LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Solat Sunat Gerhana Matahari hukumnya Sunat Muakad.
Berbeza dengan solat sunat lain, Solat Sunat Gerhana Matahari ini mempunyai 2 kali rukuk dan iktidal dalam setiap rakaat. Biasanya ia dilakukan berjemaah di Masjid dan akan diikuti dengan khutbah selepas solat.
Walaubagaimanapun, ia masih boleh dilakukan secara bersendirian di rumah, surau, atau musolla.
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala“
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
RAKAAT PERTAMA
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Membaca Ta’awudz
4. Membaca Al-Fatihah
5. Membaca mana-mana surah (paling afdal dibacakan Surah Al-Baqarah)
6. Rukuk dan tasbih
7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (paling afdal surah Al-Imran)
8. Rukuk dan tasbih
9. Iktidal
10. Sujud dan tasbih
11. Duduk antara 2 sujud
12. Sujud kembali
13. Berdiri untuk rakaat kedua
RAKAAT KEDUA
1. Membaca Surah Al-Fatihah
2. Membaca mana-mana surah (paling afdal dibacakan Surah Al-Baqarah)
3. Rukuk dan tasbih
4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (paling afdal surah Al-Maidah)
5. Rukuk dan tasbih
6.Iktidal.
7. Sujud dan tasbih
8. Duduk antara dua sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam
WAKTU PALING AFDAL MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Gerhana ialah sebaik saja berlakunya gerhana sehingga hilangnya gerhana dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Jika gerhana berlalu dan hilang semasa kita masih dalam keadaan solat, ia masih dikira sah.
NOTA TAMBAHAN
- Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan: ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
- Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika Solat Sunat Gerhana Bulan dan perlahan ketika Solat Sunat Gerhana Matahari.
- Disunatkan mandi untuk Solat Sunat Gerhana, seperti hendak Solat Jumaat.