31 Dis 2018, Aturcara Pogram Menuju Syurga D Ambang 2019

                         Program Menuju Syurga D'Ambang 2019 Dengan Hijrah

2.00pm : Check In Hotel (Klana Beach Resort, Telok Kemang)

5.00pm : Sound Check - Buskers Assalam & Kumpulan Qasidah (Di Pentas Utama Dataran Seri Kemang)

7.30pm : Makan malam di cafe Hotel (sambil2 dinner ustaz zul ramli, panel jemputan dan buskers boleh bincang2 bual bicara malamnya)

8.30pm : bergerak ke Dataran Seri Kemang. (Kehadiran tetamu2 vip)

9.00pm :
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Alunan Qasidah (2 lagu)

9.15pm :
- Pembukaan dari Ustaz Zul Ramli
- Soalan 1
Memperkenalkan diri, sejarah hidup sebelum berhijrah.
Harry dan Yatt (10 - 15 minit seorang)
- Persembahan Buskers (2 lagu)

10.00pm :
- sejarah penubuhan buskers assalam, dan cerita penghijrahan zulhandy black.
- Soalan 2
Apakah punca / asbab utk berhijrah dan terus istiqomah?
Apakah cabaran / pandangan masyarakat dan org sekeliling permulaan utk berhijrah?
Harry dan Yatt (10 - 15 minit seorang)
- Persembahan Qasidah (2 lagu)

10.45pm :
- latar belakang madrasah yg di naungi oleh kumpulan qasidah, dan apa aktiviti para pelajar.
- Soalan 3
Bagaimana gaya hidup selepas berhijrah, bagaimana dgn kerjaya yg sebelumnya dan apakah kerjaya sekarang ( masa ini boleh la share / promote business panel2 )
Harry dan Yatt (10 - 15 minit seorang)
- Persembahan Buskers (2 lagu)

11.30pm :
- Kesimpulan (tazkirah dari ustaz zul ramli) 15minit.
- Nasihat dan harapan (Harry dan Yatt (5minit seorang)
- menunggu detik 12.00 (2019)
- disambut dengan selawat, pimpinan qasidah dan semua.
- Di tutup dengan doa, pimpinan ustaz zul ramli.

30 Dis 2018, Bersama VVIP Pogram Menuju Syurga D Ambang 2019





30 Dis 2018, 9.00 mlm, Majlis Silaturahim AJK Masjid 2018 dengan AJK Masjid 2019 MKTK

30 Dis 2018, 9.00 mlm, Majlis Silaturahim AJK Masjid 2018 dengan AJK Masjid 2019 MKTK



 

30 Dis 2018, OLeh Ustaz Zaki - Kuliah Suboh

Mukaddimah




Telaga Kautsar
Telaga al-Kautsar dari segi makna adalah melalui Al-Kautsar boleh diertikan sebagai kebaikan yang banyak.Boleh juga nama sungai di syurga atau nama telaga Rasulullah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Secara ringkasnya al-Kautsar dapat di ertikan sebagai sungai,telaga untuk orang-orang beriman mendapatkan air minum.Disana,iaitu telaga atau sungai kautsar memiliki wadah-wadah atau bejana yang begitu banyak seperti jumlah bintang di langit (tidak terhitung jumlahnya).

Air di telaga atau sungai kautsar lebih putih dari susu dan rasanya manis.Tidak akan merasai haus dan dahaga bagi sesiapa yang telah meminumya.Inilah kebaikan-kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan kelak hanya kepada sesiapa yang mengikut Rasulullah s.a.w.Dinyatakan sedikit penerangan oleh Rasulullah s.a.w akan telaga atau sungai al-Kautsar itu:
 
Sungai Al-Kautsar

Terdapat hadits dalam sahih Muslim, dari Anas bin Malik, ia berkata, suatu saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di sisi kami dan saat itu beliau dalam keadaan tidur ringan (tidak nyenyak). Lantas beliau mengangkat kepala dan tersenyum. Kami pun bertanya, “Mengapa engkau tertawa, wahai Rasulullah?” “Baru saja turun kepadaku suatu surah”, jawab beliau. Lalu beliau membaca,



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus” (Al Kautsar: 1-3). Kemudian beliau berkata, “Tahukah kalian apa itu Al Kautsar?” “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”, jawab kami. Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wa sallam bersabda,


فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ فَأَقُولُ رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِى. فَيَقُولُ مَا تَدْرِى مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ

“Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku ‘azza wa jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana (gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak dapat minum dari telaga tersebut.  Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka telah amalan baru sesudahmu.” (HR. Muslim, no. 400).[1]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :


Telaga Al-Kautsar


Al-Kautsar juga adalah nama haud (telaga) yang begitu besar di syurga. Haudh itu tempat berkumpulnya air. Telaga itu ada di padang Mahsyar yang akan didatangi oleh umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Telaga ini memiliki air yang datangnya dari sungai Al-Kautsar yang berada di syurga. Oleh kerana itu telaga tersebut disebut telaga Al-Kautsar.

Dalam hadits Abu Dzarr disebutkan,


عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا آنِيَةُ الْحَوْضِ قَالَ « وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ نُجُومِ السَّمَاءِ وَكَوَاكِبِهَا أَلاَ فِى اللَّيْلَةِ الْمُظْلِمَةِ الْمُصْحِيَةِ آنِيَةُ الْجَنَّةِ مَنْ شَرِبَ مِنْهَا لَمْ يَظْمَأْ آخِرَ مَا عَلَيْهِ يَشْخُبُ فِيهِ مِيزَابَانِ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْ شَرِبَ مِنْهُ لَمْ يَظْمَأْ عَرْضُهُ مِثْلُ طُولِهِ مَا بَيْنَ عَمَّانَ إِلَى أَيْلَةَ مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ »

Dari Abu Dzarr, ia berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan bejana yang ada di al-haudh (telaga Al-Kautsar)?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya. Wadah untuk minum yang ada di telaga Al-Kautsar banyaknya seperti jumlah bintang dan benda yang ada di langit pada malam yang gelap gulita. Itulah gelas-gelas di syurga. Barang siapa yang minum air telaga tersebut, maka ia tidak akan merasa haus selamanya. Di telaga tersebut ada dua saluran air yang tersambung ke Syurga. Barang siapa meminum airnya, maka ia tidak akan merasa haus. Lebarnya sama dengan panjangnya, iaitu seukuran antara Amman dan Ailah. Airnya lebih putih dari pada susu dan rasanya lebih manis dari pada manisnya madu.” (HR. Muslim, no. 2300)


Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Hajar, telaga tersebut berada di sisi syurga. Sumber air dari telaga tersebut adalah dari sungai yang ada di dalam syurga. Demikian dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Fath, 11: 466.


(https://wannursyarifah.blogspot.com/2018/01/mengenai-telaga-air-al-kautsar-di.html)  
Rujukan:[1]https://rumaysho.com/13161-mereka-yang-terhalang-minum-dari-telaga-al-kautsar.html
Foto:Muslim Designer Community

Amalan Awal Pagi Ke Masjid

Yunan A Samad
(USTAZ MUHADIR HAJI JOLL)
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.

JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA….

1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.

2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah
Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.

5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.

6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”

7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ …اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita – tidak mampu melakukan apapun tanpa kekuatan dari Allah.

8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)

10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa la yuflihus saahiru haithu ataa”
Surah Taha: 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
Sumber: Kulliah subuh bersama Ustaz Muhadir Haji Joll pada 24/9/16 22 Zulhijjah 1437H di Surau At Taqwa Seksyen 7, Shah Alam.
( https://fitrahislami.wordpress.com/2016/10/04/kegembiraan-waktu-subuh-jangan-tinggalkan-10-perkara/)

29 Dis 2018, Hadis 40 . Ustaz Zulkifli


 HADIS 18

عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wasiat Allah yang Agong:
- untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70) .

2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari
Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
- juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.

3) Kelebihan sifat ini :
Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

4) Taqwa yang dikehendaki :
ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah. tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).

5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17). yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69) hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik. dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).

6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah. cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).

Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di
ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh
daripada pandangan manusia.

Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan,  mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.

Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan
mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

(https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/hadis-40.pdf )

28 Dis 2018, Minahus Saniyah " Ustaz Mohd Hasif Bin Mohd Murtadza"

7.40 - 9.30 malam.
Wacana 2 

MENINGGALKAN PERKARA MUBAH
 
Ali al-Murshifi menyatakan bahwa seorang murid tidak akan bisa mencapai maqam tinggi, hingga ia mampu meninggalkan perkara mubah untuk kemudian menggantinya dengan perbuatan – perbuatan sunnah. Perbuatan mubah, menurut Ali Al-Khowash, pada dasarnya adalah diciptakan hanya sebagai "selingan" atau tempat istirahat bagi manusia, setelah melakukan beban berat yang diberikan Tuhan. Hal ini disebabkan, pada diri manusia memang ada rasa bosan. Bila tidak, Allah tidak akan memberikan hukum mubah pada manusia; sebagaimana malaikat yang tidak kenal bosan. Mereka selalu bertasbih kepada Allah, tanpa rasa bosan). Karena itu, para ulama menyatakan, orang yang menggunakan rukhshoh (keringanan hukum yang diperbolehkan; perkara mubah), tidak akan mendapatkan apa-apa dalam jalan thoriqot. 
Dalam thoriqot, para guru pembimbing biasanya menuntut para muridnya untuk sedapat mungkin meninggalkan perkara mubah. Minimal mengurangi, untuk kemudian menggantinya dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Hal ini dimaksudkan untuk meningkatkan kedudukannya disisi Allah. Bila seseorang tidak menemukan bentuk ketaatan sebagai pengganti mubah, maka dalam perbuatan mubah tersebut; seperti makan dan minum, harus diniatkan untuk sesuatu yang baik. Misalnya, makan agar kuat ibadah dan bercakap-cakap untuk menghilangkan kemasaman muka terhadap teman.
Para guru juga menuntut para murid, untuk tidak tidur kecuali setelah sangat kantuk, tidak makan kecuali setelah sangat lapar, tidak berbicara kecuali ada kebutuhan, dan lain-lain. Ini dimaksudkan, agar murid mendapat pahala dari semua perbuatannya. Selain itu, para guru juga menuntut para murid agar tidak sampai mimpi basah karena pikiran-pikiran yang muncul sebelumnya, tidak menselonjorkan kaki, tidak istirahat kecuali pada saat sangat lelah dan tidak makan makanan yang disenangi walau itu diperbolehkan. Sebab, semua itu bisa menghalangi seseorang untuk naik pada kedudukan yang lebih tinggi. Dalam kitab Zabur difirmankan; "Hai Daud. Peringatkan kaummu dari makan makanan yang mereka senangi. Sesungguhnya, hati yang dikendalikan kesenangan (syahwat) menghalangi hubungannya dengan Aku". 
Bila makan makanan yang disenangi bisa menolak seseorang dari Hadlirat Ilahy, maka begitu pula dengan menselonjorkan kedua kaki tanpa ada kebutuhan yang sangat. Keduanya termasuk suul-adab (tidak baik). Ali Al-Khowash pernah menyatakan, seorang murid tidak akan mencapai maqom siddiq kecuali dengan menambah pengagungannyadalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Tuhan; melaksanakan sunnah seolah wajib, meninggalkan makruh sebagaimana haram dan meninggalkan perkara haram sebagaimana kekufuran. Setelah itu, meniatkan semua perbuatan mubahnya untuk kebaikan, sehingga mendapat pahala. Misalnya,tidur siang dengan niat agar kuat sholat malam, makan makanan yang enak untuk mengobati keinginan nafsu ketika sulit diajak ibadah, menggunakan pakaian bagus demi memperlihatkan nikmat Allah dan lain-lain. Jadi bukan untuk bersombong-sombong. 
Sejalan dengan itu, Abu Hasan As-Syadzili pernah berkata kepada para muridnya; "Makan dan minumlah kalian dari makanan dan minuman yang enak. Tidurlah diatas kasur yang empuk. Dan berpakaianlah dengan pakaian yang bagus. Bila saat memakai, kalian mengucapkan "Al-Hamdulillah", maka seakan ikut bersyukur pula seluruh anggota badan”. 
Ini berbeda bila kalian makan dari makanan roti kasar, minum air asin, tidur pada tempat yang kotor dan berpakaian dengan pakaian murahan. Saat mengucapkan "Al-Hamdulillah", hati masih ada rasa 'protes' dan mengerutu. Padahal, kalau ia mengerti hakekatnya, memprotes dan mengerutu adalah lebih besar dosanya daripada bersenang-senang dengan kenikmatan dunia. Sebab, bersenang-senang berarti masih dalam batas melakukan sesuatu yang diperbolehkan, sedang menggerutu dan benci berarti melakukan sesuatu yang dilarang".

( TQ, http://duniapesantrensalafiyah.blogspot.com/2015/12/minahus-saniyah-terjemah.html)

Berita Istimewa


15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)
.
.

Keutamaan Hari Jumaat

.
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
.
.

1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”
.
.

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin

.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
.
.

3.  Penghulu Segala Hari

.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
.
.

4.  Hari Kebesaran Mingguan

.
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
.
.

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
.
.

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

 .
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
.
.

7.  Hari Mustajab Berdoa

.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.     Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
.
Keterangan lanjut :-
‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
 .
.

8.  Hari Dihapuskan Dosa

.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah

.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
.
.

10.  Hari Meraih Pahala

.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.

11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT

.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
.

12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’

.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur

.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.

14.  Hari Berlakunya Qiamat

.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 .
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 .
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)
.
.

15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas :‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
.
#*
Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.



Perawi: Aus bin Aus RA
Susunan: Sunan Abu Dawud
Kitab: 8. كِتَابُ الصَّلاَةِ - Solat
Bab: باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة - Pada menyatakan fadhilat hari dan malam jumaat
No. Hadith: 1047

Matan Hadith: عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ قُبِضَ ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ " ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! وَكَيْفَ تُعْرَضُ صِلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ ؟ قال : يَقُولُونَ بَلِيتَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ "
. رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ ، وَالدَّارِمِيُّ ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي " الدَّعَوَاتِ الْكَبِيرِ
[التخريج : سنن أبي داود , كتاب الصلاة , تفريع أبواب الجمعة, باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة , حديث رقم 1047 , عن أوس بن أوس رضي الله عنه]

 
Terjemahan: Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali). Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."
(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
Status Hadith: Sahih
Pengajaran:
  1. Selawat (صلوات) adalah jamak daripada perkataan solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Dari segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya kepada Nabi melalui ucapan, penyataan dan pengharapan, semoga Nabi SAW sentiasa dalam kesejahteraan.
  1. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan pujian serta mendukung perjuangannya yang mulia. Disamping itu sebagai tanda melahirkan rasa syukur Nabi SAW penyampai utusan-Nya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Malah akan menambahkan keyakinan beramal dengan sunnah baginda SAW sebagai petunjuk sepanjang zaman.
  1. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan perintah daripada Allah SWT dan ibadah yang mulia lagi terpuji, terutamanya dihari jumaat, penghulu segala hari. la mengandungi pelbagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW sebagai bukti cinta serta memperolehi ganjaran yang besar daripada Allah di hari akhirat kelak.

Rumah Semasa Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w









27 Dis 2018 , Assallamuaalikum.. Jom bersama mendaftar di Madrasah Attaufiqqiah Bagan Pinang. Lot 3027 Jalan Bagan 13 Kg Bagan Pinang 71000 Port Dickson. Negeri Sembilan Kemasukan January 2019 Pelajar wanita sahaja.









Jom bersama mendaftar di Madrasah Attaufiqqiah Bagan Pinang. Lot 3027 Jalan Bagan 13 Kg Bagan Pinang 71000 P.Dickson. NS

Assallamuaalikum.. 

Jom bersama mendaftar di
Madrasah Attaufiqqiah Bagan Pinang.
Lot 3027
Jalan Bagan 13
Kg Bagan Pinang
71000
Port Dickson.
Negeri Sembilan


Kemasukan January 2019

Pelajar wanita sahaja

Umur13tahun .Untuk Ting

Dan lepasan Tahfiz yg ingin mengambil SPM

 (Alhafizah atau sekurang2nya yg sudah menghafaz 15juzuk)

Utk tingkatan satu muslimat:

Syarat2nya
-----------------
1.Telah mengambil upsr 2018
    Keputusan sekurang2nya 3A Atau berminat menghafal.
2. Lulus UPKK sekurangnya 4A
3. Boleh membaca Al Quran dengan baik
4. Boleh membaca dan menulis jawi dgn baik
5. BI sekurang2nya C (upsr)
6. Berminat menghafaz. 

Pembelajaran di Madrasah :

1.Akademik (BM. BI. Matematik. sains. . Asas Sains Komputer). Dengan menggunakan sistem tusyen.

2. Menghafaz. Al quran dan hadith
3. Bahasa Arab.
4.dan matapelajaran Diniyah
   A.  Pendidikan Islam
   B.  Feqah dan Aqidah
   C.  Tafsir dan hadith
  

Kami juga menyediakan pembelajaran dlm bidang Vakasional:

1.Masakan
2.Jahitan
3.Sains Pertanian.

Asrama dan penginapan di sediakan



Yuran bulanan Sebanyak Rm500
**********
Berminat? 
Boleh hubungi

Puan Hajjah Mariyam Saad
011 12765893

Atau
Pn Siti Absah
012 3560488

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Pendaftaran pada

27.12 .2018 (Khamis)

Jam 9.00pagi .

#sila bawa kad pengenalan dan sijil lahir dan sijil2yg berkenaan.

27 Dis 2018, Surau Al Ehsaniah Taman Intan Perdana Port Dickson.


Assalamualaikum

Surau Al Ehsaniah
Taman Intan Perdana
Port Dickson.


Bacaan Yassin/Tahlil
27/12/18
Khamis

Kuliah Maghrib
28/12/18(Jumaat)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Ust Zainal bin Samdin
Tajuk:

Kuliah Subuh
Tarikh: 30/12/18 Ahad
Masa; lepas Solat Subuh
Penceramah: Ust Mohd Subri b. Ghazali
Tajuk: Aqidah

Kuliah Maghrib
Tarikh: 30/12/18 Ahad
Masa: Lepas Solat Maghrib
Penceramah: Ust Hj Shairozi bin Hashim
Tajuk: Mengaji Al Quran

Ceramah diambang Tahun Baru 2019
Tarikh: 31/12/18 Isnin
Masa: selepas Solat Maghrib
Tempat: Ruang Solat
Penceramah: Al Fadhil Ust Hj Hasbullah b Hj Mohd Ali
Tajuk: 

Kuliah Maghrib
Tarikh: 1/1/19 Selasa
Masa: selepas Solat Maghribk
Tempat: Ruang Solat
Penceramah: Ust Zaini
Tajuk: Mughni Al Muhtaj

Kuliah Maghrib
Tarikh: 2/1/19 Rabu
Masa: selepas solat maghrib
Tempat: Ruang Solat
Penceramah: Ust Zainal bin Samdin
Tajuk: Al Hikam

Dijemput semua Muslim Dan muslimat untuk hadir Kuliah Harian Surau Al Ehsaniah. Sekian Terima kasih.

23 Dis 2018, Ustaz Subhi bin Suhaimi, Kuliah Suboh

23 Dis 2018, Ustaz Subhi bin Suhaimi, Kuliah Suboh. 6.30 - 7.30 pagi

  • Amalan Sunnah Ketika Wudhu.
  • Amalan Sunnah Dalam Solat
  • Doa

22 Dis 2018, Kuliah Suboh, Ustaz Nasir.

Kuliah Tasauf: 6.35 - 7.20 pagi, 22 Disember 2018

Hikmah Ke - 92, 
Musibah, Tujuan Allah memberi musibah ada 9 sebab.

  1. Penghapusan Dosa
  2. Menguji Tahap Iman Seseorang
  3. Peningkatan Keimanan Ketaatan Kepada Allah
  4. Allah Membei Ujian Kerana Pahala Tanpa Hisab
  5. Ujian Bagi Tarbiah
  6. Mendapatkan Kasih Sayang Allah
  7. Dapat Melihat Tahap Pengorbanan Manusia
  8. Ujian Meningkatkan Kematangan Manusia Dan Mendapat Keredaan Allah
  9. Ujian Menerima Bala Sebab Dan Akibat

19 Dis 2018, Mesyuarat Pra AJK Masjid Kariah Telok Kemang

Mesyuarat Pra AJK Masjid Kariah Telok Kemang-
9.00 - 11.00 pm,
19 Dis 2018




TQ ........

17 Dis 2018, Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Amirullah

Dari Kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran Oleh Imam  An-Nawawi 
( Adab Berdamping dengan Al-Quran)

Intisari:  
  • Kepentingan menangis ketika membaca Al-Quran.
  • Baca Al-Quran dengan Tartil
  • Mohon Kurniaan Allah bila bertemu ayat-ayat kurniaan
  • Memuliakan Alquran.
    • Tidak boleh ketawa
    • Jangan buat bising
    • Jangan whatsapp
    • Bermain dan bergurau
    • Elakan daripada perkara-perkara yang melalaikan, aurat dsb
  •  Baca Al-Quran dengan Bahasa Arab

 

5 Julai 2018, Program Anak Asnaf Daerah P.Dickson

TELOK KEMANG, 05 JULAI - Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson sudah mula menjalankan sesi ukur baju bagi anak-anak asnaf bagi kegunaan persekolahan tahun 2018.
Program yang dijalankan di Masjid Kariah Teluk Kemang ini bertujuan mengemaskini data asnaf yang terbaru dan memudahkan agihan mengikut kariah.
Seramai 48 anak-anak asnaf terlibat di dalam program tersebut.

Turut hadir, WakiL Baitulmal Daerah Port Dickson, Ustaz Syed Abdullah Syed Ahmad; Puan Nordiyana Othman dan Ustaz Mohd Najib


15.12.2018, Meraikan Anak-Anak Yatim, Kg T.Kemang.

15.12.2018, Program Meraikan Anak-Anak Yatim, Kariah Kg Telok Kemang. TQ