5 Julai 2018, Program Anak Asnaf Daerah P.Dickson

TELOK KEMANG, 05 JULAI - Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson sudah mula menjalankan sesi ukur baju bagi anak-anak asnaf bagi kegunaan persekolahan tahun 2018.
Program yang dijalankan di Masjid Kariah Teluk Kemang ini bertujuan mengemaskini data asnaf yang terbaru dan memudahkan agihan mengikut kariah.
Seramai 48 anak-anak asnaf terlibat di dalam program tersebut.

Turut hadir, WakiL Baitulmal Daerah Port Dickson, Ustaz Syed Abdullah Syed Ahmad; Puan Nordiyana Othman dan Ustaz Mohd Najib