3 Sept Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Lt.Kol Ustaz Zulkelpe
Kitab Hadis 40
๐น๐น๐น๐๐น๐น๐น
2 SOLAT YANG SEJUK
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk akan masuk syurga.” [Riwayat al-Bukhari (574) dan Muslim (635)]
Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) berkata ketika mensyarahkan hadith ini, solat yang dimaksudkan adalah solat Fajar dan Asar. Hal ini dibuktikan degan hadith Jarir RA:
Maksudnya: “Solat sebelum terbit dan sebelum terbenamnya matahari.” [Riwayat al-Bukhari (554)]
Tambahan pula, terdapat penambahan di dalam riwayat Imam Muslim bahawa solat yang dimaksudkan adalah Asar dan Subuh. [Lihat: Fath al-Bari, 2/53]