RUMAH KAMPUNG YANG SEPI...

 

RUMAH KAMPUNG YANG SEPI...

Bila sampai di laman rumah, yang pertama kita lihat ialah keadaan laman yang sepi, tiada seri, tidak terurus seperti kehadiran ibu di suatu masa dahulu. Walaupun kita upah orang mesin rumput, ia sudah tidak sama.

Membuka pintu bilik, terbayang-bayang adik beradik yang bersesak-sesak tidur di katil usang.

Melawat ruang tamu, terbayang riuh rendah suara adik beradik berseloroh dengan anak-anak kecil masing-masing. Alangkah indahnya momen itu.

Menyusuri dapur, walau pun tidak mewah dengan kelengkapan moden, di sinilah masakan dari tangan ibu disediakan. Nampak simple tapi sangat menyelerakan. Berebut-rebut tangan mencekuh lauk dan ada kalanya bertengkar. Ibu hanya memerhati dari sisi.

Kini rumah pesaka ini hanya tinggal kenangan.

Ibu telah pergi.

Ayah telah pergi.

Hanya sesekali sahaja kami balik dan berkumpul. Itu pun tidak semua dapat hadir.

Benarlah seperti kata orang. Rumah di kampung akan hilang Seri dan Riuh Rendah bila kedua orang tua sudah tiada...

SEORANG DEMI SEORANG PERGI

 SEORANG DEMI SEORANG PERGI.......

Masa sekolah, suka tengok orang pergi kerja; tentu seronok jadi dewasa.

Masa dewasa dan belum berkeluarga; suka tengok kawan kawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Kita pun akan tiba juga gilirannya.

Bila tengok kawan kawan berpindah, hati pun tertanya tanya bagaimana hidup di tempat baru. Akan tiba juga giliran kita.

Bila tengok kawan kawan menamatkan perkhidmatan, hati kita pun tertanya tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.

Dan sekarang bila seorang demi seorang pergi tidak kembali lagi ... kita pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran kita suatu hari nanti....

Semoga di usia berbaki, kita dapat membuat sebaik baik bekalan demi beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


SEORANG DEMI SEORANG PERGI...

PERGI YANG TIDAK KEMBALI LAGI

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur 30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an

 Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur 30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.


Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.


Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.


Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.


Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.


Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.


Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.


Nasihat kelapan

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan. 


Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.


Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.


Nasihat kesebelas

Makanlah makanan kesukaan Nabi.

Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. Wasiat untuk kita semua


TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA WAKTUNYA PULANG

Ketika ada kesempatan....., 

Pergilah bersama teman-teman.

Berkumpul- kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah PERSAUDARAAN.

Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi.

Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.

Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan umur kita. 

Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan akhirnya kembali ke hadrat ILAHI.

Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal.. 

Jalani hidup ini dengan ceria,  sabar dan santai.

Jangan suka mahu menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.

Jangan buang sahabat cuma kerana tak sepakat.

Satu keburukan teman, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.

Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.

Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. 

Buanglah jauh jauh sifat ego dan iri hati.

Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.

Bertemanlah dengan apa adanya, bukan karena ada apanya.

Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan. 

Percayakan kemampuan teman kita.

Jaga perasaannya, tutupi aibnya. 

Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.

Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. 

Sebut namanya dalam doa kita.

Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. 

Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.

Teruslah  bersahabat sampai Allah berkata waktunya pulang.


SALAM PERSAHABATAN

💚🌷💚🌷💚

Dasyatnya Sedekah

 Dasyatnya Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?😍😍

Silakan perhatikan nombor 17 hingga 19

Rujukan dari hadits2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT❤❤

2.  sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang🌹🌹

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam💯😘

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur💯❤

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut🤭

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan😍😍

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT😍

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda🙈🙈

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat😘😘

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda🌹❤

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT ❤❤

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah 🕋

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat👨‍👩‍👧‍👧

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati🌹

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah🕋 

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia💯

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup🌹🧚🏻‍♀

18. Sedekah adalah ubat💊

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas🌹

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2😘

Yang akhir sekali.....🌹🌹🌹

Sedekah yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..kerana itu hanya dengan cara berkongsi tulisan ini anda akan mendapat  pahala sedekah, jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah... share sebanyak banyaknya kpd group keluarga, teman sekolah, teman kerja dll.❤❤❤

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA

 KATA AL QUR'AN TENTANG USIA

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. ( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... karena Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat. ( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tiada pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya. ( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawanya akan di ambil. ( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih. ( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia. (QS: Al-An'am 32)

̼C̼a̼r̼i̼l̼a̼h̼ B̼e̼k̼a̼l̼ S̼e̼b̼e̼l̼u̼m̼ A̼j̼a̼l̼ K̼e̼m̼a̼t̼i̼a̼n̼ M̼e̼n̼j̼e̼m̼p̼u̼t̼m̼u̼

Sesi Pemilihan Pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara 2023- PORT DICKSON

Sesi Pemilihan Pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Tahun 2023- AT PORT DICKSON

Kategori umur / Tahun kelahiran

U7 : Lahir Tahun 2016

U8 : Lahir Tahun 2015

U9 : Lahir Tahun 2014

U10 : Lahir Tahun 2013

U11 : Lahir Tahun 2012

U12 : Lahir Tahun 2011


Tarikh : 08 Januari 2023

Sesi 1 : 8.00- 10.00 Pagi (U7, U8 & U9)

Sesi 2 : 10.30 - 12.00 Tgh hari ( U10, U11 & U12) 


Lokasi : Padang SK Kampong Gelam

Jika berminat sila daftar anak anda dengan menekan link di bawah👇👇👇

https://nfdp.sporteqa.com/player/?plid=25


Ingatan Penting‼️‼️

✅Sila pastikan keadaan anak sihat dan tidak bergejala

✅mematuhi SOP yg ditetapkan oleh pihak pengurusan AT Port Dickson

✅Lengkap berpakaian dan kasut bola untuk menjalani sesi pemilihan

✅membawa air minuman yg mencukupi

✅Ibubapa perlu menghantar anak  & tidak dibenarkan berada didalam Kawasan padang dan sentiasa menjaga SOP norma baru sepanjang berada di persekitaran padang

✅Pelatih yang lama tidak perlu mendaftar

**Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :

Coach Azmir : https://www.wasap.my/60196483703

Coach Ayub : https://www.wasap.my/60123606643

Mohon Disebarkan Secara Meluas, Tq