4 Golongan Pembaca Al Quran

4 Golongan Pembaca Al Quran

Golongan pembaca Al Quran terbahagi kepada 4 golongan. Anda dalam golongan yang mana satu?

#1 – Golongan Pertama

Golongan pembaca Al Quran yang pertama ialah individu yang mahir dalam teori tajwid dan ia juga mahir membaca Al Quran.

Semoga kita tergolong di dalam golongan ini. AAMIIN

#2 – Golongan Kedua

Golongan pembaca Al Quran yang kedua pula ialah individu yang tahu teori ilmu tajwid tetapi anda tidak dapat mempraktikkan ketika membaca Al Quran. Antara yang ramai dalam golongan 3 ini adalah budak sekolah kerana mereka hanya menghafal untuk menjawab peperiksaan sahaja.

#3 – Golongan Ketiga

Golongan ketiga ialah individu yang tahu membaca Al Quran dengan baik, tetapi tidak tahu sebab (tiada ilmu) kenapa bacaan tersebut perlu dibacakan begitu. Ramai dalam situasi ini. Antara faktor kerana mampu mengikut lenggok bacaan imam yang mereka sukai.

Jika anda tergolong di dalam golongan ini pun, sudah kira ok. Kerana membaca Al Quran bertajwid itu wajib (FARDHU ‘AIN). Mengetahui nama-nama hukum adalah FARDHU KIFAYAH.

#4 – Golongan Keempat

Bukan sahaja tidak tahu membaca Al Quran, malah pastinya tidak tahu ilmu tajwid untuk membaca Al Quran dengan bacaan yang baik. Antara yang ramai dalam golongan 4 ini adalah remaja dan dewasa. Kerana tradisi wajib mengaji masyarakat Melayu adalah ketika anak-anak sekolah rendah. Bermula sekolah menengah, jadual sekolah pun padat dan menyebabkan kurang fokus untuk mengaji. Orang dewasa pula sibuk dengan dunia kerjaya masing-masing. Jika ditunjukkan ayat Quran tidak boleh dibaca, apatah lagi mereka nak tahu ilmu berkaitan mencantikkan bacaan Al Quran.

Kesimpulannya, Al Quran dikira pada praktikal atau bacaannya. Bukan pada teorinya. Sama seperti ibadah-ibadah lain. Sekiranya kita belum mampu membaca Al Quran dengan baik, jangan kecewa dan berputus asa. Banyak lagi ruang dan peluang untuk kita mempelajarinya. Bukan itu sahaja, banyak kaedah dan formula untuk mempelajarinya dengan cepat dan mudah.

“AL QURAN INI MUDAH JIKA INGIN BELAJAR "
SHARE UNTUK SAHAM AKHIRAT.