Penutupan laluan di Taman Intan Perdana. Telok Kemang ( 19.8.2021)

 https://www.facebook.com/IPDPDNSM/


🚨 HEBAHAN PENTING !!


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Buat Semua Warga Port Dickson..

🔊 (Terutamanya untuk penduduk di Taman Intan Perdana)


✅ Untuk Makluman,

Penutupan laluan di Taman Intan Perdana akan bermula pada hari ini 19/8/2021 (Khamis) hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


✅ Antara laluan yang terlibat adalah :

▪️Laluan masuk taman politeknik

▪️Laluan masuk pos C politeknik

▪️Laluan masuk rumah rakyat

▪️Laluan masuk kampung cina

▪️Laluan masuk kampung sawah sunggala


✅ Justeru itu, hanya (1) satu sahaja laluan yang dibuka iaitu Laluan masuk jalan bypass politeknik.

👮🏻‍♂️ (Sekatan Jalanraya akan di buka di sini).


✅ Penutupan ini bertujuan bagi mengawal pergerakan keluar / masuk dan bukanlah Lockdown atau PKPD. 


✅ Aktiviti harian penduduk adalah berjalan seperti biasa sebagaimana termaktub dalam SOP PKP.


✅ Pihak PDRM IPD Port Dickson juga sentiasa berusaha memastikan supaya semua pihak sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membantu pihak kerajaan dalam menangani wabak dan mengelakkan sebarang penularan jangkitan penyakit / pandemik Coronavirus 2019 (COVID-19).


🤝🏻 TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.


https://www.facebook.com/IPDPDNSM/