28 Jun 2022 - Selasa Kuliah Maghrib - Ybhg Ust. Amran Hj Awaludin Timbalan Mufti N9 - Isu Semasa dan Fatwa Terkini


 28 Jun Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust. Amran Hj Awaludin

Timbalan Mufti N9

Isu Semasa dan Fatwa Terkini

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢follow Instagram -:-https://bit.ly/389b8b0

➖➖➖❤️➖➖➖

Hadis kelebihan Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w

Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271]

27 Jun 2022 - Isnin Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Halue Kitab Akhlak Seorang Muslim


 27 Jun Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Seorang Muslim

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Husain bin ‘Ali RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji ”.

(Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894) [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1890].

firman Allah SWT : “ Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan yang terbaik”. 

(surah al-Ahzab : 21)

26 Jun 2022 - Ahad Kuliah Subuh Ybhg Muhammad Amirullah Kitab Al-Mu'tamad


 26 Jun Ahad 

Kuliah Subuh

Ybhg Muhammad Amirullah

Kitab Al-Mu'tamad

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-

➖➖➖❤️➖➖➖

Allah SWT merakamkan kata-kata Nabi Syu'aib AS:

وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ

Maksudnya: “Dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah.”Surah Hud (88)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Taufik bererti kejayaan dan keberhasilan dalam melakukan segala amal dan usaha yang baik. Hal itu boleh terjadi apabila orang yang melakukan usaha dan mencari jalan yang dapat menyampaikan kepada keberhasilan tersebut, di samping dia mempersiapkan sebab-sebab yang dapat memudahkannya untuk mencapainya. Kesemua itu hanya daripada Allah SWT semata-mata. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/3250)

25 Jun 2022 - Sabtu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Anwar Hemly Pondok Syatariah Linggi Kitab Misbahul Munir

25 Jun Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Anwar Hemly

Pondok Syatariah Linggi

Kitab Misbahul Munir

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Mengetahui Hakikat Kewujudan Allah SWT

Menurut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, wujud adalah Zat itu sendiri (‘ain mawjud), dan bukan sesuatu yang lain dari Zat. 

Ini kerana beliau menolak konsep ahwal iaitu sesuatu yang berada di antara wujud dan tiada (‘adam).

 Menurutnya, sesuatu itu sama ada benar-benar ada atau tiada. Tidak ada sesuatu yang berada di pertengahan antara keduanya. 

(Lihat al-Luma` fī al-Radd Ahl al-Ziyagh wa al-Bida`, m. 30-33; Hashiyah al-Imam al-Bajurī `ala Jawharah al-Tawhīd, m. 106)

 

25 Jun 2022 - Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ust. Hj Mohd Nasir Kitab Hikam

 

25 Jun Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ust. Hj Mohd Nasir Kitab Hikam

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :*https://chat.whatsapp.com/KjEZOJinNxrFzQDQ5Mm30d*-

➖➖➖❤️➖➖➖

Sabda Nabi SAW

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang Mukmin itu melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berada di kaki sebuah gunung, dia khuatir gunung itu akan menimpanya. Sebaliknya, orang yang derhaka melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, dia mengusirnya dengan tangannya –begini–, maka lalat itu terbang.” (Riwayat al-Bukhari, no, 6308)

24 Jun 2022 - Jumaat Majlis Zikir Bulanan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

 

24 Jun - Jumaat

Majlis Zikir Bulanan

Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza

Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

➖➖➖❤️➖➖➖

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدِ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ.

➖➖➖❤️➖➖➖

Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan2 di waktu siang&malam. Amalan2 yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:

i Fatihatul Aurad

ii Al-Tahlil

iii Al-Salawat al-‘Azamiah

iv Al-Istighfar al-Kabir

v Al-Mahamid al-Thamaniah

vi Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar

vii Al-Husun Mani‘ah

viii Al-Ahzab

Di kalangan ahli Tarekat Ahmadiah amalan2 ini terkumpul dlm kitab yang dipanggil nama singkatannya ‘al-Ahzab’. Syeikh Mohd Said telah mencetak semula Ahzab ini yang dinamakn ‘al-Ahzab al-‘Urfaniah wal Aurad al-Nuraniah’. Beliau telah menulis di tepi Ahzab itu karya beliau ‘Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniah’ di mana di antaranya beliau menghuraikan amalan2 wirid itu.

Dipetik drpd buku “Mengenal al-Tarekat al-Ahmadiah” terbitn JHEAIN9

22 Jun 2022 - Rabu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Tajwid & Talaqqi Alquran

 

22 Jun Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari 

Tajwid & Talaqqi Alquran 

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah    dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. Riwayat riwayat Muslim (798) 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan dua ganjaran yang diperolehi adalah daripada pembacaannya serta kepayahannya dalam membaca al-Quran.[Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (6/85)]

21 Jun 2022 - selasa Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi Kitab Riyadhus Solihin

 

21 Jun selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Sabda Nabi SAW:  

Maksudnya: “Siapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi maka dia akan dipelihara dari (fitnah) Dajjal.”

(Riwayat Muslim)


Imam al-Nawawi ketika menjelaskan hadis ini menyatakan bahawa dalam riwayat yang lain menyebut 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi. Dikatakan bahawa sebab 10 ayat ini diberi keistimewaan oleh Allah SWT kerana padanya terdapat keajaiban dan tanda-tanda. Siapa yang menghayati 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi maka dia tidak akan tergugat dengan fitnah Dajjal

Imam al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, Beirut: Dar a-Ihya al-Turast al-Arabiy (1392H), jld. 6, hlm. 93.

20 Jun 2022 - Isnin Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Muhammad Amirullah Kitab Al Muqtamad


 20 Jun Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirullah

Kitab Al Muqtamad

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

“BERENDAM DI DALAM PELUH PADA HARI KIAMAT”

Disabdakan oleh Nabi SAW daripada al-Miqdad bin al-Aswad RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Manusia itu akan berada di dalam peluh mengikut tahap amalan mereka. Ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke tumit, ada di antaranya juga yang peluhnya sehingga ke lutut, ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke pinggang dan ada yang tenggelam di dalam peluhnya. al-Miqdad berkata lagi bahawa Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangan Baginda SAW ke mulutnya.” [Riwayat Muslim (2864)]

19 Jun 2022 - Ahad Selepas Maghrib - Selembar Alquran & Surah Al-Mulk

 

19 Jun Ahad

Selepas Maghrib - Selembar Alquran & Surah Al-Mulk

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢follow Instagram -:-https://bit.ly/389b8b0

➖➖➖❤️➖➖➖

Bersungguh-sungguh

Firman Allah SWT:-

“Dan orang-orang yang berjihad dalam membela agama Kami, maka pasti akan Kami tunjukkan mereka itu akan jalan Kami dan sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang berbuat kebaikan.” (al-Ankabut: 69)

“Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan -kematian- itu padamu.” (al-Hijr: 99)

“Dan ingatlah akan nama Tuhanmu serta beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati,” yakni hentikanlah segala pemikiran yang lain, sehingga semata-mata hanya menghadap kepadaNya.” (al-Muzzammil: 8)

“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu, iapun pasti akan mengetahuinya.” (az-Zalzalah: 7)

Tahniah diucapkan kepada Imam 2 Masjid Kariah Telok kemang kerana berjaya mnduduki tempat ke2 kategori Hafazan (Tahap 1-30)

 

Tahniah diucapkan kepada Imam 2 Masjid Kariah Telok kemang kerana berjaya mnduduki tempat ke2 kategori Hafazan (Tahap 1-30)


KEPENTINGAN HAFALAN DALAM MENUNTUT ILMU

Imam Syafi’e juga pernah mengadu kepada guru beliau, Waki’ akan lemahnya hafalan beliau, dan ia dirakamkan dalam syair beliau:

Aku mengadu kepada Waki’ akan lemahnya ingatanku;

Maka dia menyuruhku agar meninggalkan maksiat;

Beliau juga berkata sesungguhnya ilmu Allah itu cahaya;

Dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan kepada seorang pelaku maksiat.

Sumber:shorturl.at/ctKU7

ADAB ISLAM BAGI MENGHADAPI KEMATIAN

 

BAYAN LINNAS SIRI KE-13 : ADAB ISLAM BAGI MENGHADAPI KEMATIAN

 

Mukaddimah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian salah seorang tokoh yang dihormati di Malaysia iaitu mantan Menteri Besar Kelantan. Selepas kematian dan pengebumian maka terlalu banyak kenyataan dan juga pandangan serta perbuatan yang kadang-kadang kurang tepat dan tidak sayugia dilakukan oleh seseorang yang beriman. 

Bayan Linnas pada kali ini cuba menjelaskan adab-adab yang sepatutnya diambil perhatian oleh kita sebagai umat Islam tatkala berlaku kematian. Semoga dengan pencerahan ini dapat menyelesaikan sedikit kefahaman dan salah faham berkaitan dengan isu ini. 

 

Pertama: Hakikat Kematian 

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.”

     (Surah al-Mulk : 2)

Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata bahawa perkataan “kematian” didahulukan daripada perkataan “kehidupan” kerana kematian itu lebih dekat.

Boleh jadi juga kerana asal manusia daripada tiada kemudian diwujudkan. Begitu juga kerana matlamat sebenar manusia bukan hanya dibataskan di dunia sehaja tetapi ia akan di soal di hadapan Allah pada hari harta benda dan anak pinak tidak boleh memberi manfaat kecuali menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.

وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَىٰ كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).”

(Surah al-An’am : 94)

Kedua: Menerima Kematian dengan Cara dan Adab Islam

Antaranya

  • Istirja’ ( Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ) apabila menerima berita kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirja’. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Hibban di mana Allah bertanya kepada Malaikat (dalam riwayat Ahmad: Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hambaNya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي فَيَقُوْلُوْنَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ

Maksudnya: Apa yang disebut oleh hambaKu. Maka jawab para Malaikat: Ia memujiMu dan istirja’.

Bersabar dalam menerima berita. Ini kerana menurut dalil ayat di atas, diberi pahala yang besar kepada orang yang bersabar.

Berdoa seperti yang diajar oleh Baginda SAW 

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.”

    Riwayat Muslim (918)

 

 

Ketiga: Solat Jenazah Kepada Si Mati dan Berdoa Untuknya.

Umat Islam menjadi fardhu kifayah ke atas mereka melaksanakan solat jenazah kepada saudaranya yang meninggal dunia. Begitu juga dengan memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya. 

Pensyariatan solat jenazah berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA: 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، فخَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.”

 Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

 

Antara doa yang diajar

  • Doa pertama

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

 

Maksudnya:  “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”

Riwayat Muslim (963)

  • Doa kedua

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”

Riwayat Abu Daud (3201) 

  • Doa ketiga

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib. Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam. Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”

Riwayat Abu Daud 3201, al-Turmudzi (1204) al-Nasai (1986), Ibn Majah (1498) dan lain-lain.

 

Keempat:Larangan Meratap

Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut). Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Maksudnya: “Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.”

Riwayat Muslim (67)

Keterangan: Dibolehkan menangis/mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara sebagai tanda sedih atas kematian orang yang disayangi. Nabi Muhammad SAW sendiri mengalirkan air mata pada hari kematian anaknya Ibrahim sebagaimana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. 

Bahkan dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ المَيِّتَ لَيُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya.”

Riwayat al-Bukhari (1286), Muslim (928) 

Mengikut Imam al-Nawawi, hadith ini diberi beberapa takwilan antaranya:

  • Ia ditanggung dengan maksud jika si mati mewasiatkan kepada keluarga dan yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.
  • Ia memberi maksud kaum keluarga menangis pada tahap ratapan
  • Ia bermaksud ia diazab dengan sebab memperdengarkan tangisan keluarganya untuk menjadikan hati mereka mengasihani berlebihan. Inilah pendapat Ibn Jarir al-Tabari. Hal ini juga dipilih oleh al-Qadhi ‘Iyadh.

Sekadar tangisan biasa atau kesedihan tidaklah menjadi kesalahan.

 

Kelima:  Larangan Mengandaikan Kematian Dengan Terjadinya Sesuatu Peristiwa 

Hal ini pernah berlaku pada zaman Nabi SAW apabila puteranya Ibrahim telah meninggal dunia dan berlaku gerhana maka Rasulullah SAW membetulkan hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَإِنَّهُمَا لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَصَلُّوا وَادْعُوْا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُم

Maksudnya: “Matahari dan bulan adalah dua daripada tanda keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila mengetahui gerhana berlaku kamu hendaklah bersolat dan berdoa sehingga cahaya kelihatan semula.”

Riwayat Muslim (904)

Berdasarkan hadith di atas, beberapa pengajaran dapat diambil.

  • Hari kematian putera Rasulullah SAW, Ibrahim sepertimana dinukilkan oleh Syeikh Mubarakafuri: Sepakat ahli tahqiq dari kalangan ahli sejarah dan ahli falak mengikut perkiraan falak ia berlaku pada 28 atau 29 Syawwal Tahun ke-10 Hijrah bersamaan 27 Januari tahun 632 Masihi pada jam 8.30 pagi. 
  • Putera Nabi, Ibrahim tersebut adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Mariyyah al-Qibtiyyah di mana ketika meninggal usianya 18 bulan. 
  • Boleh menangis tetapi tidak boleh meratap sebagaimana kata Baginda SAW tatkala wafat puteranya itu. 

العَيْنُ تَدْمَع، وَالْقَلْبُ يَحْزَنُ، ولا نَقُولُ إِلَّا مَا يُرْضِى الرَّبُّ، وَإْنَّا عَلَيْكَ يَا إِبْرَاهِيم لَمَحْزُونُون

Maksudnya: “Mata mengalirkan airnya, hati begitu sedih dan kami tidak kata kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan. Dan sesungguhnya kami atas perpisahanmu hai Ibrahim begitu sedih.”

  • Wujudnya adat Jahiliyyah yang menyandarkan berlaku gerhana dengan sebab kematian tokoh atau kehidupan tokoh yang lain. Hadith ini membatalkan sangkaan golongan ahli nujum yang bersandarkan kepada kejadian alam yang berlaku sedangkan hal tersebut termasuk dalam perkara ghaib.
  • Rasulullah SAW membatalkan taqlid jahiliyyah ini dengan menyandarkan kepada ayat tanda kekuasaan Allah untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya supaya jangan derhaka dengan meninggalkan kewajipan dan menceroboh apa yang diharamkan.
  • Rasulullah SAW menasihatkan ummahnya hatta dalam hal menta’zimkan manusia dalam perkara kematian anaknya (puteranya bernama Ibrahim) di mana Baginda tidak mengiyakan saki-baki amalan jahiliyyah dan sangkaan bahkan dengan tegas Nabi menolak dengan menyatakan gerhana berlaku bukan dengan sebab kematian atau kehidupan seseorang. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram 3/60-62)

 

Keenam: Adab Pujian Kepada Si Mati

Maksudnya, hendaklah berkata baik kepada si mati dan bukan mengungkitkan perkara yang tidak baik. Ini berdasarkan kepada hadith Ummu Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda SAW: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…”

Riwayat Muslim (920)

Begitu juga menyebut kebaikan si mati dengan perkara yang kita ketahui sahaja seperti ramainya jemaah yang mengiringi si mati. Tidak sewajarnya kita menyebut berkenaan perkara ghaib seperti ramai para malaikat mengiringi si mati kerana tidak diketahui kecuali Allah SWT dan apa yang diwahyukan kepada Rasul-Nya SAW semata-mata.

 

Ketujuh: Cara Islam Menyanjung Orang Yang Mulia

Mungkin akan ada orang bertanya: “Apakah tidak memenuhi suatu maksud umat untuk mengembalikan sebagian keindahan yang pernah dicapai oleh orang-orang besar kita yang telah berhasil mengisi lembaran sejarah yang berharga itu, lantas para pembesar itu diabadikan dalam bentuk patung agar menjadi peringatan generasi berikutnya terhadap jasa-jasa dan keunggulan yang pernah mereka capai? Kerana ingatan manusia pada sesuatu perkara itu sering dilupakan sebagaimana mereka lupa pada peralihan malam dan siang itu?

Untuk menjawab persoalan ini, perlu dijelaskan, bahwa Islam sama sekali tidak suka berlebih-lebihan dalam menghargai seseorang, betapapun tingginya kedudukan orang tersebut, baik mereka yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ

Maksudnya: "Jangan kamu melampau dalam menghormatiku seperti orang Nasrani menghormati Isa bin Maryam, tetapi sesungguhnya aku adalah hamba-Nya dan katakanlah hamba Allah dan Rasul-Nya." 

Riwayat Bukhari (3445) 

Mereka bermaksud akan berdiri apabila melihat Nabi, sebagai suatu penghormatan kepadanya dan untuk mengagungkan kedudukannya. Cara seperti itu dilarang oleh Nabi dengan sabdanya:

 لَا تَقُومُوا كَمَا تَقُومُ الْأَعَاجِمُ، يُعَظِّمُ بَعْضُهَا بَعْضًا

Maksudnya: "Jangan kamu berdiri seperti orang-orang ajam (selain Arab) yang berdiri untuk menghormat satu sama lain." 

Riwayat Abu Daud (5230)

Beliau pun memberikan suatu peringatan kepada umatnya, sikap yang berlebih-lebihan terhadap kedudukan Nabi sesudah beliau mati. Dan dalam doanya kepada Tuhannya beliau mengatakan:

اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا يُعْبَدُ

Maksudnya: "Ya Allah! Jangan engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah."

Riwayat Malik (85)

Ada beberapa orang datang kepada Nabi s.a.w., mereka itu memanggil Nabi dengan kata-katanya: "Hai orang baik kami dan anak orang baik kami, hai tuan kami dan anak tuan kami." Mendengar panggilan seperti itu, Nabi kemudian menegurnya dengan sabdanya sebagai berikut : 

يا أيها الناس، قولوا بقولكم، أو بعض قولكم، ولا يستهوينكم الشيطان، أنا محمد، عبد الله ورسوله، ما أحب أن ترفعوني فوق منزلتي التي أنزلني الله عز وجل

Maksudnya: "Hai manusia! Ucapkanlah seperti ucapanmu biasa atau hampir seperti ucapanmu yang biasa itu, jangan kamu dapat diperdayakan oleh syaitan. Aku adalah Muhammad, hamba Allah dan pesuruhNya. Aku tidak suka kamu mengangkat aku lebih dari kedudukanku yang telah Allah tempatkan aku."

Riwayat Nasa'i dengan sanad yang baik

Agama ini pendiriannya dalam masalah menghormati orang, tidak suka seseorang itu diangkat-angkat seperti berhala yang didirikan dengan biaya beribu-ribu supaya orang-orang memberikan penghormatan kepadanya.

Alangkah besar dosa para pembesar palsu dan ahli sejarah yang memalsukan sejarah serta pengikut-pengikut mereka yang menggunakan ruang yang terbuka ini untuk mendirikan patung-patung berhala bagi mereka sebagai lambang orang besar yang palsu supaya mereka dapat menyesatkan pemikiran rakyat daripada mengenal pembesar yang sebenar.

Keabadian hakiki yang dikenal di kalangan umat Islam hanyalah Allah yang Mengetahui segala yang rahsia dan tersembunyi, yang tidak sesat dan tidak lupa. Sedangkan kebanyakan para pembesar yang namanya diabadikan di sisi Allah adalah orang-orang yang tidak begitu dikenal oleh manusia. Hal ini kerana Allah suka kepada orang-orang yang baik, taqwa dan tidak perlu menampak-nampakkan kepada orang lain. Mereka ini apabila datang tidak dikenal, dan apabila pergi tidak dicari. Sekalipun keabadian itu sangat perlu bagi manusia, tetapi tidak mesti dengan didirikannya patung untuk orang-orang besar yang perlu diabadikan itu.

Cara untuk mengabadikan yang dibenarkan oleh Islam ialah mengabadikan mereka itu ke dalam hati dan lisan, yaitu dengan menyebut kejayaan perjuangan mereka dan peninggalan-peninggalan yang baik-baik yang ditinggalkan untuk generasi sesudah mereka. Dengan demikian mereka itu akan selalu menjadi sebutan orang-orang terkemudian. Rasulullah SAW sendiri dan begitu juga para khalifah dan pemuka-pemuka Islam lainnya, tidak ada yang diabadikan dalam bentuk fizikal dan patung-patung yang terbuat dari batu yang dipahat.

Keabadian mereka itu semata-mata adalah kerana sifat-sifat baiknya yang dikisahkan oleh orang-orang terdahulu kepada orang-orang kemudiannya dan yang disampaikan oleh orang-orang tua kepada anak-anaknya. Sifat beliau itu tertanam dalam hati, selalu disebut dalam lisan, selalu berkumandang di majlis serta memenuhi hati, walaupun tanpa diwujudkan dengan patung dan gambar.

 

Kelapan: Amalan Yang Boleh Dilakukan Sebagai Sumbangan Orang Yang Masih Hidup Kepada Si Mati

Antaranya adalah

  • Doa dan istighfar. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.”

(Surah al-Hasyr: 10)

  • Ini berdasarkan banyak riwayat dan hadith antaranya riwayat Bukhari (1388) dan Muslim (1004) daripada Aisyah bahawa Sa’d bin Ubadah pernah bertanya: Hai Rasulullah. Sesungguhnya ibuku telah mati mengejut dan tidak sempat wasiat. Apakah baginya pahala jika aku sedekah untuknya? Jawab Baginda SAW, “Ya.”
  • Haji dan umrah. Berdasarkan hadith yang sahih riwayat Bukhari (1852). Antara lain kata Baginda SAW, “Ya. Hajilah untuk ibumu.”
  • Daripada Aishah RA bahawa Nabi SAW bersabda

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: “Siapa yang mati sedangkan ada baginya puasa qadha’ maka hendaklah walinya berpuasa bagi pihaknya.” 

Riwayat Bukhari (1952) dan Muslim (1147)

Mengikut pendapat mazhab Hanafi, Hanbali dan ulama muta’akhirin di kalangan Syafie dan Malik bahawa sampai pahala daripada orang yang hidup kepada si mati. 

 

 

Kesembilan: Ziarah Kubur

Dibahagikan kepada dua bahagian. 

Pertama: Antara amalan-amalan sunat

  • Disunatkan memberi salam kepada ahli kubur, mendoakan mereka agar mendapatkan rahmat, ampunan dan afiyah (kekuatan). Di antara doa yang dianjurkan untuk dibaca adalah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.

Maksudnya: “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang.”

Riwayat Muslim (975)

  • Membaca al-Qur’an kepada si mati. Walaupun masalah ini khilaf di kalangan ulama tetapi kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan oleh ulama’. Antara yang menyokong pendapat ini seperti Ibn Qudamah al-Maqdisi dan juga ulama-ulama yang lain. 

Kedua: Amalan Bid’ah dan Khurafat

Antaranya adalah:

  • Mengambil tanah kubur dengan sangkaan berkat atau ada kelebihan.
  • Meminta berkat, pertolongan dan istighathah daripada kubur. Syirik yang tidak nyata, iaitu yang tersembunyi adalah meminta doa dan pertolongan dari kubur atau orang mati seperti minta tolong melepaskan dari bala kesusahan dan lain-lain. Ini kerana, orang yang telah mati yang berada dalam kubur tidak boleh memberi sesuatu pertolongan kepada orang yang hidup, bahkan orang yang hidup dituntut supaya berdoa untuk orang telah mati.
  • Meletakkan sesuatu makanan atau melakukan korban untuk kubur.
  • Beribadat, solat, dan lain-lain di atas kubur kecuali solat jenazah.
  • Beri’tiqad bahawa si mati boleh menunaikan hajatnya. Firman Allah SWT:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُو مِن دُونِ اللَّـهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَن دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ

Maksudnya: “Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang berdoa selain dari Allah yang tidak mengkabulkan baginya sehingga Hari Kiamat, sedangkan makhluk-makhluk yang mereka berdoa kepadanya itu lalai terhadap doa mereka.”

(Surah al-Ahqaf: 5)

Marilah sama-sama kita renung sebuah firman Allah SWT:

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ ۖ وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

Maksudnya: “Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).”

(Surah Faatir: 22)

Al-Maraghi antara lain berkata: “Orang yang berada di dalam kubur (orang kafir) tidak berupaya mendapat hidayah dan seruan. Begitu juga orang musyrik tidak boleh menerima hidayah.”

 

Muzakarah Fatwa Kebangsaan Berhubung Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar, Melaka

Walaupun fatwa ini khusus untuk isu amalan khurafat di Pulau Besar, tetapi sekurang-kurangnya umat Islam memahami betapa isu khurafat perlu dipandang serius.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

  • Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan ghuluw yang boleh membawa kepada syirik.
  • Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan pokok disula adalah syirik.
  • Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.
  • Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.
  • Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam dan menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah meragukan dari aspek hukum syarak dan perlu dihentikan.
  • Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah merupakan perkara bida’ah dhalalah dan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ianya boleh membawa kepada syirik.

Sehubungan itu juga, Muzakarah menggesa supaya tindakan penguatkuasaan bagi membanteras amalan khurafat di Pulau Besar dilaksanakan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat awam hendaklah dilaksanakan supaya amalan khurafat yang berleluasa di Pulau Besar tersebut dapat dihentikan.

 

Penutup

Sesungguhnya mengikut apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya kemudian apa yang difahami oleh para ulama’ lantas mereka menyebarkan kepada ummah dengan sebaik mungkin. Mereka seupaya mungkin mewasiatkan kepada keluarga dan murid-muridnya agar benar-benar perjalanan kehidupan dan kematian disusun atur mengikut syariat dan tidak bercanggah dengan apa-apa yang dilarang samada daripada al-Qur’an dan juga al-Sunnah.

Dengan sebab itulah sewajar kita umat Islam untuk menginsafi apa yang berlaku dengan qadha’ dan qadar Ilahi yang wajib kita terima dengan perasaan sabar dan redha disamping tidak terlatah samada ungkapan, perbuatan dan juga i’tiqad yang pelik yang membawa kepada tidak tepatnya mengikut ajaran dan syariat Islam.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang yang dikasihi yang berlaku di kalangan kita. Saya berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh.

 Semoga Bayan Linnas ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua. Amin.

 

 

Akhukum Fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

19 Jun 2022 - Ahad Kuliah Subub Ybhg Ustaz Md Zaki Kitab Ehwal Kematian

 

19 Jun Ahad

Kuliah Subub

Ybhg Ustaz Md Zaki

Kitab Ehwal Kematian

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

(Surah al-Ankabut: 57)


Ibn Kathir berkata: Iaitu di mana sahaja kamu berada, nescaya kematian akan mendatangi kamu. Maka, hendaklah kamu berada dalam ketaatan kepada Allah.

Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim(6/197)

18 Jun 2022 - Sabtu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Abd Jabbar Kitab Safinatun Najah

 

18 Jun Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abd Jabbar

Kitab Safinatun Najah

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]

18 Jun 2022 - Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Lt.Kol Zulkeple Kita Hadis 40

 

18 Jun Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Lt.Kol Zulkeple

Kita Hadis 40

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Surah Al-Nas ayat 5.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia”

Imam Al-Syaukani menukilkan perkataan Qatadah bahawa syaitan mempunyai belalai sebagai mana anjing (kiasan kepada buruknya dan jahatnya perangai) yang mana terlekat pada dada anak Adam. Jika ada anak Adam yang lalai maka ia akan membisikkan kepada ana kadam agar terus lalai dan jika anak Adam mengingati Allah maka syaitan akan menghasutnya agar meninggalkan perkara itu. (Rujuk Fath Al-Qadir Al-Jami’ Baina Fannay Al-Riwayah Wa Al-Dirayah Fi Ilmi Al-Tafsir, 8/91)

17 Jun 2922 - Jumaat Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin Kitab Al Azkar

 

17 Jun Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin

Kitab Al Azkar

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). Riwayat al-Tirmidzi: 1493

15 Jun 2022 - Rabu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Tajwid & Talaqqi Alquran

 

15 Jun Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari 

Tajwid & Talaqqi Alquran 

➖➖➖❤️➖➖➖

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN

🟢Infak Tabung Pembangunan & Xtvt Masjid

05-049-01-0000-408 (Bank Islam)

Atau Sumbangan melalui 👇

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

➖➖➖❤️➖➖➖


“ Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata : 

Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. 

Kemudian Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan,tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. 

Kemudian Al-Quran berkata : Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. 

Disebut kepadanya : Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan.” Riwayat Al-Tirmizi (2839)