Aktiviti Masjid 20 - 26 September 2021

 

26 Sept / 19 Safar - Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj Suhaimi
https://t.me/KuliahUstazSuhaimi
Tafsir AlQuran - Surah Ali Imran

Firman Allah SWT:

يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ [آل عمران : 43]

Ertinya: "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk." (Surah Ali Imran: 43)

Keterangan Ayat:

1. Allah SWT memerintahkan Maryam a.s agar menambah ketaatan dan ibadah! Walaupun Maryam a.s seorang yang kuat beribadah!

2. Allah SWT memerintahkan Maryam agar ikhlas dan khusyuk dalam beribadah! Sujud dan rukuk kepadaNya! Bersama mereka yang rukuk!

3. Sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan yang telah diberikan kepadanya! Di atas kelebihan dan kemuliaan!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

___________________________________________________________________________

25 sept / 18 Safar 1443H
Sabtu - Kuliah Subuh
Ybhg Ust Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam

Janganlah karena keterlambatan datangnya pemberian-Nya kepadamu, saat engkau telah bersungguh² dalam berdoa, menyebabkan engkau berputus asa; 
sebab Dia telah menjamin bagimu suatu ijabah (pengabulan doa) dalam apa² yg Dia pilihkan bagimu, bukan dalam apa² yg engkau pilih untuk dirimu; 
dan pada waktu yg Dia kehendaki, bukan pada waktu yg engkau kehendaki."
(Ibn Ataillah as-Sakandari - pengarang Kitab Hikam)

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." – Al-Mu'min [40]: 60

✅ Sebarang bentuk sumbangan atau Infaq kepada masjid, boleh menggunakan Toyyibpay 
• Klik Link :https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


______________________________________________________

24 sept / 17 Safar 1443H
Jumaat
Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza
Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah
Selepas Solat Maghrib

Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan2 di waktu siang&malam. Amalan2 yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:
i Fatihatul Aurad
ii Al-Tahlil
iii Al-Salawat al-‘Azamiah
iv Al-Istighfar al-Kabir
v Al-Mahamid al-Thamaniah
vi Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar
vii Al-Husun Mani‘ah
viii Al-Ahzab
Di kalangan ahli Tarekat Ahmadiah amalan2 ini terkumpul dlm kitab yang dipanggil nama singkatannya ‘al-Ahzab’. Syeikh Mohd Said telah mencetak semula Ahzab ini yang dinamakn ‘al-Ahzab al-‘Urfaniah wal Aurad al-Nuraniah’. Beliau telah menulis di tepi Ahzab itu karya beliau ‘Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniah’ di mana di antaranya beliau menghuraikan amalan2 wirid itu.

Dipetik drpd buku “Mengenal al-Tarekat al-Ahmadiah” terbitn JHEAIN9 
👇👇gorup wasap masjid
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl


________________________________________________________

23 Sept. 2021
Khamis malam Jumaat

MALAM MUNAJAT
#Solat Maghrib
#Bacaan Surah Yassin
#Zikir
#Solat Isyak
#Solat Taubat
#Bacaan Al-Mulk

Apa hukumnya membaca Yasin pada malam Jumaat?

Harus membaca Yasin pada malam Jumaat atau pada malam mana sahaja yang berkelapangan samada sendirian atau berkumpulan kerana tidak ada dalil yang melarang membaca Yasin pada malam Jumaat atau malam yang lain.

Dari Abi Hurairah ra Rasulullah saw bersabda:
“Tidaklah berkumpul satu kaum di salah satu rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan saling bertadarus bersama-sama, maka akan turun ketenangan atas mereka dan rahmat Allah akan meliputi mereka dan para malaikat akan melindungi mereka dan Allah menyebut mereka dikalangan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya.” (Hadith Muslim)

_____________________________________________________


22 Sept - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Shamsul

Tajwid Dan Talaqqi Alquran 

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

____________________________________________________


21 Sept - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin


Daripada Anas Bin Malik.Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya :” Setiap anak adam ada (melakukan) kesalahan² & sebaik-baik orang yg salah adalah mereka yg banyak bertaubat.”

Riwayat Al-Tirmizi (2423)


Sheikh Muhammad Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut bahawa yg dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah sebaik-baik manusia yg banyak melakukan dosa adalah mereka yang kembali kepada Allah dengan melakukan amal ketaatan & meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan. 

(Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi Bi Syarh Jami’ Al-Tirmizi, 7/202).

JOint Group Wasap Masjid

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

Utk Tabung Infak Masjid

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

_____________________________________________________________________________

20 Sep  - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Amirullah
Kitab Adabul Mufrod

SETIAP MANUSIA AKAN DIHISAB

Firmankan oleh Allah SWT: Dan sesiapa yg mengerjakn amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, & mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
(Surah al-Nisa’:124)

bagi manusia² yg lalai akan hari pembalasn, maka telah dipersiapkn buat mereka neraka sebagai pembalasn sebagaimana yg difirmankn oleh Allah SWT: Dan orang² kafir yg mendustakn ayat² keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
(Surah al-Baqarah: 39)

JOint Group Wasap Masjid
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

Utk Tabung Infak Masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang
______________________________________________________________________________

MAULIDUL RASUL  - 12 RABIULAWAL
----------🔘----------

DALAM sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi ﷺ akan disampaikan kepada Nabi ﷺ sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda ﷺ tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah ﷺ :

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

 2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan pada pandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda ﷺ tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi ﷺ . Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi ﷺ .

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ :

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah ﷺ . Amalkanlah sunnah Baginda Nabi ﷺ sebagai tanda kasih kepada Rasulullah ﷺ .