21 Jan 2022 - 18 JAMADIL AKHIR 1443 - Tazkirah Jumaat - Ybhg Ustaz Shukri Ismail

 

21 Jan 2022

18 JAMADIL AKHIR 1443

Tazkirah Jumaat

Ybhg Ustaz Shukri Ismail


MATLAMAT KEHIDUPAN DI DUNIA


Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 115:

Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami (Allah SWT) hanya

menciptakan kamu sekadar sia-sia? Kamu pula menyangka bahawa

kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


Menurut Imam al-Qurtubi, Allah SWT menempelak manusia dalam ayat

ini kerana ada orang yang menduga bahawa penciptaan manusia sama

seperti haiwan tanpa ada perkiraan pahala atau dosa. Sesungguhnya

Allah SWT menciptakan manusia sebagai hamba bagi mengabdikan diri

kepada-Nya. Manusia akan diberikan ganjaran jika beribadah dan akan

diberikan balasan jika meninggalkannya. 


🛑 Infaq Tabung KARPET https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🛑Wasap Group:- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🛑FB Rasmi:- http://facebook.com/Masjidtelokkemang