29 Jan 2022 / 26 J'akhir - Sabtu - Kuliah Subuh Khas - Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin - Kitab Al Azkar

 

29 Jan / 26 J'akhir - Sabtu 

Kuliah Subuh Khas

Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin

Kitab Al Azkar


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-

🟠INFAK KARPET MASJID :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

pesanan Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana sabda baginda:

Maksudnya: Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: Perbanyakkanlah menyebut La Ilaha Illallah. Ibn Hanbal, Musnad, juz.2, hlm.359.

Nabi s.a.w. bersabda: Maksudnya: Seseorang itu tidak menyebut La Ilaha Illallah dalam keadaan ikhlas kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga membawa kepada `Arash selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar. Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, juz.12, hlm.15.

28 Jan 2022 - Jumaat Kuliah Maghrib / Majlis Zikir Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza - Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

Klik ............fb.......... 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=472590657748797&id=100056540603097



28 Jan - Jumaat

Kuliah Maghrib / Majlis Zikir

Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza

Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-

🟠INFAK KARPET MASJID :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa mufarridun itu wahai Rasulullah?. Baginda bersabda: Iaitu mereka yang asyik dalam dhikrullah yang mana zikir itu telah meletakkan (meringankan/melepaskan) bebanan mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan”.

Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, juz.12, hlm.23

27 Jan 2022 Khamis malam Jumaat MALAM MUNAJAT

 

27 Jan 2022

Khamis malam Jumaat

MALAM MUNAJAT

#Solat Maghrib

#Bacaan Surah Yassin

#Zikir

#Solat Isyak

#Bacaan Al-Mulk


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-

🟠INFAK KARPET MASJID :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Manusia meragui tentang azab kubur sehingga diturunkan firman Allah SWT: 

Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! 

(Surah al-Takathur: 1-4)

Tiga Golongan Mustajab Doa

 Tiga Golongan Mustajab Doa


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:

1.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

2.  Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

3.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

b.  Doa dari orang yang dizalimi

c.  Doa orang yang  sedang bermusafir

d.  Doa dua ibu bapa kepada anak


4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita


Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi  kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam  doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab. 


Mari kita bina keluarga yang sejahtera dengan doa yang terbaik menuju ke syurga. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga Bahagia.

TIPS TUJUH PANDUAN KESIHATAN UNTUK USIA 50 TAHUN KEATAS

 TIPS TUJUH PANDUAN KESIHATAN  UNTUK USIA 50 TAHUN KEATAS

 1. Empat hal untuk diperiksa! sekerap mungkin:

(1)  Tekanan darah

(2)  Gula dlm darah

(3)  Fungsi Ginjal

(4)  Kolestrol


2. Tiga hal yang perlu dikurangi:

(1)  Garam

(2)  Gula

(3)  Produk bertepung


3. Tiga hal yang perlu di amalkan:

(1)  Sayuran

(2)  Kekacang

(3)  Buahan


4. Tiga hal yang perlu dilupakan:

(1)  Usia

(2)  Masa lalu

(3)  Keluh kesah


5. Empat hal yang harus Anda miliki:

(1)  Teman yang mencintaimu

(2)  Keluarga yg ambil tahu

(3)  Fikiran positif

(4)  Rumahtangga yang harmonis


6. Lima hal yang perlu Anda lakukan untuk tetap sihat:

(1) Berjemur matahari pagi

(2)  Tersenyum

(3)  Olah raga ringan

(4)  Kurangi berat badan

(5)  Lakukan Pekerjaan yg anda minat secara sukarela


7. Enam hal yang tidak harus Anda lakukan:

(1)  Jangan menunggu sampai Anda lapar untuk makan

(2) Jangan menunggu sampai anda haus baru minum

(3) Jangan menunggu sampai anda mengantuk baru tidur

(4) Jangan menunggu sampai anda merasa penat baru beristirahat

(5) Jangan menunggu sampai anda sakit baru melakukan control

(6)  Jangan menunggu sampai anda memiliki masalah baru nak berdoa kepada Allah SWT. 


Banyakkan istighfar dan selawat (tidak kurang 100 kali sehari) 

Saya suka berkongsi kerana  saya punya banyak teman usianya 50 keatas.

JAGA DIRIMU SELAGI SIHAT !!!.

Banyak berdoa dan mensyukuri Nikmat yg Allah berikan kepada kita.

Sihat Semangat. Aamiin


SEMOGA BERMANFAAT UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA

25 Jan 2022 - Selasa - Kuliah Maghrib - Ybhg Ust.Lt.Kol RudinShah - Kitab 40 Hadis Umat akhir zaman

 

25 Jan Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Lt.Kol RudinShah

Kitab 40 Hadis Umat akhir zaman


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Ummu Salamah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila munculnya kejahatan di atas muka bumi maka Allah akan menurun azab-Nya kepada seluruh penduduk bumi. Aku (Ummu Salamah) bertanya : Sekalipun dalam kalangan mereka ada orang soleh ? Maka Rasulullah S.A.W menjawab : Ya, meskipun dalam kalangan mereka ada orang soleh. Mereka ditimpa sepertimana yang ditimpa oleh orang ramai kemudian mereka kembali kepada rahmat Allah.

Riwayat Al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath (2089)

24 Jan 2022 - Isnin 21 Jamadil Akhir 1443H Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Halue - Kitab Akhlak Sorang Muslim

 

24 Jan - Isnin

21 Jamadil Akhir 1443H

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Sorang Muslim


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Riyadhus Solihin Bab 13. Menerangkan Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan


Allah Ta’ala berfirman: “Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya.” (al-Baqarah: 215)

“Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, pasti Allah Maha Mengetahuinya.” (al-Baqarah: 197)

“Barangsiapa yang melakukan amal soleh, maka perbuatannya itu akan menguntungkan dirinya sendiri.” (al-Jatsiyah: 15)

23 Jan 2022 - Ahad 20 Jamadil akhir 1443H - Kuliah Subuh - Ybhg Ust.Hj Suhaimi - Tafsir AlQuran

 

23 Jan - Ahad

20 Jamadil akhir 1443H

Kuliah Subuh

Ybhg Ust.Hj Suhaimi

https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

Tafsir AlQuran


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Abdullah bin Umar R.’Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Ketahuilah, bahawa tiada seorangpun dari kalian yang akan melihat Tuhannya sehinggalah setelah dia meninggal dunia. Sahih Muslim (2930)

Nikmat melihat Allah SWT ini menurut beliau merupakan sebesar-besar kelazatan (al-lazzah al-kubra) yang akan menyebabkan sekalian ahli syurga lupa kepada nikmat-nikmat yang lain. Oleh kerana inilah beliau menyeru kepada sekalian Muslimin untuk menjadikan nikmat melihat Allah SWT ini sebagai dorongan utama untuk memasuki syurga. Nikmat melihat Allah SWT ini merupakan sebesar-besar nikmat berbanding nikmat-nikmat material yang lain. (Rujuk Ihyaa’ Ulum al-Din 4/543)

22 Jan 2022 - Ceramah Perdana - Prof.Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff - Selepas Maghrib - Masjid Kariah Telok Kemang

 Sila ....klik........fb.....................

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/939499340032461/



♦️DIAMBANG REJAB♦️

22 Jan 2022

Ceramah Perdana

Prof.Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff

Selepas Maghrib

Masjid Kariah Telok Kemang

Joint Wasap group :https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl


Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada BULAN REJAB bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Musnad Imam Ahmad, no. Hadith 2228]

*💞JOM SEBARKAN💞

Drpd Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yg menunjukkn sesuatu kebaikn maka dia mndapat pahala sama seperti yg melakukannya.” 

[Riwayat Muslim (1893)]

22 Jan 2022 - Sabtu 19 jamadil akhir 1443H - Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir - Kitab Hikam

..........Sila Klik ....fb




 22 Jan Sabtu

19 jamadil akhir 1443H

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


NIKMAT MELIHAT ALLAH SWT DI SYURGA


 firman Allah SWT:


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢﴾ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ﴿٢٣﴾


Maksudnya: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23)

Surah al-Qiyamah (22-23)


 Jarir bin Abdillah R.A:

Maksudnya: Suatu hari kami duduk bersama Rasulullah SAW dan Baginda melihat kepada bulan pada malam bulan mengambang lalu bersabda: “Kalian akan melihat Tuhan kalian sepertimana kalian melihat bulan ini, dan kalian tidak akan mempunyai masalah untuk melihat-Nya.

Sahih al-Bukhari (7434) dan Sahih Muslim (633)

21 Jan 2022 Ahad -18 Jamadil Akhir 1443H - Kuliah Maghrib -Jemputan Ybhg Ustaz Muhammad Nazlan - Madrasah Al-Aliyah Sikamat

 

21 Jan  2022 Ahad

18 Jamadil Akhir 1443H

Kuliah Maghrib Jemputan

Ybhg Ustaz Muhammad Nazlan

Madrasah Al-Aliyah Sikamat


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


 Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.

(Surah al-Hasyr: 7)


Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.

Riwayat oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289)

21 Jan 2022 - 18 JAMADIL AKHIR 1443 - Tazkirah Jumaat - Ybhg Ustaz Shukri Ismail

 

21 Jan 2022

18 JAMADIL AKHIR 1443

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Shukri Ismail


MATLAMAT KEHIDUPAN DI DUNIA


Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 115:

Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami (Allah SWT) hanya

menciptakan kamu sekadar sia-sia? Kamu pula menyangka bahawa

kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


Menurut Imam al-Qurtubi, Allah SWT menempelak manusia dalam ayat

ini kerana ada orang yang menduga bahawa penciptaan manusia sama

seperti haiwan tanpa ada perkiraan pahala atau dosa. Sesungguhnya

Allah SWT menciptakan manusia sebagai hamba bagi mengabdikan diri

kepada-Nya. Manusia akan diberikan ganjaran jika beribadah dan akan

diberikan balasan jika meninggalkannya. 


🛑 Infaq Tabung KARPET https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🛑Wasap Group:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🛑FB Rasmi:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

20 Jan 2022 - MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG - Khamis #Solat Maghrib #Bacaan Yasin #Zikir #Solat Isyak #Bacaan Al Mulk

 

MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG

20  Jan - Khamis

#Solat Maghrib

#Bacaan Yasin

#Zikir

#Solat Isyak

#Bacaan Al Mulk

19 Jan 2022 , Rabu Kuliah Maghrib - Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof Mufti Kerajaan N9 - Kitab Fiqh Manhaj

Klik untuk.....

............fb ..................

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/937837600198635/


19 Jan Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof

Mufti Kerajaan N9

Kitab Fiqh Manhaj


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Muraqabah (Merasa diperhatikan Allah)


Allah Ta’ala berfirman: 

“Dan Dia adalah besertamu di mana saja engkau semua berada.” (al-Hadid: 4)

“Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di langit.” (Ali-Imran: 5)

 “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” (al-Fajar: 14)


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, sabdanya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu cemburu dan kecemburuan Allah Ta’ala itu ialah apabila seorang manusia mendatangi -mengerjakan- apa-apa yang diharamkan oleh Allah atasnya.” (Muttafaq ‘alaih)

18 Jan 2022 - Selasa - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi : Kitab Riyadhus Solihin

 

18 Jan Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Firman Allah Swt : Barang siapa yang berat timbangan (Kebaikan)nya maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan.(102)Dan barang siapa yang ringan timbanganya.maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri,mereka kekal di dalam neraka jahanam.(103) Muka mereka dibakar api neraka,dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.(104).[Surah Al-Mukminun ayat 102-104]

Amalan dilakukan secara berterusan walaupun jumlahnya sedikit.

 

Pengajaran:

1.  Amalan yang paling dicintai Allah SWT terhadap hambanya adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun jumlahnya sedikit.

2.  Menurut Ibnu Rajab: ”Balasan daripada amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, namun  dilanjutkan dengan amalan keburukan, maka itu adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.” (Latho-if Al Ma’arif, hal. 394)

3.  ’Al-Qomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin ’Aisyah; ”Wahai Ummul Mukminin, bagaimanakah Rasulullah ﷺ beramal? Apakah Baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” ’Aisyah menjawab:

لاَ. كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً وَأَيُّكُمْ يَسْتَطِيعُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَسْتَطِيعُ

”Tidak. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan (rutin). Siapa saja di antara kalian pasti mampu melakukan yang Baginda lakukan.”(HR. Muslim no. 783)

4.  Imam Nawawi mengatakan; ”Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun berterusan dilakukan, itu lebih baik dari amalan yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memudahkan amalan ketaatan, zikir, pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal, juga akan membuat amalan tersebut diterima Allah. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang banyak namun sesekali saja dilakukan.”(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 3/133)

5.  Amalan yang sedikit tetapi berterusan akan mencegah masuknya virus ”futur” (penat atau jemu untuk beramal). Rasulullah ﷺ bersabda: 

وَلِكُلِّ عَمِلٍ شِرَّةٌ  وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ  فَمَنْ يَكُنْ فَتْرَتُهُ إِلَى السُّنَّةِ  فَقَدِ اهْتَدَى  وَمَنْ يَكُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ  فَقَدْ ضَلَّ

”Setiap amal itu pasti ada masa semangatnya. Dan setiap masa semangat itu pasti ada masa futur (malasnya). Barangsiapa yang kemalasannya masih dalam sunnah (petunjuk) Nabi ﷺ, maka dia berada dalam petunjuk. Namun barangsiapa yang keluar daripada petunjuk tersebut, sungguh dia telah menyimpang.”(HR. Thobroni dalam Al Mu’jam Al Kabir, Status: Sahih)

6.  Hasan Al Basri mengatakan; ”Sesungguhnya bangunan di syurga dibangun oleh para Malaikat disebabkan amalan zikir yang terus dilakukan. Apabila seorang hamba mengalami rasa jemu untuk berzikir, maka malaikat pun akan berhenti daripada pekerjaannya tadi. Lantas malaikat pun mengatakan, ”Apa yang terjadi padamu, wahai fulan?” Sebab malaikat boleh menghentikan pekerjaan mereka kerana orang yang berzikir tadi mengalami 'kefuturan' (kemalasan) dalam beramal.”


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

18 Jan 2022, Selasa - Kuliah Subuh Khas - Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir - Kitab Hikam

 

18 Jan Selasa

Kuliah Subuh Khas

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.”

(Riwayat Ibn Majah no. 4102 & al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

17 Jan 2022, Isnin - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah - Kitab Adabul Mufrod

 

17 Jan Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah

Kitab Adabul Mufrod


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Hendaklah memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS: هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ


Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” Surah al-Naml (40)


Muslimin Muslimat dijemput hadir dan sebar luas Info majlisnya.

MULAI 22 JAN 2022 - TADARUS & Belajar Al-Quran #Road2Ramadan 1443h Dengan Kerjasama PPKPD

 

TADARUS & Belajar Al-Quran

#Road2Ramadan 1443h

Dengan Kerjasama PPKPD


Bersama Imam Sahrul Hanifi

Imam(2) Masjid Kariah Telok Kemang


♦️Setiap Sabtu

♦️ Selepas Isyak

♦️Bermula 22 Jan

♦️Didewan Solat Utama


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


 Rasullullah SAW bersabda : “ Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata : Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan,tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata : Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya : Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan.”

Riwayat Al-Tirmizi (2839)

16 Jan 2022, Ahad - Sehari SelembaR Al-Quran (Maghrib) Dan BacaaN Surah Al-Mulk (Isyak)

 

16 Jan Ahad

Sehari SelembaR Al-Quran (Maghrib) Dan

BacaaN Surah Al-Mulk (Isyak)


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Nabi SAW bersabda :

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakana ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Riwayat Al-Tirmizi (2910)


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah AL-MULK.

Riwayat Ibn Majah (3786)

15 Jan 2022, Sabtu Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Abd Jabar - Kitab Safinatun Najah

 

15 Jan Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abd Jabar

Kitab Safinatun Najah


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


PAKAILAH SERBAN, MAKA AKAN BERTAMBAH SIFAT LEMAH LEMBUT


Rasulullah SAW bersabda : Pakailah serban, maka akan bertambah sifat lemah lembut.”


Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy dalam Al-Kamil fi Al-Dhu’afa’

Abu Ahmad, Abdullah Bin ‘Adiy, Al-Kamil fi Al-Dhu’afa Al-Rijal (1997), Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, Beirut, j.7 h.195.

Hilang Sifat Amanah

 

Pengajaran:


1.  Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dan kehancuran pada alam ini.

2.  Antara tanda kiamat akan berlaku apabila hilang sifat amanah.

3.  Amanah itu adalah nilai keimanan. Bila hilang kejujuran, tergoda dengan habuan dunia, terlibat dengan penyelewengan dosa dan maksiat seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa maka akan lunturlah nilai keimanan. 

4.  Amanah hilang apabila urusan dan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahli dan tidak layak apabila nilai keimanannya hilang.

5.  Menurut Al-Munawi, dekatnya kiamat apabila menyerahkan urusan dalam hal amar (perintah) maaruf dan nahi (larangan) mungkar kepada yang tidak amanah, rapuh agamanya, lemah Islamnya, dan mengakibatkan bermaharajalelanya kebodohan.


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

15 Jan 2022, Sabtu Kuliah Subuh - Ybhg Lt.Kol.Zulkeple - Kitab Hadis 40

 

15 Jan Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Lt.Kol.Zulkeple

Kitab Hadis 40

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


MULUT PUNCA KE NERAKA

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab:


Maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]

14 Jan 2022 - Jumaat Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin - Kitab Al-Azkar

klik

-------------------fb----------------------


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1061100134741418&id=100056540603097


14 Jan - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin

Kitab Al-Azkar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

WAKTU MUSTAJAB PADA HARI JUMAAT

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. 

Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. 

[Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

DANA WAKAF KARPET - MASJID KARIAH TELOK KEMANG


 DANA WAKAF KARPET

MASJID KARIAH TELOK KEMANG


‎وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, nescaya Dia akan menggantinya” - Surah Saba ayat 39


Assalamualaikum, Pihak Masjid kariah dalam perancangan untuk menukar Karpet masjid yang telah lusuh. Kos keseluruhan pemasangan berjumlah hampir RM90,000.00 


Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun berikut: MASJID KARIAH TELOK KEMANG

05-049-01-0000-408

BANK ISLAM


Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

#remark - dana karpet


Hubungi kami untuk maklumat lanjut:-

Pengerusi:- Wasap.my/+60192139150/nak.info.wakafkarpet

Bendahari:- Wasap.my/+60126847100/nak.info.wakafkarpet

🛑Wasap Group Masjid:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

14 Jan 2022 - Jumaat Tazkirah Jumaat Ybhg Ust Mohd Zaidi

 

14 Jan - Jumaat

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ust Mohd Zaidi


Dalil membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]


Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

Hilang Amanah


 Pengajaran:

1.  Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dan kehancuran pada alam ini.

2.  Antara tanda kiamat akan berlaku apabila hilang sifat amanah.

3.  Amanah itu adalah nilai keimanan. Bila hilang kejujuran, tergoda dengan habuan dunia, terlibat dengan penyelewengan dosa dan maksiat seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa maka akan lunturlah nilai keimanan. 

4.  Amanah hilang apabila urusan dan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahli dan tidak layak apabila nilai keimanannya hilang.

5.  Menurut Al-Munawi, dekatnya kiamat apabila menyerahkan urusan dalam hal amar (perintah) maaruf dan nahi (larangan) mungkar kepada yang tidak amanah, rapuh agamanya, lemah Islamnya, dan mengakibatkan bermaharajalelanya kebodohan.


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

22 Jan 2022 , Ceramah Perdana - Prof.Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff - Selepas Maghrib - Masjid Kariah Telok Kemang

 

22 Jan 2022

Ceramah Perdana

Prof.Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff

Selepas Maghrib

Masjid Kariah Telok Kemang


Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:


Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada BULAN REJAB bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Musnad Imam Ahmad, no. Hadith 2228]


*💞JOM SEBARKAN💞

Drpd Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yg menunjukkn sesuatu kebaikn maka dia mndapat pahala sama seperti yg melakukannya.” 

[Riwayat Muslim (1893)]

12 Jan 2022 , Rabu - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Shamsul Bahari - Talqqi Alquran

 

12 Jan Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Talqqi Alquran


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”.

(Surah At-Takwir : 27)


“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah al-A’raf : 204)

11 Jan 2021 - Selasa - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Hj Shafie Muhammad - Kitab Faridatul faraid

Klik .........fb.........

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2178438052503069&id=100056540603097


11 Jan - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Shafie Muhammad

Kitab Faridatul faraid


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Rasullullah Saw bersabda: 

Apabila seorang ahli syurga memasuki syurga, Allah Swt berfirman: “Apakah kamu ingin aku tambahkan lagi nikmat kepadamu?” Mereka menjawab: “Tidakkah Engkau telah memutihkan wajah² kami? Tidakkah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga & menyelamatakan kami daripada api neraka?” Lalu Allah SWT membuka hijab (dan menampakkan diri-Nya, & tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yg lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka Allah Swt.


Sahih Muslim (181) dan Sunan Ibn Majah (187)

10 Jan 2021 - Isnin Kuliah Mghrib - Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid - Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din

 

10 Jan - Isnin

Kuliah Mghrib

Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid

Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan jika Allah mengenakan engkau dgn sesuatu yg membahayakan, maka tiada sesiapa pun yg akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; & jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yg akaun dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yg dikendakiNya dari hamba-hambaNya, & Dia lah yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Yunus: 107)

❗Bantuan Keluarga Malaysia 2022❗

 

❗Bantuan Keluarga Malaysia 2022❗


Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yg mempunyai perubahan maklumat,

◾Status Perkahwinan. 

◾Bilangan Anak. 

◾Jumlah Pendapatan.


Dokumen yg diperlukan utk dimuatnaik adalah seperti berikut :

◾Status Perkahwinan - Sijil Nikah / Cerai. 

◾Bilangan Anak. - Sijil Lahir Anak. 

◾Jumlah Pendapatan - Isikan Jumlah Pendapatan Baru.


* Bagi mereka yg TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login utk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dlm sistem BKM 2022.

.

Panduan Mudah Kemaskini :

https://www.portalmalaysia.com/cara-kemaskini-permohonan-bkm/


Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.

Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!

📌https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan


https://www.portalmalaysia.com/cara-kemaskini-permohonan-bkm/

WAKAF KARPET MASJID KARIAH TELOK KEMANG

 

DANA WAKAF KARPET

MASJID KARIAH TELOK KEMANG


‎وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, nescaya Dia akan menggantinya” - Surah Saba ayat 39

Assalamualaikum, Pihak Masjid kariah dalam perancangan untuk menukar Karpet masjid yang telah lusuh. Kos keseluruhan pemasangan berjumlah hampir RM90,000.00 

Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun berikut: MASJID KARIAH TELOK KEMANG

05-049-01-0000-408

BANK ISLAM

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

#remark - dana karpet


Hubungi kami untuk maklumat lanjut:-

Pengerusi:- Wasap.my/+60192139150/nak.info.wakafkarpet

Bendahari:- Wasap.my/+60126847100/nak.info.wakafkarpet

🛑Wasap Group Masjid:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

9 Jan 2021 - Ahad Kuliah Subuh - Ybhg Ust.Hj Suhaimi - Surah Ali Imran Ayat 51

 

9 Jan - Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ust.Hj Suhaimi

https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

Tafsir AlQuran - Surah Ali Imran Ayat 51

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah SWT:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus." (Surah Ali Imran: 51)

Keterangan Ayat:

1. Nabi Isa a.s mengisytiharkan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu! 

2. Kita semua adalah sama! Hamba Allah SWT! Maka hendaklah kamu mengabdikan diri hanya kepadaNya!

3. Inilah jalan yang lurus! Jalan yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat! 

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

8 Jan 2021 - Sabtu Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Md Azmi Mohamed Sukaimi - Kitab Sairus Salikin

 

8 Jan Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Md Azmi Mohamed Sukaimi

Kitab Sairus Salikin

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat & beriman serta beramal soleh.

(Surah Maryam: 59-60)

7 Jan 2022 - Tazkirah Jumaat - Ybhg Ustaz Shukri ismail

 

7 Jan 2022

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Shukri ismail


JUMAAT - JOM PERBANYAKKN SELAWAT

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Mksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yg brselawat ke atasku dengan 1 selawat, maka Allah SWT akan brselawat ke atasnya dgn 10 selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Mksudnya: “Prbanyakkanlah brselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Ssungguhnya selawat yg dibaca oleh umatku akan dibentangkn kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yg paling banyak brselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

firman Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

6 Jan 2021 - Khamis #Solat Maghrib #Bacaan Yasin #Zikir #Solat Isyak #Bacaan Al Mulk

 

MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG

6 Jan - Khamis

#Solat Maghrib

#Bacaan Yasin

#Zikir

#Solat Isyak

#Bacaan Al Mulk

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

5 Jan 2021 - Rabu Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof - Al-Quran Sebagai Penyelamat

 .........fb.......

Sila Klik....................................... 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1052574578643280&id=100056540603097

5 Jan - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof

Al-Quran Sebagai Penyelamat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Riyadhus Solihin Bab 3. Sabar

Dari Anas RA, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang dari engkau semua itu mengharap-harapkan tibanya kematian dengan sebab adanya sesuatu bahaya yang mengenainya. Tetapi jikalau ia terpaksa harus berbuat demikian maka hendaklah mengatakan: 

“Ya Allah, tetapkanlah aku hidup selama kehidupanku itu masih merupakan kebaikan untukku dan matikanlah aku apabila kematian itu merupakan kebaikan untukku.” 

(Muttafaq ‘alaih)

4 Jan 2021 - Selasa - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi - Kitab Riyadhus Solihin

.........fb.......

Sila Klik....................................... 

https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang/videos/325802539401622/


4 Jan - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Riyadhus Shalihin Bab 3. Sabar


“Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu.” (ali-Imran: 200)


 “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya -karena amat banyaknya.” (az-Zumar: 10)


 “Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu sesungguhnya termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh.” (as-Syura: 43)


“Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)

3 Jan 2022 - Isnin Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah Kitab Adabul Mufrad

 

3 Jan - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah

Kitab Adabul Mufrad

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠

Riyadhus Shalihin Bab 2. Taubat

Dari Ibnu Abbas dan Anas bin Malik radhiallahu ‘anhum bahwasanya Rasulullah shalallahu alaihi wasalam bersabda: “Andaikata seorang anak Adam -yakni manusia- itu memiliki selembah emas, ia tentu menginginkan memiliki dua lembah -emas lagi- dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah -yaitu setelah mati- dan Allah menerima taubat kepada orang yang bertaubat.” (Muttafaq ‘alaih)

2 Jan 2022 , Ahad Kuliah Subuh - Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat - Kitab Hal Ehwal Kematian

 

2 Jan Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat

Kitab Hal Ehwal Kematian

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Nabi ﷺ. Baginda bersabda :

Maksudnya : “Allah menjadikan rahmat sebanyak serratus bahagian. Dia menyimpan 99 bahagian & menurunkan satu bahagian ke dunia. Di antara bahagian tersebut adalah sifat saling mengasihi antara makhluk sehingga seekor binatang akan mengangkat tapak kakinya daripada anaknya takut²akan terpijak anaknya.”

Riwayat Al-Bukhari no 6000 & Muslim no 2752

1 Jan 2022, Sabtu - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Abd Jabar - Kitab Safinatun Najah

 

1 Jan Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abd Jabar

Kitab Safinatun Najah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🛑FB page:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠INFAK KARPET MASJID *:-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang*🟠


Allah SWT berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya orang² yg kufur ingkar kepada ayat² keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap² kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yg lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Nisa’: 56)

1 Jan 2022, Sabtu Kuliah Subuh - Ybhg Ustaz Lt.kol Zulkeple - Hadis 40

 

1 Jan Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Lt.kol Zulkeple

Hadis 40


Daripada Khaithamah, daripada ‘Abddullah Ibn Umar RA, beliau berkata:


Maksudnya: Akan tiba suatu zaman, manusia berkumpul di dalam masjid-masjid namun tiada seorang di antara yang beriman. Riwayat al-Hakim

Al-Hakim al-Naisaburi, al-Mustadrak ʻala al-Sahihain, ed. Mustafa ʻAbd al-Qadir ʻAta (Beirut: Dar al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 1990), no. hadis 8365, 4: 489

Imam al-Hakim menyebutkan bahawa: Maksudnya: Sanad hadis ini adalah sahih sebagaimana syarat Imam al-Bukhari dan Muslim. Tetapi hadis ini tidak dikeluarkan oleh mereka.

Sumber:https://bit.ly/3zbSYyg