14 Julai 2019, Kuliah Suboh "Ustaz Suhaimi"



Firman Allah SWT:



ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۖ وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ [آل عمران : 24]

Ertinya: "Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan." (Surah Ali Imran: 24)

Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menyatakan sebab mereka menolak Kitab Allah adalah kerana dakwaan mereka yang palsu!

2. Mereka mendakwa bahawa mereka tidak disentuh api neraka! Kecuali hanya beberapa hari!

3. Sebenarnya mereka telah diperdayakan dalam agama mereka! Oleh dakwaan-dakwaan dusta! Mereka sendiri yang mereka-rekanya!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

Antara Petunjuk Ayat:

1. Orang yang buat dosa suka memberi alasan! Alasan yang direka! Terpedaya dengan alasan atas nama agama!

2. Tiada istilah 'sekejap' dalam neraka! Ia adalah tipudaya syaitan! Untuk masukkan manusia dalam neraka!

3. Neraka adalah azab Allah! Bukan untuk dimain-mainkan! Bukan untuk dijadikan bahan lawak!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita mengaku bersalah! Jangan cari alasan untuk buat dosa! Bertaubatlah kepada Allah!

2. Hendaklah kita takut kepada api neraka! Azab Allah yang amat dahsyat!

3. Jangan kita mempersendakan azab Allah! Kita tidak akan mampu menanggung azabNya! Walaupun sedetik!

Ya Allah peliharalah kami dari azabMu, jauhkanlah kami dari azab api neraka. Aamiin.

Ustaz Suhaimi sedang memberikan kuliah.

Tahniah kepada yang hadir. Alhamdulillah.
 
AJK Sedang mengambil "angle"  yang sesuai. TQ.