Postmortem Penyebaran virus Covid19 di kalangan jemaah MKA.
Assalamualaikum kpd Tuan Pengerusi, AJK Masjid Kolam Air, Imam2 dan semua rakan2 Qariah Masjid Kolam Air.
(Tujuan penulisan adalah utk kita belajar dari kesilapan dan untuk kebaikan bersama dan bukan utk mencari kesalahan sesiapa).
Ramai tertanya2 bagaimana boleh berlaku penularan di kalangan jemaah walau kita telah amalkan SOP?
Ini Jawaban;
Virus merebak melalui AKTIVITI BERKUMPULAN DAN KETIKA PELITUP MUKA MULA DIBUKA....
3 Aktiviti Masjid yg dikenalpasti:-
1. Ketika berbuka puasa di Masjid
- pelitup muka dibuka (utk makan),
-Tiada jarak,
- perkongsian makanan
Dan kehadiran musafir @ orang luar utk berbuka bersama.
2. Ketika MOREH selepas Tarawikh.
- Pelitup muka dibuka
- Tiada jarak
3. Ketika Program Bubur lambuk.
- Walau ia dibuat di tempat terbuka tetapi pelitup muka masih wajib dipakai, tetapi panas dsb ada yang terpaksa buka pelitup muka.
- Tiada jarak ketika memasak, membungkus dsb
- Aktiviti perkumpulan yang terlalu lama.
- Masa pembahagian bubur, walau pandu lalu, yg menghulur bubur ke dalam kereta sangat terdedah kpd jangkitan.
Walau SOP ketika hendak masuk Masjid ketat tetapi apabila sudah berada di dalam masjid kita terlalai...
Cadangan penambahbaikan :-
1.Tangguh dahulu semua aktiviti di atas iaitu berbuka, moreh dan program bubur lambuk.
2. Ikut SOP KKM tanpa mengenal siapa ketika hendak masuk masjid.
(Ketika ini saya lihat ada yang terus masuk tanpa scan temperature....)
Menangani jemaah yang 'DEGIL'..
Ada jemaah yg bila masuk Masjid pakai pelitup muka dgn betul, tetapi apabila mula solat mereka menarik ke bawah dagu!
Sekiranya ia pembawa virus, ia akan membahayakan jemaah yang lain.
Siapa yang patut tegur jemaah jenis ini?
3. Upgrade Scan Temperature kpd yg lebih baik spt 'Thermal imaging Camera' yg digunapakai di airport.
Ia sensitif dan boleh nampak pada monitor komputer perubahan suhu badan seseorang.
4. Keperluan 'HAND SANITIZER' bukan utk semua jemaah kerana mereka telah bawa sejadah sendiri dan tiada bersentuhan dgn yg lain dan Hand Sanitizer ini adalah alkohol dan ada jemaah yg rasa tidak selesa utk dibawa bersolat.
HAND SANITIZER perlu utk jemaah yg berwuduk di Masjid..wajib guna sebelum wuduk dan selepas wuduk.
HAND SANITIZER juga penting ketika jemaah memegang naskah Al Quran dlm masjid.
5. Pembacaan Surah Al Mulk selepas Isyak dan Al Kahfi pada pagi Jumaat harus diteruskan tetapi TIADA lagi pembahagian kitab @ naskah oleh bilal kpd setiap individu kerana pendedahan jangkitan kpd mereka adalah tinggi. Jemaah kena bawa sendiri naskah atau gunakan handphone utk bacaan surah di atas.
6. Tadarus waktu pagi harus diteruskan dan sebaiknya jemaah tidak bertukar2 tempat dan jarak sekarang sudah memadai.
Semua Al Quran yg telah dibaca sepatutnya di sanitize pada pagi Khamis sebelum diletak semula di rak.
7. 'Sanitize' dalaman Masjid boleh dilakukan secara berkala spt seminggu sbyk dua atau tiga kali selepas Solat Isyak.
Kita boleh sanitize sendiri dgn membeli mesin semburan di DIY dan menggunakan 'GERMISEP DISINFECTANT TABLET' yang dilarutka dalam air dan kemudian disemburkan.
Cara ini lebih murah dan mudah.
Sekiranya kita guna khidmat syarikat sanitize harganya sgt mahal sehingga beribu utk sekali sanitize.
8. SEJADAH WAJIB BAWA SENDIRI DARI RUMAH.
Tiada kompromi, tiada sejadah jgn masuk!
Tidak boleh berkongsi sejadah dlm simpanan masjid. Ini kerana ketika kita sujud anggota spt tangan, hidung akan menyentuh lantai dan sekiranya tiada sejadah, karpet masjid akan tercemar oleh virus sekiranya seseorang itu dijangkiti.
9. KEPERLUAN PENAPIS UDARA (AIR PURIFIER).
Mungkin ada baiknya sekiranya kita meletakkan 2 atau 3 penapis udara besar di bahagian depan masjid kerana MKA sumber udara bersih (udara luar) hanya di pintu kecil pada bhg depan shj dan di bahagian depan tertutup habis dan tiada pengudaraan (ventilasi) langsung.
10. Buka lebih banyak pintu ketika habis Solat agar jemaah dapat keluar dan tidak berasak-asak dan tidak menjaga jarak ketika hendak keluar dari masjid.
11. JEMAAH WANITA sepatutnya dibenarkan bersolat di Masjid sekirannya mereka mematuhi SOP yg telah ditetapkan. Spt yg kita sedia maklum tiada jemaah wanita yang dijangkiti kerana mereka tidak terlibat dgn 3 program di atas, tetapi kenapa mereka pula yg dihukum?
12. GUNAKAN KHIDMAT DOKTOR SEBAGAI PENASIHAT MASJID.
Sebenarnya ramai Doktor ada dalam qariah MKA dan InsyaAllah mereka sedia membantu utk sama2 menambahbaik dalam pencegahan wabak ketika pandemik ini.
Kita ada Doktor penasihat MBJB, Kita ada pakar ENT dsb.
Saya memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya penulisan saya ini ada menyentuh hati dan perasaan tetapi apa yang saya tulis adalah utk kebaikan kita bersama kerana saya sayangkan MKA dan seluruh ahli qariahnya...
🙏
Dr. Rosli Abd. Jalil.