بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعي ن
.
Assalamualaikum. Salam pagi Isnin bersamaan 16 Syaaban 1440H. Muga amal ibadat kita diterima Allah swt. Alhamdulillah di atas nikmat yg tidak ternilai drpd Allah swt. Semuga kita berusaha membalasnya dgn ketaatan dan hati serta bibir yg sentiasa memuji dan memuliakan keagunganNya. Itulah sebagai salah satu tanda syukur kita kpdNya. Ya Rabb hanya yg boleh menyelesaikan pelbagai masaalah kami dan memberi kami segala kemudahan. Kau lemah lembutkanlah takdirMu ke atas kami. Walhamdulillah. Ammeen Ya Rabb.
Doa Hari Isnin
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yang berkekalan dlm menjalankan tugas dan kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan.
Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami dgn penuh ria'yah agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera dan aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun n taat utk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah. Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para Sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin