NAFSU YANG TERSEMBUNYI

NAFSU YANG TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. 

Beliau bercerita:

Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak. 

Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: 

“Berikan makanan ini kepada keluargamu.”

Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku. Dengan nada yang sayu dia memohon:

“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri. 

Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan. Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”

Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat. 
Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.

Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.

Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki.Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu. Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya (menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.

Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku, sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku. Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah. 

Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.

“Hei, Abu Muhammad...! 
Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”, jawabku terkejut. 

“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan. 

Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya. 

Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.

“Jadi?”, tanyaku kehairanan. “Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah ia kumpulkan selama 30 tahun. 

Lantas dia rugi besar dan bangkrap. Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan. 

Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik. Bisnesnya meningkat dan berjaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi, berganti dengan limpahan kekayaan. 

Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.

Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku. 
Sebagai bentuk syukur. 
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi. 

Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.

Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh. Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.

Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku. 

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. 

Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi. Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.

Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan. 

Aku juga lihat, badan mereka membesar. 

Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.

Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.

Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan, sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain. 

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!

Tapi ternyata, perhitungan belum selesai. 

Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.

Namun alangkah ruginya aku. Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI". 

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku. 

Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu. 

Aku putus asa.

Aku yakin aku akan binasa. 
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku terdengar suara, “Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”

“Masih...”, jawab suara lain. 

“Masih berbaki yang ini.”

Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki? 

Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.

Habis sudah harapanku... 

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.

Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku, sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun. 

Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.

Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku. 
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.

Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku. 
Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah. 

Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. 

Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.

Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat. 

Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata, “Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!! 

Aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab "KISAH TAULADAN"

"Ar-Rafi’i dalam Qalam (2/153-160)".

Semoga kita diberi kefahaman untuk amal dan beroleh manfaat.

- Copy paste dari kawan -

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

   1  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
   2  Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
   3  Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
   4  Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
   5  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
   6  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
   7  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
   8  Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
   9  Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
   10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
   11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
   12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
   13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
   14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
   15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
   16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
   17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
   18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
   19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
   20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
   21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
   22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
   23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
   24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.. icon smile Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda ;) ;)

Penting.......Solat Jumaat di Masjid Kariah Telok Kemang, 3 Julai 2020

Terkini : Solat Jumaat di Masjid Kariah Telok Kemang

Tarikh : 3 Julai  2020

Solat Jumaat akan diadakan dgn bilangan jemaah kepada 180 orang, yang mana terbuka kepada semua ahli kariah masjid yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dengan cara "Siapa Cepat Dia Dapat Berjemaah (First Come First Serve).

PERATURAN & SOP YANG PERLU DIIKUTI

🟢Pintu akan ditutup jam 1.00tgh
🟢Pendaftaran *manual bermula jam 12.15tgh (bawa pen sendiri)
🟢Pakai mask
🟢Bawa sejadah sendiri
🟢Berwuduk di rumah
🟢Sentiasa patuhi jarak 1 meter
🟢Solat ditempat yg ditandakan ✖️
🟢warganegara Malaysia shj
🟢Suhu melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk
🛑 Sebarang penambhan & perubahan S.O.P akan dimaklumkan

http://emihrab.jheains.my/eaktiviti_pendaftaran_program.php

MASJID TELAH DIBUKA, DIMANA KITA?





MASJID TELAH DIBUKA, DIMANA KITA?

Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-masjid, maka saksikanlah baginya dengan iman.”
Riwayat al-Tirmizi (2617)

Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”
Riwayat Muslim (669)

Beri berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Riwayat Abu Daud (561)

Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata.
(Surah al-Jin: 18)

Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
Riwayat al-Bukhari (438)




1 Julai 2020, Mesyuarat Bulanan Masjid Kariah Telok Kemang

Dari Meja Setiausaha.

Assalamualaikom.

Perhatian kepada

Pengerusi MPKK Telok Kemang
Jawatankuasa Masjid Kariah
Pegawai-pegawai Syarie
Wakil-Wakil Masjid dan Surau

Mesyurat Bulanan Masjid Kariah akan diadakan pada tarikh dan ketetapan seprti berikut :

1 July 2020 
Rabu
Selepas Isyak
Dewan Makan Masjid

Agenda

Aluan pengerusi Masjid
Ucapan Pengerusi MPKK yang baru
Pengesahan Minit Mesyuarat
Pembentangan Laporan Kewangan
Laporan / Info dari Wakil Masjid & Surau (Jika Ada)
Laporan Biro-biro (Jika Ada)
Laporan Pegawai-Pegawai Syarie (Jika Ada)
Perkara-Perkara Berbangkit
Hal-Hal Lain

Tuan/Puan dijemput hadir

Terima Kasih.




Al Quran - HAMS dan MAD JAIZ MUNFASIL & MAD WAJIB MUTTASIL Oleh Tok We


Dari Tokwe

Hukum Bacaan Hams :

Hams menurut bahasa ialah hisul khaf ( الْخَفِيِّ حِسُّى ) , artinya perasaan yang halus. Sedangkan menurut istilah Hams adalah :

يَانُ النَّفْسِ عِنْدَ النُّطْقِ بِالْحَرْفِ لِضَعْفِ الْاِعِتْمَادِ عَلَى الْمَخْرَجِ

Keluarnya atau berhembusnya nafas ketika mengucapkan huruf karena lemahnya tekanan terhadap makhraj huruf tersebut.

Adapun huruf-huruf hams jumlahnya ada sepuluh, yakni :

ف ح ث ه ش خ ص س ك ت

kesepuluh hurf ini terkumpul dalam kalimat :

فَحَثُهٗ شَخْصٌ سَكَتَ

Cara membunyikan Hams adalah seperti mengembuskan atau seperti mengeluarkan nafas, baik tat kala huruf Hams dalam keadaan berharakat maupun bersukun, kecuali huruf kaf ( ك ) dan ta’ ( ت ) , keduanya hanya terlihat Hams-nya ketika bersukun atau tat kala di baca waqaf.

Sifat hams ini termasuk ke dalam sifat mutadladah
Artinya sifat-sifat yang mempunyai lawan, mempunyai lawan artinya , setiap sifat mempunyai satu sifat yang menjadi lawannya. Dan lawan dari sifat Hams ini adalan sifat jahr. Adapun jahr artinya berkumandang dan jelas.


MAD JAIZ MUNFASIL & MAD WAJIB MUTTASIL
Mad Jaiz Munfasil ialah huruf mad (huruf alif, wau atau ya’) yang bertemu dengan huruf hamzah dalam DUA KALIMAH. Sementara Mad Wajib Muttasil pula ialah huruf mad (huruf alif, wau atau ya’) yang bertemu dengan huruf hamzah dalam SATU KALIMAH.

Mengapa dipanggil “Mad JAIZ Munfasil”, bukannya “Mad WAJIB Munfasil”? Atau mengapa dipanggil “Mad WAJIB Muttasil” dan bukannya “Mad JAIZ Muttasil”?

Dalam ilmu Qiraat, takrif “Mad” ialah harakat yang panjang iaitu bacaan yang melebihi daripada 2 harakat. Malah, kadangkala harakat “Mad” itu dikhususkan hanya pada bacaan 6 harakat sahaja.

 Hukum bacaan “MAD JAIZ MUNFASIL” mengikut Imam Qiraat 10 (Tariq al-Syatibi dan al-Durrah): - 2 harakat :
Imam Ibn Kathir, Imam al-Susi, Imam Abu Ja’far dan Imam Ya’qub. - 2 dan 4 harakat : Imam Qalun dan Imam al-Duri 'an Abu Amr - 4 harakat : Selain daripada yang membaca 2 dan 6 harakat - 6 harakat : Imam Warsy dan Imam Hamzah

 Hukum bacaan “MAD WAJIB MUTTASIL” mengikut Imam Qiraat 10 (Tariq al-Syatibi dan al-Durrah): - 4 harakat : Selain daripada Imam Warsy dan Imam Hamzah - 6 harakat : Imam Warsy dan Imam Hamzah.
Kesimpulan daripada hukum bacaan di atas, “MAD JAIZ MUNFASIL” dinamakan “JAIZ” atau “HARUS” kerana dalam keadaan bacaan tersebut, HARUS dibaca dengan “MAD” atau harakat panjang yang melebihi 2 harakat (iaitu 4 atau 6 harakat).
Mengapa HARUS? Jawapannya kerana masih ada Imam-Imam Qiraat yang membaca dengan 2 harakat dalam keadaan ini.

 Tetapi, dinamakan “MAD WAJIB MUTTASIL” kerana dalam keadaan bacaan tersebut TIDAK ADA SEORANG IMAM QIRAAT PUN yang membaca dengan 2 harakat. Semuanya membaca dengan lebih daripada 2 harakat iaitu 4 atau 6 harakat. #dq #darulquranjakim

Hukum Mad Wajib Mu'tasil ketika waqaf (5/6 harakat) aula dibaca 6 harakat - kerana sdh jd hukum Mad Wajib Mu'tasil Aridlissukun...(Ustaz Syamsul)





PASANGAN yang ingin melangsungkan akad nikah di Negeri Sembilan mulai 27 Jun 2020

PASANGAN yang ingin melangsungkan akad nikah di Negeri Sembilan tidak lagi perlu bimbang kerana kerajaan negeri membenarkannya mulai Isnin ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat dan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi atau jabatan berkaitan.
Menurutnya, majlis akad nikah itu perlu dilakukan di rumah, premis persendirian atau tempat awam yang dibenarkan.
"Sebelum majlis berlangsung, pemohon perlu menyemak dan meneliti garis panduan majlis akad nikah dan perkahwinan orang Islam di Negeri Sembilan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Pemohon perlu peka dan sentiasa mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebelum memohon dan melaksanakan majlis akad nikah di rumah atau mana-mana premis.
"Bagi memudahkan pemohon dan ahli keluarga, segala garis panduan itu boleh dirujuk di laman web JHEAINS secara dalam talian dan perlu dipatuhi tanpa gagal," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Antara syarat yang ditetapkan ialah jumlah kehadiran tetamu di premis persendirian tidak melebihi 20 orang manakala bagi yang mengadakan majlis akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), tetamu tidak melebihi 10 orang termasuk pasangan pengantin serta jurukamera.
Selain itu, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir kecuali wali kepada pengantin perempuan.
Sementara itu, Aminuddin menggesa masyarakat di negeri itu terus mengamalkan normal baharu walaupun keadaan penularan wabak pandemik Covid-19 terkawal dan menunjukkan perkembangan baik.
Beliau berkata, masyarakat tidak alpa sebaliknya perlu sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang ditetapkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
"Orang ramai perlu terus meningkatkan amalan kendiri bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus Covid-19.
"Kita harus ingat bahawa jumlah kes baharu Covid-19 menurun disebabkan oleh amalan kendiri yang diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.
"Saya berharap kita semua, tidak leka ketika berada di luar dan marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan menerapkan norma baharu dalam kehidupan untuk memastikan usaha memutuskan rantaian Covid-19, capai kejayaan," katanya.
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), terdapat satu kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Seremban semalam menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 995, namun tiada kes kematian baharu Covid-19 dengan kekal sebanyak lapan kes kematian.
Artikel ini disiarkan pada : Harian Metro, Sabtu, 20 Jun 2020 @ 11:36 AM

AAmiin AAmiin AAmiin AAmiin

Ya ALLAH.....
 Rahmatilah kami dengan kesihatan yang baik. Permudahkan urusan kami, Murahkan rezeki serta berikanlah kedamaian didalam kehidupan ini.  

Ya Rahman... 
Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan.

Ya Rashid....... elokkan urusan akhirat kami yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama lamanya." 

‎     آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
‎       استجب دعاءنا يا ارحم الراحمين..
‎            جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا..





Memohon Keampunan



Pengajaran Hadis:

1.  Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Istighfar adalah amalan untuk memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan kita sama ada yang kita sedar atau tidak sedar.

2.  Rasulullah ﷺ sendiri tidak kurang 70 kali beristighfar sepanjang hari.

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA: Saya telah  mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali.” (HR Bukhari No. 6307, Status: Hadis Sahih)

3.  Orang yang membiasakan istighfar akan dikurniakan kelapangan dari kesedihan yang mencengkam jiwa.

4.  Membiasakan istighfar juga akan ditunjukkan jalan keluar dari kesempitan yang dihadapi oleh seseorang.

5.  Melazimi istighfar juga akan memperolehi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

6.  Walaupun Rasulullah ﷺ adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT. Justeru, sebagai insan biasa yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya kita sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.

#StopCovid19
#KitaJagaKita

Tersentak tapi bermakna..

dari Tuan Yusuf..

Tersentak tapi bermakna..

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara-maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..

● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amalmu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar.

● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.
● Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik di sisi ALLAH pemilik semua yang baik

#backtoAllah

26 Jun 2020 , Solat Jumaat, Dari Tuan Pengerusi Masjid KTK

Assalamualaikom.

Mohon kerjasama tuan-tuan untuk pengurusan solat jumaat 26 jun 2020.

Pintu Pagar Utama - En Sufian  , tutup pukul 1 dan buka semula sebaik saja lepas solat.

Pendaftaran - En Rashdi , Syed Riduan, 3 org sukarelawati, scan qr code dan isi data. jaga susun atur tempat daftar. pastikan semua jemaah ada sejadah, mask dan jaga jarak masa beratur.

Pintu Masuk Masjid- Hj Riduan dan Hj Mohd Nor . pastikan yang ada nombor saja dan kebenaran solat boleh masuk.. masukkan nombor dalam bekas dan tutup bekas setelah tiba waktu nak solat.

Dalam Masjid- Mejer (B) Hj Harmain, Hj Mahmud, Cikgu Anuwar , tunjuk arah jemaah , penuhkan tempat kosong di depan dan mengawal pergerakan keluar lepas solat dengan bantuan ajk lain.

Kesilapan Biasa Pembaca Al Quran.

Dari Tok Wee
Coretan Malam Jumaat

Kesilapan Biasa Pembaca Al Quran

Hari-hari kita membaca Al Quran kan? Alhamdulillah.

Tapi adakah kita betul-betul yakin bahawa bacaan kita ni betul-betul tepat ?

Ataupun kita hanya syok sendiri sahaja dan acah-acah yakin bahawa bacaan kita tepat?

Disini saya akan senaraikan 5 kesilapan yang ramai orang lakukan ketika membaca Al Quran.

Sila baca ye! Jangan tak baca tau!


1. Makhraj dan Sifat Huruf

Makhraj bermakna tempat keluar bagi huruf.

Sifat pula adalah bagaimana penampilan, rupa dan hak sesuatu huruf tersebut.

Bahasa jawa bagi sifat adalah ‘attribute’.

Ada huruf yang sama tempat keluarnya tapi sifatnya berbeza.

Sebagai contoh, Huruf Dal.

Tempat keluar hurufnya adalah hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas.

Ini berbeza dengan huruf Dhod. Makhrajnya adalah tepi lidah ditekan ke gigi geraham atas (kanan atau kiri)

Nampak macam bunyi lebih kurang sama.. Tapi ada perbezaan antara keduanya.

Huruf Dal ada sifat Qalqalah (detakan) huruf Dhod pula tak ada sifat Qalqalah.





2. Panjang Pendek

Apa kesilapan yang dilakukan berkaitan bacaan panjang pendek?

Yang panjang dibaca pendek.
Yang pendek dibaca panjang.

Main ‘belasah’ je baca.. Yang penting berbunyi ye?

Panjang pendek ni melibatkan harakat.

Apa pula tu Harakat?

Harakat adalah kadar bacaan panjang.

Ada ayat Al Quran yang dibaca dengan panjang 2 harakat. Ada yang dibaca dengan 6 harakat. Ada pula yang boleh dibaca panjang 2,4,5 harakat.

Daripada pengalaman saya dalam penganjuran kelas Celik Al Quran dan Celik Tajwid‬, memang ramai yang pening nak kuasai bab panjang pendek ni sebab jika bukan tajwid pun hukum Mad ni ada 19 namanya.

Apa hukum Mad banyak sangat sampai 19 ni?

Ha.. bacalah seterusnya.

3. Hukum Mad

Seperti yang saya tuliskan tadi. Hukum Mad ni ada 19 nama.

Ada yang belajar teorinya hafal semua nama-nama Mad tapi tak mengenal.

Kekadang ada yang tahu dan boleh terangkan semula apa beza antara nama Mad ni.

Tapi sayangnya… apabila baca tetap buat kesilapan sebab cuai dari segi praktikal.

Di bawah ni saya senaraikan 19 nama-nama Mad tersebut;

1. Mad Asli Kalimi
2. Mad Asli Harfi
3. Mad Iwad
4. Mad Badal
5. Mad Silah Qosirah
6. Mad Arid Lissukun
7. Mad Lin
8. Mad Silah Thawilah
9. Mad Jaiz Munfasil
10. Mad Wajib Muttasil
11. Mad Lazim Kalimi Musaqal
12. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
13. Mad Lazim Harfi Musaqal
14. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
15. Mad Tab’riah
16. Mad Tamkin
17. Mad Ta’zim
18. Mad Syahibul Badal
19. Mad Faraq

Apa perbezaaan cara baca setiap Mad ni?
Boleh bezakan dan baca dengan betul tak?

4. Bacaan Dengung

Ada potongan ayat Al Quran dibaca dengan bacaan dengung. Apa itu dengung?

Dengung ialah bunyi yang dikeluarkan daripada hidung dengan kadar 2 harakat.

Yang pasti dengung melibatkan hukum:
1. Idgham Maal Ghunnah
2. Ikhfa Hakiki
3. Iqlab
4. Idgham Mutamasilain
5. Wajibul Ghunnah

Kesilapan yang dilakukan adalah membunyikan dengung kurang daripada 2 harakat.

Bacaan dengung lain adalah pada huruf Mim dan Nun yang mempunyai syaddah di atasnya.

5. Bacaan Sukun

Bagi kesilapan bacaan tanda sukun/mati ni ia adalah melibatkan huruf Qalqalah.

Cara menyebut Qalqalah adalah dengan ada detakan ataupun lantunan pada huruf-huruf qalqalah apabila ianya bertanda sukun.

Huruf Qalqalah di dalam Al Quran ada 5 sahaja iaitu: Qof Tho Ba Jim Dal.

Selain daripada 5 huruf di atas ni bukanlah huruf Qalqalah.

Kesilapan yang biasa dilakukan adalah mempunyikan huruf yang bukan Qalqalah dengan bunyi Qalqalah. ( Thatnin ).

Sebagai contoh:

Huruf Dhod.
Ada pembaca Al Quran yang membuat kesilapan dengan membunyikan Huruf Dhod bersukun dengan bunyi qalqalah.

Ini adalah kesilapan yang perlu dielakkan.

Kesimpulan.

Teruskan belajar, jangan berhenti belajar, jangan ponteng belajar, jangan fed-up, jangan belajar separuh jalan dan teruskan perbaiki bacaan dari semasa ke semasa kalau nak jadi umat terbaik.

Cara terbaik belajar adalah secara Talaqqi Musyafahah.

Apa itu Talaqqi Musyafahah?

Belajar secara berdepan dengan guru.
Pelajar baca guru semak.
Guru baca pelajar ikut.

Adakah boleh belajar dengan menggunakan Al Quran Digital, baca buku tajwid, belajar secara online?

Tak salah pun.. Cuma saya ulang sekali lagi CARA TERBAIK.

Jika belajar dengan Al Quran Digital tu boleh direct tegur dan bersuara jika kita buat kesilapan waktu membaca, belajar je lah dengan Al Quran Digital tu..

Tapi, nanti takut pulak kan tetiba Al Quran tu boleh bersuara dan tegur kesalahan... hihi.

Setiap langkah untuk pergi belajar Al Quran Allah akan berikan sebesar-besar pahala. Tak nak ke? Maka luangkanlah masa untuk pergi belajar Al Quran. Buangkanlah sifat malas dan sebab-sebab lain, kesana semua tu adalah dari hasutan makhluk bernama syaitan.

Sekian.





Wakaf (Tajwid)

Wakaf (Bahasa Arab: وقف‎) dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari sudut istilah tajwid pula ialah menghentikan seketika bacaan al-Quran secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis wakaf:

Taamm (تام - wakaf sempurna) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.

Kaaf (ﻛﺎﻒ - wakaf memadai) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.

Hasan (ﺣﺴﻦ - wakaf baik) - apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya.

Qabiih (ﻗﺒﻴﺢ - wakaf buruk) - apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.

Dari Meja Setiausaha Masjid Kariah Telok Kemang, Jangan Lupa Solat Jumaat Ya.....

.👇👇👇👇👇👇👇👇
PENDAFTARAN ONLINE AKAN TAMAT JAM 2 PTG 25 Jun 2020
👆👆👆👆👆👆👆👆


 Terkini : Solat Jumaat di Masjid Kariah Telok Kemang

Tarikh : 26 Jun 2020


Solat Jumaat akan diadakan dgn bilangan jemaah kepada 140 orang, yang mana terbuka kepada semua ahli kariah masjid yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dengan cara "Siapa Cepat Dia Dapat Berjemaah (First Come First Serve).

PERATURAN & SOP YANG PERLU DIIKUTI

🟢Pintu akan ditutup jam 1.00tgh
🟢Pendaftaran manual bermula jam 12.15tgh (bawa pen sendiri)
🟢Pakai mask
🟢Bawa sejadah sendiri
🟢Berwuduk di rumah
🟢Sentiasa patuhi jarak 1 meter
🟢Solat ditempat yg ditandakan ✖️
🟢warganegara Malaysia shj
🟢Suhu melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk
🛑 Sebarang penambhan & perubahan S.O.P akan dimaklumkan

http://emihrab.jheains.my/eaktiviti_pendaftaran_program.php

*Sila tekan link di ☝untuk pendaftaran secara online dgn penggunaan QR Code

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

24 Jun 2020, Gotong Royong Untuk Kelancaran Solat Jumaat (Covid-19)












Dari Pn Hajah Siti, "Dah siap basuh telekong Mktk...punya...Sejadah blom kering lgi......semntara pkpp ni saya simpan dulu sbb nk ikut sop....🤭🤭👆👆"