Petunjuk/Indikator Kebahagiaan

 Petunjuk/Indikator Kebahagiaan

Suatu hari, Ibnu Abbas yang mendapat julukan al-bahr (lautan ilmu) ditanya oleh sahabat, apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Beliau menjawab ada tujuh indikator kebahagiaan di dunia;

1. Hati yang sentiasa bersyukur

Sentiasa menerima seadanya (qanaah) apa sahaja yang dikurniakan dengan ikhlas dan redha. Sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat sehingga tidak ada cita-cita yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Berbahagialah orang yang bersyukur.

2. Pasangan hidup yang soleh

Pasangan hidup yang soleh akan mewujudkan suasana rumahtangga dan keluarga yang soleh. Setiap pasangan keluarga akan berusaha mencipta suasana keluarga yang Sakinah dan rahmah dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya. Berbahagialah orang yang memiliki pasangan yang bahagia.

3. Anak yang soleh

Anak soleh yang sentiasa berbakti, berbuat baik dan mendoakan kedua ibu bapa sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas kematiannya.  Berbahagialah ibu-bapa yang memiliki anak soleh dan solehah.

4. Persekitaran hidup yang baik

Persekitaran kehidupan yang kondusif untuk iman kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang soleh yang selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan bila kita melakukan kesalahan. Hadis Rasulullah SAW:

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu atau kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [HR Bukhari No:5534)

5. Harta yang halal

Bukan banyaknya harta tapi halalnya harta yang dimiliki. Harta yang halal akan menjauhkan ancaman syaitan dari hati. Hati menjadi bersih, suci dan kukuh sehingga memberi ketenangan dalam hidup. Berbahagialah orang yang sentiasa teliti menjaga kehalalan hartanya.

6. Semangat untuk memahami agama

Semangat dan kesungguhan memahami agama sentiasa berkobar-kobar dengan mempelajari ilmu agama. Semakin banyak belajar, semakin cinta ia kepada agama dan semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya. Berbahagialah orang yang sentiasa bersemangat untuk memahami agama.

7. Umur yang barakah. 

Umur yang barakah bermaksud semakin berusia semakin soleh. Setiap saat dari usianya diisi dengan amal ibadah. Semakin tua semakin rindu untuk bertemu dengan Allah SWT. Inilah semangat hidup orang yang barakah umurnya. Berbahagialah pemilik umur yang barakah.

Moga bermanfaat.

Maklum. Tksh

"JOM BINA JADI DIRI MUSLIM BERILMU, BERAMAL, BERIMAN, BERAKHLAK DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH SWT"

"JOM BINA KELUARGA MUSLIM YG BAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI SAW"