Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur 30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an
Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
Nasihat keempat
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat kelapan
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
Nasihat kesepuluh
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.
Nasihat kesebelas
Makanlah makanan kesukaan Nabi.
Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. Wasiat untuk kita semua
TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA WAKTUNYA PULANG
Ketika ada kesempatan.....,
Pergilah bersama teman-teman.
Berkumpul- kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah PERSAUDARAAN.
Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi.
Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.
Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.
Begitu juga dengan umur kita.
Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan akhirnya kembali ke hadrat ILAHI.
Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal..
Jalani hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.
Jangan suka mahu menang sendiri, sementara orang lain selalu salah.
Jangan buang sahabat cuma kerana tak sepakat.
Satu keburukan teman, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.
Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.
Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.
Buanglah jauh jauh sifat ego dan iri hati.
Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
Bertemanlah dengan apa adanya, bukan karena ada apanya.
Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan.
Percayakan kemampuan teman kita.
Jaga perasaannya, tutupi aibnya.
Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.
Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses.
Sebut namanya dalam doa kita.
Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus.
Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.
Teruslah bersahabat sampai Allah berkata waktunya pulang.
SALAM PERSAHABATAN
💚🌷💚🌷💚