Rintihan Masjid & Surau

 Rintihan Masjid & Surau


Jemaahku...

Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,

Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

-

Jemaahku

Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,

Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,

-

Jemaahku...

Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,

Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,


Jemaahku...

Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,

Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,


Jemaahku...

Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,

Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,


Jemaahku...

Kerana pasar malam dan pasar tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati, 

Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,


Jemaahku...

Kerana Gegar Vaganza dan Mentor dah bermula.. terpacak kau di depan TV,

Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,


Jemaahku...

Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,

Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti, 


Jemaahku...

Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu mati,

Inginku bertanya... Ke mana jenazah kau dan aku... akan dibawa nanti?


Jemaahku...

Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai, 

Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid atau surau jugalah  kau dan aku akan dibawa untuk solat dan dimandi,


Jemaahku...

Sebelum kau dan aku terus menerus lupakan diri,

Biar kita  saling ingat mengingati dan saling nasihat menasihati...

Kerana sesungguhnya kita perlu saling sayang menyayangi... sebagai saudara seagama....

Mudah-mudahan bersama-sama kita menuju ke Syurga Illahi.


...Semoga Kau Ampuni Kami Semua Ya Allah..