Bantuan Zakat Khas PKP 3.0, Mohon Sekarang

 


Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sentiasa peka dan prihatin mengenai situasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sehubungan itu, MAINS melaksanakan inisiatif Bantuan Zakat Khas PKP 3.0 bagi membantu golongan yang terkesan untuk melangsungkan kehidupan. 

Sehubungan itu, inidividu yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://www.mains.gov.my/covid3/ . 

Bagi individu yang mempunyai sebarang soalan berkenaan bantuan atau maklumat berkenaan asnaf, boleh menghubungi Skuad Gerak Khas MAINS di talian 019-5775051.

Semoga sumbangan bantuan yang disediakan dapat meringankan beban golongan yang terkesan akibat PKP 3.0 ini, Insya-Allah.

Berselawat.......

 SALAM JUMAAT

*2 JULAI 2021 *

22 DZULQAEDAH 1442H

Setiap kali kita berselawat, malaikat akan mempersembahkan nama kita, nama kedua ibu bapa kita kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dan jika banyak kita berselawat dalam sehari. Maka, akan banyak jugalah malaikat mempersembahkan nama kita kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Oleh itu, mulakan langkah untuk menjadi manusia yang hebat dengan amalan selawat.

Jangan sampai kita menjadi orang yang sangat SEDIKIT berselawat kerana itulah antara salah satu TALIAN HAYAT kita di saat amalan kita TIDAK CUKUP di Akhirat.

In sha ALLAH. Sama-sama kita usahakannya.

Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini? 🥰

‎۞اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ۞