Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
12 Julai 2020, Tafsir Al QUran, Ustaz Suhaimi
12 July 2020
20 Zulkaedah 1441H
Ahad - Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Suhaimi
Tafsir Al-Quran
Allah SWT menyeru seluruh umat manusia untuk mentadabbur ayat-ayat al-Qur’an menerusi firman-Nya:
Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
Surah Muhammad (24)
Kalimah tadabbur disebut sebanyak 4 kali dalam al-Qur’an; dua tempat sewaktu membicarakan berkenaan orang munafiq, Manakala 2 lagi tempat sewaktu membicarakan perihal orang kafir. (Rujuk Mafhum al-Tafsir wa al-Ta’wil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa al-Mufassir, oleh Dr. Musa’id al-Toyyar, hlm. 185)
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6