan kekuatanMu

FAINNAHUU LAA_HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BIKA
maka sesungguhnya tidak ada daya dan 
kekuatan kecuali sebab daya/kekuatanMu

YA ARHAMAR RAHIMIN
(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)

lihat kitab حق التلاوة / HAQQU ATTILAAWAH 
karya Husainy Syeikh ‘Utsman hal.169

6 Dec 2021, Isnin Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah - Kitab Adabul Mufrad

 Klik  ..........

.......fb...........

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/912944626021266/

6 Dec Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah

Kitab Adabul Mufrad


Orang Sombong Tak Masuk Syurga

Daripada ‘Abdullah bin Mas'ud r.a., daripada Nabi SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang  dalam hatinya terdapat seberat zarah daripada sifat kesombongan. Lalu seorang lelaki bertanya: "Sesungguhnya seorang lelaki suka memakai baju dan kasutnya yang baik, (apakah ini termasuk daripada kesombongan)?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain." (Riwayat Muslim, no. 91 (147)🔰Sumber:https://bit.ly/3GithOS


🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

5 Dec 2021, Ahad , Kuliah subuh - Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat - Kitab Ehwal Kematian Dan urusan akhirat

 

5 Dec Ahad

Kuliah subuh

Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat

Kitab Ehwal Kematian Dan urusan akhirat


Nabi s.a.w bersabda:

Daripada Abu Hurairah; Sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat”.


(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dll. Hadis sahih. Dinilai sahih oleh al-Nawawi, al-‘Iraqi, al-Albani, al-Arnaut dll)


🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

4 Dec 2021 - Sabtu Kuliah Subuh - Ybhg Lt.Kol Zulkeple - Kitab Hadis 40

 

4 Dec Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Lt.Kol Zulkeple

Kitab Hadis 40 

Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yg paling baik adalah yg berterusan.

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda : 

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”

Riwayat Muslim (1780)


Imam Nawawi berkata: Hadis ini menggalakkan amalan yang berterusan dan bahawa sedikitnya amalan yg berterusan lebih baik daripada amalan yg banyak namun terputus kerana dengan berterusannya amalan yg sedikit tersebut, maka akan berterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah, dan ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga membuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/71)

3 Dec 2021 - Jumaat Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Lt Kol.Rudin - Kitab 40 Hadis keadaan umat sebelum kiamat

Sila Klik.......

FB.................. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=452471019572050&id=100056540603097


3 Dec - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Lt Kol.Rudin

Kitab 40 Hadis keadaan umat sebelum kiamat

Abu Umamah menyatakan sekiranya aku mati, maka lakukan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya: apabila telah mati salah seorang daripada saudara kamu, maka ratakanlah tanah di atas kuburnya. Maka hendaklah salah seorang daripada kamu berdiri di sisi kepala kuburnya, kemudian ucaplah “wahai Fulan bin Fulanah”.

Riwayat al-Tabrani (7979)

Imam Ibnu hajar al-Asqalani menyatakan bahawa sanad hadis ini baik dan terdapat syawahid. (Lihat al- Talkhis al-Habir, 2/311)

1 Dec 2021 - Rabu , Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof - Kitab AlQuran Penyelamat Siksaan Kubur

 

1 Dec - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof

Kitab AlQuran Penyelamat Siksaan Kubur

Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” [Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]


Sumber : https://bit.ly/3EdibKC

30 Nov 2021 - Selasa Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Abdul Manas Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS - Kitab Tanbihul Ghafilin

Klik ....

FB...................

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/909466419702420/?sfnsn=mo


30 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abdul Manas

Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS

Kitab Tanbihul Ghafilin


KEADAAN MASUK SYURGA TANPA HISAB BAGI PELAKU DOSA BESAR


firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). (Surah al-Nisa: 48)


Ibn Jarir al-Tabari dalam menjelaskan ayat ini menyebut: “Ayat ini menjelaskan bahawa semua pelaku dosa besar berada di bawah kehendak Allah. Jika berkehendak, Dia memaafkannya, dan jika berkehendak, Dia akan menyeksanya. Selama mana dosa besarnya bukanlah sebuah kesyirikan kepada Allah.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil ay al-Quran, 8/450)


🛑rujukan sumber : https://bit.ly/31bjtXY

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

29 Nov 2021 - Isnin Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Shukri Ismail - Kitab Rahsia Kmatian, Alam Akhirat & Kiamat

.......Klik .......FB....... 

https://www.facebook.com/100056540603097/videos/1137901286616705/


29 Nov - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shukri Ismail

Kitab Rahsia Kmatian, Alam Akhirat & Kiamat

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri & apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614)

Syaitan akan membisikkn bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih & gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya. Rujuk Tafsir Ibn Kathir (4/750)

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Yg melemparkan bisikan & hasutannya ke dalam hati manusia.  (Iaitu pembisik & penghasut) dari kalangan jin & manusia”

(Surah al-Nas: 5-6)

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS TAHUN 2022

 

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS TAHUN 2022

📍 Senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns