Amalan Yang Paling Baik...................




Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yang paling baik adalah yg berterusan Darapada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.

Riwayat Muslim (1780)

Imam Nawawi berkata Hadis ini mnggalakkn amalan yg berterusan & bahawa sedikitnya amalan yg berterusan lebih baik daripada amalan yang banyak namun terputus kerana dengan brterusannya amalan yg sedikit tersebut, maka akan brterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah & ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga mmbuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/71

Oleh itu dapat difahami bahwa salah 1 tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan2 ketaatan kepada-Nya walaupun selepas brakhirnya Ramadan.