Aktiviti 13 - 19 September 2021




 17 Sept 2021

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halmy Runa

Kitab Ayyuhal Walad


TAUBAT SBELUM DATANGNYA KEMATIAN

Imam Ibnul Jauzi رحمه الله berkata :

"Wahai jiwa !!! Segeralah pergunakan  waktu sebelum dia pergi. Bersungguh-sungguhlah dengan menjaga waktu malam dan siang hari dari kehidupan ini. Kmudian rasakanlah seakan-akan engkau telah berada di depan kubur, sedang dia sungguh telah pecah dan terbuka" 

(Al-Yawaaqiit al-Jauziyyah hal 33)

Imam al-Utsaimin رحمه الله berkata :

"Wajib atas seorang untuk segera bertaubat, karena dia tidak tahu bilakah kematian itu tiba-tiba datang. Berapa banyaknya manusia yang telah mati dalam keadaan tiba-tiba dan sangat mengejutkan. Maka bertaubatlah kepada Allah sebelum datangnya waktu penyesalan" (Syarh Riyadhis Shalihin II/133)


🛑SUMBANGAN/INFAK TABUNG MASJID

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

___________________________________________________________________


16 Sept. 2021

Khamis malam Jumaat


MALAM MUNAJAT

#Solat Maghrib

#Bacaan Surah Yassin

#Zikir

#Solat Isyak

#Solat Taubat

#Bacaan Al-Mulk


Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yg membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan & setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yg semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf & Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]


joint Group kuliah/xtvt/info

Masjid T.Kemang

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

________________________________________________________


15 Sept - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof

Mufti Kerajaan N9

Kitab Fiqh Manhajj


(Rukun) Qauliah, mempunyai 5 : Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud & selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ke3nya pada duduk yg terakhir. (Rujuk kitab Safinat al-Solah: 44)


Syarat2 sah membaca al-Fatihah di dlm solat, ada 12 perkara....... Yang ke9, hendaklah bacaan al-Fatihah tersebut didengari oleh dirinya sendiri, ini kerana ia adalah rukun qauli. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 216)


Begitu juga disebutkn di dlm kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah bahawa: Jawapan bagi persoalan (adakah seseorang itu disyaratkn utk mendengar bacaan al-Fatihahnya) adalah, 3 drpd para imam mujtahid bersepakat bahawa jika sekiranya sekiranya seseorang itu tidak mendengar bacaannya, maka ia tidak dianggap sebagai membacanya. (Rujuk al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1:201)

_________________________________________________________