Antara Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Sabda Nabi SAW: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى 

Maksudnya : "Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah,

 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu).”

(HR Al-Tirmizi)

[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no : 3540, Hadis Gharib, terdapat seorang perawi bernama Abu Ibrahim al-Ansari, di sisi Ahli Hadis, beliau bukan perawi yang kuat]

https://www.facebook.com/tarekattasauwuf/ - jabatan mufti kerajaan negeri sembilan

👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

9 zulhijjah 1441H

Petikan
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH 
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku

################

Semoga Shalawat dan salam senantiasa tercurah buat junjungan kita, Baginda Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wassalam beserta keluarganya dan para sahabat yang mengikutinya. Allahumma shali ala Sayyidina Muhammad wa ala ali Sayyidina Muhammad

👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

29 July 2020
8 Zulhijjah 1441H

hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

1.) Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. 

Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah.

 Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).

2.)  disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. 

Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. 

Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. 

[Lihat: al-Mughni, 3/249

Kuliah Agama 27 Julai - 31 Julai 2020

29 July Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahri Mahmud
Tajwid & Talaqi AlQuran

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)
 
Pengajaran hadith :
 
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.

Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

28 July Selasa
kuliah maghrib
Ybhg Ust.Amran Hj Awaludin
Timbalan Mufti Negeri 9
(Isu-Isu Semasa & Fatwa Terkini)

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,
”Apakah taman syurga itu?” 
Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majelis Ilmu).” 
(Riwayat At-Tirmidzi)

👇👇👇👇👇 
Tekan link biru utk joint 
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang     
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

27 July - Isnin                                                
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue Mat Tahir
Kitab Akhlak Seorang Muslim

4 Perkara meninggikan darjat seseorang di sisi Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW :

1- Berlapang dadalah engkau terhadap orang-orang yang membodohi kamu.
2-Engkau suka memberi maaf kepada orang-orang yang telah menganiaya ( menzalimi ) kamu.
3- Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepadamu,
4-  Engkau mahu bersilaturrahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau.

H.R. Thabrani

Kitab Akhlak Seorang Muslim – Muhammad Al-Ghazali- M/S: 230

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

31 Julai 2020, SOLAT SUNAT IDUL ADHA

SOLAT SUNAT IDUL ADHA

Tarikh : 31 Julai  2020

Solat Sunat IDUL ADHA akan diadakan dgn bilangan jemaah kepada 250 orang, yang mana terbuka kepada semua ahli kariah masjid yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dengan cara "Siapa Cepat Dia Dapat Berjemaah (First Come First Serve).

PERATURAN & SOP YANG PERLU DIIKUTI

🟢Pintu akan ditutup jam 8.10pg
🟢Pendaftaran manual bermula jam 7.15pg (bawa pen sendiri)
🟢Pakai mask
🟢Bawa sejadah sendiri
🟢Berwuduk di rumah
🟢Sentiasa patuhi jarak 1 meter
🟢Solat ditempat yg ditandakan ✖️
🟢warganegara Malaysia shj
🟢Suhu melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk
🛑 Sebarang penambhan & perubahan S.O.P akan dimaklumkan

https://emihrab.jheains.my/eaktiviti_pendaftaran_program_xxx.php

Sila tekan link di ☝untuk pendaftaran secara online dgn penggunaan QR Code

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

KULIAH AGAMA : 20 JULAI - 26 JULAI 2020

26 July ahad
kuliah subuh
Ybhg Ust.Hj.Suhaimi Samad
Tafsir AlQuran

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,
”Apakah taman syurga itu?”
Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majelis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

👇👇👇👇👇
Tekan link biru utk joint
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Telegram kuliah ustaz suhaimi
👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼
https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

25 July 2020
Sabtu - Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam - Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari

Suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu.   

Dalam setiap kandungan nafas manusia itu biasa terjadi sesuatu yg berkaitan dengan ketaatan mahupun kemaksiatan kepada-Nya. 

Demikian pula dengan kejadian yg berkaitan dengan pemberian nikmat dan ujian. Dengan kata lain, setiap helaan nafas yg keluar sebagai sarana (wadah) bagi suatu peristiwa, maka jangan ia digunakan untuk berbuat kemaksiatan & perbuatan terkutuk lainnya kepada Allah s.w.t. 

Demikianlah pesanan Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari dalam Kitab al-Hikam

 👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

24 July Jumaat
Majlis Zikir 
Ybhg Ust.Mohd Hasif Bin Sheikh Murtadza

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

 “Demi sesungguhnya, perginya kamu mempelajari satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang sunat seratus rakaat.” (HR Ibnu Majah)
👇👇👇👇👇 
Tekan link biru utk joint 
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang     

WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

24 July 2020
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Muhammad Syafiq
Jam 12.30tgh

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya:  [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6] 

Iaitu antaranya Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.

Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN DZIKIR

لاَتتـْرُكِ الذِكْرَ لِعَدَمِ حُضوُرِكَ مَعَ اللهِ فيهِ لاَنَّ غفلَتَكَ عن وُجُودِ ذِكرِهِ أَشَدُّ من غَفلَتِكَ فى وُجوُدِ ذِكرِهِ فعَساَهُ أَنْ يَرْفَعَكَ من ذِكرٍ مع وجودِغَفلَةٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ يَقظةٍ ، ومن ذكرٍ معَ وُجودِ يَقظةٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ حُضوُرٍ، ومن ذكرٍ معَ وُجودِ حُضوُرٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ غـَيْبَةٍ عمَّا سِوىَ المَذكـُورِ وَماَ ذٰلكَ على اللهِ بِعَزِيزِ

"Jangan meninggalkan dzikir, kerana engkau belum bisa selalu ingat kepada Allah di waktu berdzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berdzikir itu lebih berbahaya dari pada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berdzikir." 

Semuga Allah menaikkan derajatmu dari dzikir dengan kelalaian, 

kepada dzikir yang disertai ingat terhadap Allah, 

kemudian naik pula dari dzikir dengan kesedaran ingat, 

kepada dzikir yang disertai rasa hadir, 

dan dari dzikir yang disertai rasa hadir kepada dzikir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. 

Dan yang demikian itu bagi Allah tidak berat [tidak sulit]." 

Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam

22 Julai 2020

22 July Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahri Mahmud
Tajwid & Talaqi AlQuran

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

Pengajaran hadith :

Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.

Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

21 Julai 2020

21 July - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus  Solihin

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengabarkan kepada kita bahwa orang yang menuntut ilmu syar’i merupakan tanda bahwa Allah Ta’ala menghendaki kebaikan untuknya baik di dunia maupun di akhirat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan dia dalam urusan agamanya.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 2436)

👇👇👇👇👇
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

20 Julai 2020

20 July 2020
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Muhammad Amirullah
kitab al-Adab al-Mufrad

Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Adab al-Mufrad.

Sanad dan lafaz hadis itu adalah seperti berikut :
Maksudnya :” Abu Nuaim dan Qabisah menceritakan kepada kami. Kedua-duanya berkata : Sufiyan telah menceritakan kepada kami daripada Habib Bin Abi Thabit daripada Khamil daripada Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw.Baginda bersabda : Antara (tanda) kebahagiaan seseorang adalah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunganggan yang elok.”
Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

Lafaz hadis ini juga direkodkan oleh Imam ahmad di dalam Musnadnya hadis yang ke 15372 dan juga disebutkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman hadis ke 9558.al-Hakim juga merekodkan hadis ini dan menghukum hadis ini sebagai hadis yang sahih.

👇👇👇👇👇
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

19 Julai 2020, Kuliah Suboh , Ustaz Mat Zaki Hamat

18 July AHAD
Kuliah Subuh
Ybhg Ust Mat Zaki
Kitab Ehwal Kematian & Urusan Akhirat

Al-A’raf: 34

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”

Syeikh al-Zuhaili ketika menafsirkan ayat ini mengatakan setiap umat daripada umat-umat yang ada dan begitu juga setiap generasi daripada generasi-generasi yang ada mempunyai ketetapan umar yang tertentu sebagaimana yang ada di dalam ilmu Allah SWT. Apabila ketetapan umur tersebut telah sampai ke penghujungnya, maka akan terputuslah kehidupannya dan dia akan mula berpisah dengan dunia tanpa cepat atau lambat walau sesaat pun. [Lihat: Tafsir al-Wasit, 5/267]

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

17.7.2020 -Kuliah Maghrib Ustaz Halue Mat Tahir - Kitab Akhlak Seorang Muslim

17 July / 25 Zulkaedah 1441H
Jumaat - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue Mat Tahir
Kitab Akhlak Seorang Muslim

4 Perkara meninggikan darjat seseorang di sisi Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW :

1- Berlapang dadalah engkau terhadap orang-orang yang membodohi kamu.
2-Engkau suka memberi maaf kepada orang-orang yang telah menganiaya ( menzalimi ) kamu.
3- Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepadamu,
4-  Engkau mahu bersilaturrahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau.

H.R. Thabrani

Kitab Akhlak Seorang Muslim – Muhammad Al-Ghazali- M/S: 230

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya:  [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6]

Iaitu antaranya Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.

Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

15 July 2020 - Ybhg Dato Hj Mohd Yusof - MUFTI N9 , Kitab Figh ManHajj

15 July / 23 Zulkaedah 1441H
Rabu - Kuliah Maghrib
Ybhg Dato Hj Mohd Yusof - MUFTI N9
Kitab Figh ManHajj

BAB SEMBELIHAN

Perbezaan penyembelihan al Tazkiah dengan al Zabhu.

Al Tazkiah adalah penyembelihan pada halkum atau leher yang boleh dikawal, atau melukakan binatang yang tidak boleh dikawal seperti binatang2 buruan pada mana mana bahagian yang boleh mematikannya.

Al zabhu adalah perbuatan penyembelihan leher binatang menyebabkan kematiannya sama ada mengikut syara’ atau tidak.

Oleh itu, al Zabhu adalah sebahagian drpd al Tazkiah. Sekiranya, sembelihan (al-zabhu) yang mengikut syara’… jadi, sembelihan itu adalah al-tazkiah iaitu mengikut syara’ dan boleh dimakan.

diPetik dari Kitab Fiqh Man Hajj

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

14 Julai 2020, Kuliah Maghrib

14 July / 22 Zulkaedah 1441H
Selasa - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Khushairi (Mudir Madrasah Az-Zein)
Kitab Nilai Masa disisi Ulamak

Kisah Ibnu Jauzi

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.

Dirujuk dari kitab Nilai Masa di Sisi Ulama” karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Kuliah Maghrib, Kitab Sifat 20, 13 Julai 2020

13 July 2020 / 21 Zulkaedah 1441H
Isnin - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mejar Wan Mazlan - Kitab Sifat 20

Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi
( Al-A'raaf 7:172).
Jelas bahawa roh memang sudah kenal dgn Allah sejak mula diciptakn. Tetapi apabila ia dimasukkn ke tubuh manusia, roh atau hati kita ini mulai kabur kerana tubuh  ini dipengaruhi oleh berbagai unsur. Apabila hati kabur ia sudah tidak begitu kenal dgn Allah. Yg kenal hanya akal shj. Atas dasar ilmu, akal kenal dgn Allah; kenal wujudnya Allah & bersifat qidam, baqa' & lain-lainnya. Malangnya hati belum kenal. Walau alim bagaimana skalipun seseorang itu, tetapi kalau dia baru mengenal Allah pd peringkat akal, dia masih tidak mampu mlaksanakn perintah Allah bersungguh.Sebab itu dia mesti kenalkn Allah bersungguh & mesti kenalkan semula hatinya dengan Allah sepertimana mula ia diciptakn.
 👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Program Bantuan Kpd Madrasah Tahfiz dan Anak Yatim di Mindanao, Filipina

Assalamualaikum Ustaz,
Mohon sokongan dan bantuan untuk jayakan program bantuan kpd madrasah tahfiz dan anak yatim di Mindanao

 Assalamualaikum w.b.t
QURBAN DAN AQIQAH DI MINDANAO 1441H/2020M Jom bantu mereka!

INGIN MENYERTAINYA SILA PENUHKAN MAKLUMAT DI BAWAH INI.

1. NAMA/PESERTA:
    1.
    2.
    3.
    4.
    5.
    6.
    7.

Setelah lengkap sila hantar/send kepada:
Hj.Shafie bin Hj.Shaari
019-3849239
Bayaran terus kpd Maybank Acc 155096148243
Tarikh tutup : 6 Zulhijjah 1441 H/ 27 Julai 2020

4 Golongan Pembaca Al Quran

4 Golongan Pembaca Al Quran

Golongan pembaca Al Quran terbahagi kepada 4 golongan. Anda dalam golongan yang mana satu?

#1 – Golongan Pertama

Golongan pembaca Al Quran yang pertama ialah individu yang mahir dalam teori tajwid dan ia juga mahir membaca Al Quran.

Semoga kita tergolong di dalam golongan ini. AAMIIN

#2 – Golongan Kedua

Golongan pembaca Al Quran yang kedua pula ialah individu yang tahu teori ilmu tajwid tetapi anda tidak dapat mempraktikkan ketika membaca Al Quran. Antara yang ramai dalam golongan 3 ini adalah budak sekolah kerana mereka hanya menghafal untuk menjawab peperiksaan sahaja.

#3 – Golongan Ketiga

Golongan ketiga ialah individu yang tahu membaca Al Quran dengan baik, tetapi tidak tahu sebab (tiada ilmu) kenapa bacaan tersebut perlu dibacakan begitu. Ramai dalam situasi ini. Antara faktor kerana mampu mengikut lenggok bacaan imam yang mereka sukai.

Jika anda tergolong di dalam golongan ini pun, sudah kira ok. Kerana membaca Al Quran bertajwid itu wajib (FARDHU ‘AIN). Mengetahui nama-nama hukum adalah FARDHU KIFAYAH.

#4 – Golongan Keempat

Bukan sahaja tidak tahu membaca Al Quran, malah pastinya tidak tahu ilmu tajwid untuk membaca Al Quran dengan bacaan yang baik. Antara yang ramai dalam golongan 4 ini adalah remaja dan dewasa. Kerana tradisi wajib mengaji masyarakat Melayu adalah ketika anak-anak sekolah rendah. Bermula sekolah menengah, jadual sekolah pun padat dan menyebabkan kurang fokus untuk mengaji. Orang dewasa pula sibuk dengan dunia kerjaya masing-masing. Jika ditunjukkan ayat Quran tidak boleh dibaca, apatah lagi mereka nak tahu ilmu berkaitan mencantikkan bacaan Al Quran.

Kesimpulannya, Al Quran dikira pada praktikal atau bacaannya. Bukan pada teorinya. Sama seperti ibadah-ibadah lain. Sekiranya kita belum mampu membaca Al Quran dengan baik, jangan kecewa dan berputus asa. Banyak lagi ruang dan peluang untuk kita mempelajarinya. Bukan itu sahaja, banyak kaedah dan formula untuk mempelajarinya dengan cepat dan mudah.

“AL QURAN INI MUDAH JIKA INGIN BELAJAR "
SHARE UNTUK SAHAM AKHIRAT.

12 Julai 2020, Tafsir Al QUran, Ustaz Suhaimi

12 July 2020
20 Zulkaedah 1441H
Ahad - Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Suhaimi
Tafsir Al-Quran

Allah SWT menyeru seluruh umat manusia untuk mentadabbur ayat-ayat al-Qur’an menerusi firman-Nya:

Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Surah Muhammad (24)

Kalimah tadabbur disebut sebanyak 4 kali dalam al-Qur’an; dua tempat sewaktu membicarakan berkenaan orang munafiq, Manakala 2 lagi tempat sewaktu membicarakan perihal orang kafir. (Rujuk Mafhum al-Tafsir wa al-Ta’wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa al-Mufassir, oleh Dr. Musa’id al-Toyyar, hlm. 185)

 👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

10 July 2020 - Jumaat Ybhg Ustaz Muhammmad Shukri , Kitab AL-Azkar Imam Nawawi

10 July 2020
18 Zulkaedah 1441H
10 July 2020
18 Zulkaedah 1441H
Kuliah Maghrib - Jumaat
Ybhg Ustaz Muhammmad Shukri
Kitab AL-Azkar Imam Nawawi

al-Imam an-Nawawi rahimahullah (wafat 676H) Nama sebenarya Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu 9 tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun.

Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca & menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22)

Dalam mukaddimah kitab al-Azkar-nya;

“ Bahawa sebaik-baik keadaan seorang hamba adalah di saat dia berzikir kepada Rabb-Nya, iaitu Rabb sekalian alam. Dia menyibukkan dirinya dengan zikir-zikir yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, pemimpin seluruh Rasul.

11 July 2020
19 Zulkaedah 1441H
Sabtu - Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam - Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari

Suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu. 

Dalam setiap kandungan nafas manusia itu biasa terjadi sesuatu yg berkaitan dengan ketaatan mahupun kemaksiatan kepada-Nya.

Demikian pula dengan kejadian yg berkaitan dengan pemberian nikmat dan ujian. Dengan kata lain, setiap helaan nafas yg keluar sebagai sarana (wadah) bagi suatu peristiwa, maka jangan ia digunakan untuk berbuat kemaksiatan & perbuatan terkutuk lainnya kepada Allah s.w.t.

Demikianlah pesanan Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari dalam Kitab al-Hikam

 👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Jom Belajar Ngaji......

8 July Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz
Tajwid & Talaqi Al-Quran

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Riwayat al-Tirmizi (2910)

👇👇👇👇👇      
WhatsApp group kuliah & aktiviti masjid https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Kuliah Maghrib Oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Syahmi

7 July 2020
Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus Salihin

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga” (Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith : 
Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
(Kitab Riyadhus Salihin)

👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Jom Solat Jumaat Minggu Ini.... ! 10 Julai 2020

Terkini : Solat Jumaat di Masjid Kariah Telok Kemang

Tarikh : 10 Julai  2020

Solat Jumaat akan diadakan dgn bilangan jemaah kepada 150 orang, yang mana terbuka kepada semua ahli kariah masjid yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dengan cara "Siapa Cepat Dia Dapat Berjemaah (First Come First Serve).

PERATURAN & SOP YANG PERLU DIIKUTI

🟢Pintu akan ditutup jam 1.00tgh 
🟢Pendaftaran *manual bermula jam 12.15tgh (bawa pen sendiri)
🟢Pakai mask
🟢Bawa sejadah sendiri
🟢Berwuduk di rumah
🟢Sentiasa patuhi jarak 1 meter
🟢Solat ditempat yg ditandakan ✖️
🟢warganegara Malaysia shj
🟢Suhu melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk
🛑 Sebarang penambhan & perubahan S.O.P akan dimaklumkan

http://emihrab.jheains.my/eaktiviti_pendaftaran_program.php

*Sila tekan link di ☝untuk pendaftaran secara online dgn penggunaan QR Code

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

6 Jul 2020, Kuliah Maghrib Ybhg Muhammad Amirullah Kitab Al Adab Al Mufrad

6 July 2020
Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Muhammad Amirullah
Kitab Al Adab Al Mufrad

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

 👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

Jom Berwakaf

WAKAF

Wakaf adalah menahan harta yg boleh dimanfaatkan pada keadaannya yg masih kekal dgn diletakan pengurusannya dibawah pihak yg dipertanggungjawabkan dan dibenarkan Syarak

Firman Allah yg bermaksud:

Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yg sempurna) sehingga kau belanjakan (kejalan Allah) maka sebahagian daripada apa yg kamu sayangi. Apa jua yg kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

(Surah al-Imran: 3: 92)

Hikmah Wakaf

1. Harta yg diwakafkan itu merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Sesaorang yg mewakafkan hartanya bererti dia telah menzahirkan pengabdiannya dan cintanya kepada Allah.

SIBUKNYA AKU

🔹 SIBUKNYA AKU 🔹

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah" 

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi

Semakin banyak al-quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT yg sentiasa menjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

1- Kebingungan yang tiada putusnya
2- Kesibukkan yang tidak ada hujungnya
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya

(HR MUSLIM)

Sahabat! Sebagai kesimpulannya, bila kita menunaikan hak Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita, dan keberkahan dalam "waktu" berkah dalam "rezeki" berkah dalam "keperluan" dan berkah dalam semua urusan 😇 ...

Semoga kita perolehinya...

Pendrive Persiapan Kematian (Koleksi Kuliah Motivasi Iman untuk seisi keluarga) , klik link ini untuk lebih detail

Kuliah Subuh 5 Julai 2020

TQ kepada Pn Hajah Siti dan AJK 
kerana menyediakan meja dan kerusi untuk Sarapan Kuliah Suboh.