Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
30 Apr 2022 / 29 Ranadan Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Lt.Kol Zulkeple
29 Apr 2022 / 28 Ramadan Jumaat Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Abd Manas
29 Apr / 28 Ramadan
Jumaat
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Abd Manas
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”
Riwayat Ahmad
29 Apr 2022 / 28 Ranadan Junaat Tazkirah Jumaat Ybhg Ust. Md.Azmi Sukaimi
29 Apr / 28 Ranadan
Junaat
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ust. Md.Azmi Sukaimi
Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesunguhna dia mendengar Nabi SAW bersabda:
“Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat je atasku engan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]
Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan
27 Apr 2022 / 25 Ramadan Rabu Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Mat Zaki Hamat
27 Apr / 25 Ramadan
Rabu
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Mat Zaki Hamat
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]
28 Apr 2022 / 26 Ramadan Khamis Tazkirah Ramadan Ybhg Ust.Lt.Kol.Rudin Shah
28 Apr / 26 Ramadan
Khamis
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust.Lt.Kol.Rudin Shah
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]
26 Apr 2022 / 24 Ramadan Selasa Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Amran Hj Awaludin
26 Apr / 24 Ramadan
Selasa
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Amran Hj Awaludin
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]
24 Apr 2022 / 22 Ramadan Ahad Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Abd Manas
24 Apr / 22 Ramadan
Ahad
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Abd Manas
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” Riwayat Ahmad
24 Apr 2022 / 22 Ramadan Ahad Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Hj Suhaimi Tafsir Al Quran
24 Apr / 22 Ramadan
Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
Tafsir Al Quran
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah SAW itu beri’tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau SAW bersabda: “Carilah lailatul qadar itu dalam sepuluh -hari- yang terakhir -yakni antara malam ke 21 sampai malam ke 30- dari bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)
23 Apr 2022 / 21 Ramadan Sabtu Tazkirah Ramadan Ybhg Ust.Lt.kol Zulkeple
23 Apr / 21 Ramadan
Sabtu
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust.Lt.kol Zulkeple
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa di ABAD ini...???
Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar Biasa di ABAD ini...???
LETRIK...?
PESAWAT...?
KENDERAAN...?
TELEVISON...?
KOMPUTER...?
SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...!
Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah HANDPHONE...
Mengapa...???
Inilah JAWABNYA.
HP Melenyapkan telefon awam.
HP Melenyapkan telefon rumah.
HP Melenyapkan Warnet (CYBER CAFE/Warung internet).
HP Melenyapkan Televison.
HP Melenyapkan Radio.
HP Melenyapkan Tape Recorder.
HP Melenyapkan Kamera.
HP Melenyapkan Game Tradisional.
HP Melenyapkan Koran (Surat khabar).
HP Melenyapkan Kalender.
HP Melenyapkan Kad ATM.
HP Melenyapkan Dompet.
HP akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...???
😭 HP boleh melenyapkan MATA anda.
😭 HP boleh melenyapkan TULANG LEHER anda.
😭 HP boleh melenyapkan KESIHATAN anda.
😭 HP boleh melenyapkan PERKAHWINAN anda.
😭 HP boleh melenyapkan KASIH SAYANG KELUARGA anda.
😭 HP boleh melenyapkan GENERASI PENERUS anda.
😭 HP boleh melenyapkan WAKTU BERHARGA anda.
😭 HP boleh melenyapkan masa depan ANAK-ANAK anda.
😭 HP boleh memutus tali persaudaraan anda.
😭HP melenyapkan ADAB dan ETIKA terhadap orang tua dan sanak saudara.
😭HP melenyapkan anak kita tidak peduli dan rasa bodoh akan tanggung jawab terhadap orang tua.
😭😭😭 BAHKAN HP bisa melenyapkan IMAN kita!
‼️Mari kita ingatkan diri kita, anak² dan keluarga kita agar boleh bersikap BIJAK dalam penggunaan HP.
Memberi manfaat dan agar HP tidak melalaikan diri kita...!!!
👍🏽👍🏼👍 Silakan share kalau rasa bermanfaat bagi anda dan orang lain...
MENYINDIR DIRI SENDIRI
Tidak tua
Tidak muda
Tidak laki-laki
Tidak perempuan
Kalau sudah taruh HP
Ditinggal sebentar dilihat lagi,
Ditutup sebentar dibuka lagi...
Semua sayang sangat sama yang namanya HP,
Berpergian ngantongi HP,
Kumpul-kumpul sama teman bawa tas isinya HP,
Sehari HP boleh keluar masuk dari tas atau saku kemeja lebih dari lima puluh kali.
Habis mandi lihat HP
Habis nyapu lihat HP
Habis masak lihat HP
Habis nyuci lihat HP
Habis makan lihat HP
Habis kedatangan tamu lihat HP
Habis bangun tidur lihat HP
Tengah malam terjaga lihat HP.
Pokoknya, asal habis apa saja yang dilihat HP...
Karena setianya sama HP, kredit tinggal sedikit cepat-cepat dibelikan...
Low battery satu strip, bingung cari suis letrik,
Singnalnya lemah bingung cari tempat,
Apa lagi kalau pas low battery, letrik mati lagi, TNB yang diumpat...
Dipanggil suami / isteri pura2 tidak dengar,
HPnya bunyi langsung lari mencari di mana HP ditaruhnya tadi.
Pokoknya, kalau sudah selesai acara apa saja, yang dicari HP...
Kalau perempuan, namanya Nokia Binti Samsung.
Kalau laki-laki, namanya Sony Bin Lenovo.
Semoga saya tidak ketularan seperti itu.
Yang merasa seperti itu jangan senyum-senyum sendiri...
Nanti suami / isteri kita tidak paham dengan sikap kita...
YA TUHAN, ampuni dosa2 saya yang mempunyai HP ini, YA TUHAN...
Karena saya :
1. Lebih banyak BELI KREDIT daripada SEDEKAH...
2. Lebih banyak baca SMS / WA / FB / BB daripada baca QURAN/KITAB SUCI...
3. Lebih sering update status daripada berdoa...
4. Lebih sering buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT bersyukur...
5. Sering TELEfON tapi jarang MENGUNJUNGI...
6. Isi kredit RM 10 tidak puas, tapi isi KOTAK AMAL RM 10 aja merasa banyak sangat...
Ya ALLAH, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya yang punya HP ini...
Dan semoga Teman-teman saya yang seperti saya juga ALLAH AMPUNI dosa-dosanya...
Aamiin...
Edisi bukan nyindir, tapi mengingatkan diri ku sendiri...
Terima kasih dan mohon maaf bila ada yang tersinggung...
Saya juga sama tersinggung, hanya untuk renungan lembut tapi nyata...
Semoga bermanfaat...
Boleh di'SHARE'...
🙏🙏🙏❤️❤️❤️🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Jom Qiamullail
Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.
Rasulullah SAW menyeru umatnya bangun beribadat di tengah malam (qiamullail) sebagai satu ibadat tambahan.
Baginda sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh-sungguh sebagaimana yang digambarkan dalam sebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi:
“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah SAW lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?
Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
(Muttafaq Alaih)
KELEBIHAN QIAMULLAIL
Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadat qiamullail.
1. DIBANGKITKAN DI AKHIRAT DI TEMPAT YANG TERPUJI
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)
2. IBADAH YANG MEMBERI KESAN MENDALAM KEPADA JIWA
Bangun bersembahyang, bertasbih dan membaca al-Quran pada sebahagian daripada malam boleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang melakukannya.
Firman Allah SWT:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا – 73:6
“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya.”
(Surah al-Muzammil: 6)
3. WAKTU MUSTAJAB BERDOA
Jabir RA pula mengatakan bahawa aku mendengar Rasullulah SAW bersabda yang berbunyi:
“Pada malam hari ada satusaat (yang berkat) di mana jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah SWT meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam.”
(Riwayat Muslim)
4. IBADAH YANG DISUKAI ALLAH
Firman Allah SWT :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا – 76:26
“Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.”
(Surah al-Insan: 26)
Dalam sebuah hadith lain pula, Abdullah bin Salam berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.”
(Riwayat al-Tirmizi)
PANDUAL QIAMULLAIL OLEH JAKIM
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah SWT
Amalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara
berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Jika dikerjakan secara persendirian atau bersama keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja.
Waktu yang sebaik-baik bangun ialah sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi). Setelah kita bangun dan mengambil wuduk lalu terus mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajat dan sunat Witir.
Antara solat sunat yang biasa dikerjakan semasa qiamullail ialah:
1. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Pengertian Tahajjud ialah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar.
Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar.
Solat ini dilakukan sekurangkurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Cara Mengerjakannya
Lafaz niat:
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”
Bacaan
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun
Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas
Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:
Maksudnya:
“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya.
Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya.
Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum.
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.
Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
2. SOLAT SUNAT HAJAT
Solat Sunat Hajat bererti sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.
Cara Mengerjakannya
Solat Sunat Hajat ini tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar tapi biasanya dilakukan antara dua hingga dua belas rakaat.
Lafaz Niat:
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah satu kali dan surah al-Kafirun satu kali atau sepuluh kali.
Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah satu kali dan surah al-Ikhlas satu kali atau sepuluh kali.
Selepas memberi salam hendaklah membaca doa ini:
Kemudian pohon apa yang dihajat.
Apabila selesai berdoa, akhirir dengan selawat.
Insya Allah segala apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
3. SOLAT SUNAT TAUBAT
Solat sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT.
Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat.
Asas solat sunat taubat ini ialah:
i. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
ii. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
iii. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Mengerjakannya
Lafaz Niat:
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.
Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:
dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai-ramai seperti berikut:
4. SOLAT SUNAT TASBIH
Lafaz Niat
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara Mengerjakannya
i. Setelah membaca doa Iftitah maka bacalah al-Fatihah kemudian bacalah surah-surah yang difikirkan sesuai.
ii. Sebelum rukuk bacalah tasbih sebanyak 15 kali.
iii. Rukuk, selepas bacaan rukuk bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
iv. I’tidal, selepas bacaan i’tidal bacalah sebanyak 10 kali.
v. Sujud, selepas bacaan sujud bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
vi. Duduk di antara dua sujud, selepas membaca doanya bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
vii. Sujud kedua, selepas bacaannya bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
x. Sebelum berdiri hendaklah duduk istirehat dan bacalah tasbih sebanyak 10 kali, begitu juga selepas tahiyyat akhir sebelum salam. (Tasbih sebanyak 10 kali selepas tahiyyat awal sekiranya sembahyang itu dilakukan pada waktu siang hari.)
Doa selepas solat sunat tasbih
NOTA TAMBAHAN
Boleh juga dilakukan solat sunat lain ketika qimullail seperti Solat Sunat Witir dan solat Sunat Awwabin.
Antara amalan lain yang boleh dilakukan semasa qiamullail termasuklah membaca al-Quran, berwirid, berzikir, beristighfar dan berselawat.
Cara mengerjakannya qiamullail yang lengkap boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JAKIM di SINI.
23 Apr 2022 / 21 Ramadan Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ust. Hj Mohd Nasir Kitab Hikam
23 Apr / 21 Ramadan
Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust. Hj Mohd Nasir Kitab Hikam
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”
Riwayat Muslim: 2015
21 Apr 2022 / 19 Ramadan Khamis Tazkirah Ramadan Ybhg Ust. Mohamad Riduan Abdul
21 Apr / 19 Ramadan
Khamis
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust. Mohamad Riduan Abdul
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”
Riwayat Muslim: 2015
20 Apr 2022 / 18 Ramadan Rabu Tazkirah Ramadan Ybhg Ust. Hj Mohd Yusof
20 Apr / 18 Ramadan
Rabu
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust. Hj Mohd Yusof
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Kesungguhan Nabi SAW Pada Sepuluh Malam Terakhir
Antara hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:
Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]
19 Apr 2022 / 17 Ramadan Selasa Tazkirah Ramadan Ybhg Ust.Muhammad Syahmi
19 Apr / 17 Ramadan
Selasa
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust.Muhammad Syahmi
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:
Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]
Sumber :-https://bit.ly/3jWS0z3
18 Apr 2022 / 16 Ramadan Tazkirah Ramadan Ybhg Ust. Muhammad Amirulllah
18 Apr / 16 Ramadan
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust. Muhammad Amirulllah
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih.
17 Apr 2022 / 15 Ramadan Ahad Tazkirah Ramadan Ybhg Ust. Md Azmi Sukaimi
17 Apr / 15 Ramadan
Ahad
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust. Md Azmi Sukaimi
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.
Hadith riwayat Muslim: (2685)
17 Apr 2022 / 15 Ramadan Ahad Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat
17 Apr / 15 Ramadan
Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat
“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
16 Apr 2022 / 14 Ramadan , Sabtu Tazkirah Ramadan Ybhg Ust. Abd Jabar
16 Apr / 14 Ramadan , SabtuTazkirah RamadanYbhg Ust. Abd Jabar“ Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr & beribadah malamnya “➖➖➖❤️➖➖➖اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ⚫Wasap group :https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d➖➖➖❤️➖➖➖Rasullullah SAW bersabda Maksudnya: Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain.Sahih Ibn Khuzaimah (1887)
Program Sinar Ramadan 17 April 2022 Ahad 15 Ramadan 1443H
Program Sinar Ramadan
17 April Ahad
15 Ramadan 1443H
Sumbangan Kewangan kepada
64 org anak yatim
25 Kanak-Kanak OKU
35 orang Anak Asnaf terpilih
#tuan/puan yang berhajat menymbang turut dijemput HADIR - 4.30ptg
Hadith riwayat Anas RA menyebutkan:
Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.
Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.
16 Apr 2022 / 14 Ramadan Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ust Lt.Kol Zulkeple Kitab Hadis 40
16 Apr / 14 Ramadan
Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust Lt.Kol Zulkeple
Kitab Hadis 40
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
sabda Rasulullah SAW berikut:
Maksudnya: Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia, satu sa’ (unit ukuran berat) daripada kurma, atau satu sa’ daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.
Riwayat Muslim (984)
15 Apr 2022 / 13 Ramadan Jumaat Tazkirah Ramadan Ybhg Ust.Halmy Runa
15 Apr / 13 Ramadan
Jumaat
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust.Halmy Runa
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”
(Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Nawawi Rahi,ahullah dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.
14 Apr 2022 / 12 Ramadan Khamis Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Lt.Kol Rudin Shah
14 Apr / 12 Ramadan
Khamis
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Lt.Kol Rudin Shah
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
➖➖➖❤️➖➖➖
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala.
Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang.
Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa."
Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi.
Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan.
Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya."
11 Apr 2022 / 9 Ramadan Ahad Tazkirah Ramadan Ybhg Ustaz Abd Manas Md Isa
11 Apr / 9 Ramadan
Ahad
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ustaz Abd Manas Md Isa
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberi ganjaran pahala yang besar serta berlipat kali ganda.
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu kebaikan digandakan dengan 10 kali sehingga 700 kali ganda.
Riwayat Muslim (1151)
Senarai Amil Kariah Telok Kemang , Ketua Amil - Imam Khidir
Senarai Amil Kariah Telok Kemang
(Ketua Amil - Imam Khidir)
Call :+60 17-213 0047
MASJID & SURAU KAWASAN KG.TELOK KEMANG Khidir:-+60172130047
Bilal Aziz:-+601161911035
En.Amirulshah:-+6019396 2627
SURAU TAMAN INTAN
Imam Hj Omar:-+60193481097
Imam En.Suhaimi:-60163779955
SURAU TAMAN POLI
En.Ramli:-+6013 2781185
En.Mohd Rasid:-+6014 2868230
SURAU TAMAN ANIKA
Imam NorAizam:-+60146723683
En.Azmi:-+60183608089
PUSAT ISLAM POLIPD
Ustaz Suhaimi:-+60 103342209
Atau bayar secara ONLINE
https://www.zakatns2u.biz/utama.php
10 Apr 2022 / 8 Ramadan Ahad Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
10 Apr / 8 Ramadan
Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
Imam Ghazali menyatakan perkara yang harus dilakukan ketika berpuasa bagi menjaga serta meningkatkan amalan, di antaranya ialah:
Menjaga panca indera daripada melakukan dosa dan maksiat. Begitu juga melakukan perkara yang syubhat ketika berbuka puasa. Puasa tidak menjadi bermakna sekiranya berbuka puasa dengan pembaziran. (Lihat: Ihya’ Ulum al-Din, 1/234-235)
9 Apr 2022 / 7 Ramadan Sabtu Tazkirah Ramadan Ybhg Ustaz Md Azmi Sukaimi
9 Apr / 7 Ramadan
Sabtu
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ustaz Md Azmi Sukaimi
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: Tatkala datang bulan Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai
Riwayat Muslim, (1079)
9 Apr 2022 / 7 Ramadan Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ust.Hj Mohd Nasir Kitab Hikam
9 Apr / 7 Ramadan
Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam
Tanda Mata Hati yang Buta
“Kesungguhanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, di samping kelalaianmu terhadap kewajiban-kewajiban yang di amanatkan kepadamu, membuktikan butanya mata hatimu”
Siapa saja yang disibukkan mencari apa yang sudah dijamin Allah seperti rizki, dan meninggalkan apa yang menjadi perintah Allah, itulah tanda orang yang buta hatinya.
Firman Allah: "Dan berapa banyak makhluk bergerak yang bernyawa yang tidak [dapat] membawa [mengurus] rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia Maha mendengar, Maha mengetahui." [QS. al-Ankabuut 60]
8 Apr 2022 / 6 Ramadan Jumaat Tazkirah Ramadan Ybhg Ust Shukri Shamsudin
8 Apr / 6 Ramadan
Jumaat
Tazkirah Ramadan
Ybhg Ust Shukri Shamsudin
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-
Firman Allah SWT:
Katakanlah lagi (kepadanya). “Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”
(Surah al-Zumar 39:9)
Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat.
(Surah al-Mujaadalah 58:11)