KHASIAT KACANG PIS


¤ RENDAH LEMAK DAN KALORI ¤
Kacang pis adalah rendah lemak tetapi tinggi dalam zat dan nutrien. Secawan kacang mempunyai kurang daripada 100 kalori tetapi terdapat banyak protein, serat dan mikronutrien.

¤ PENCEGAHAN KANSER PERUT ¤
Kacang pis mengandungi jumlah polifenol yang tinggi yang menghasilkan pelindung dari kanser perut yang dipanggil coumestrol. Satu kajian di Mexico City bahawa anda hanya perlukan 2 miligram sehari fitonutrien ini untuk membantu mencegah kanser perut. Secawan kacang pis mempunyai sekurang-kurangnya 10 miligram.

¤ ANTIPENUAAN DAN PENGUAT SISTEM IMUN ¤
Ini datang daripada tahap antioksidan yang tinggi, termasuklah
flavinoids : catechin dan epicatechin
karotenoid : alfa-karotena dan beta-karotena
asid fenolik : asid ferulic dan caffeic
polifenol : coumestrol

¤ PENCEGAHAN PENYAKIT ¤
Peningkatan usia seseorang akan memudahkan untuk mendapat gejala penyakit seperti kedutan kulit, alzheimer, arthritis, bronkitis, osteoporosis dan candida.
Pencegahan ini datang dari ciri-ciri anti-radang yang terbentuk pada khasiat kacang pis. Keradangan yang berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit jantung, kanser, dan penuaan.
Ciri-ciri termasuk ini termasuklah;
Pisumsaponins I dan II dan pisomosides A dan B (fitonutrien anti radang didapati hampir secara eksklusif dalam kacang )
Jumlah vitamin C dan vitamin E dan mineral zink yang bersifat antioksidan.
Omega 3 lemak dalam bentuk asid alfa-linolenik (ALA)

¤ MENCEGAH DIABETES ¤
Karbohidrat pada semua kacang adalah dalam bentuk gula semula jadi dan kanji tanpa gula seperti gula putih yang mengandungi bahan kimia kerana sifatnya yang sintetik. Antioksidan dan ejen antiradang pada kacang pis mencegah atau menterbalikkan rintangan insulin (diabetes jenis 2).

¤ PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG ¤
Banyak sebatian antioksidan dan anti radang dalam kacang menyokong saluran darah yang sihat. Selain dari pemendapan kolesterol, pembentukan plak di sepanjang dinding saluran darah kita bermula dengan tekanan oksidatif yang berlebihan dan keradangan. Amaun vitamin B1 dan folat, B2, B3, B6 yang banyak dalam kacang pis mengurangkan tahap homocysteine iaitu faktor risiko untuk penyakit jantung.

¤ MENCEGAH SEMBELIT ¤
Kandungan serat yang tinggi dalam kacang meningkatkan kesihatan usus dan peristalsis .

¤ TULANG YANG SIHAT ¤
Hanya satu cawan kacang mengandungi 44% daripada Vitamin K anda yang membantu untuk menyerap kalsium ke dalam tulang. Vitamin B yang terkandung dalamnya juga membantu untuk mencegah osteoporosis.

¤ MENGURANGKAN KOLESTROL TIDAK BAIK ¤
Niasin dalam kacang membantu mengurangkan pengeluaran trigliserida dan VLDL (lipoprotein berketumpatan rendah sangat) yang menyebabkan kolesterol kurang baik meningkat HDL kolesterol dan menurunkan trigliserida.

Jom order kerepek kacang peas..