APAKAH ADA HIMPITAN KUBUR?

 APAKAH ADA HIMPITAN KUBUR?

Nabi saw bersabda :

Maksudnya :” Sesungguhnya bagi kubur itu ada himpitan. Kalau ada seseorang yang terselamat dari himpitan tersebut sudah pasti yang terselamat adalah Sa’ad Bin Muaz.”

Riwayat Imam Ahmad (24283) di dalam Musnad.

Al-Hafiz al-Iraqi menyatakan bahawa sanad yang dibawa oleh Imam Ahmad adalah sanad yang jayyid.

Rujuk al-Mughni ‘An Hamli al-Asfar fi al-Asfar (6/2655)


Imam al-Ramli pernah ditanya. Adakah ia berlaku sebelum atau selepas soalan para malaikat?. Beliau kemudiannya menukilkan ucapan daripada Abu Qasim al-sa’di bahawa himpitan kubur tidak dikecuali pada sesiapapun sama ada yang soleh atau yang ingkar.Yang membezakan adalah bagi orang kafir, mereka secara berterusan dihimpit. Manakala orang Muslim pula akan dihimpit pada awal mereka dimasukkan ke dalam kubur kemudian akan dilepaskan dengan segera.

Rujuk Fatawa al-Ramli (6/33)