28 Feb - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue
Kitab Akhlak Sorang Muslim
Kedudukan Nabi Ibrahim AS di Langit
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Malik bin Sa’sa‘ah R.Anhuma, katanya: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Kami tiba di langit ketujuh. Dikatakan: “Siapakah ini?” Dikatakan: “Jibril.” Dikatakan: “Siapakah yang bersamamu?” Dikatakan: “Muhammad.” Dikatakan: “Adakah dia telah dijemput? “Selamat datang kepadanya! Sesungguhnya sebaik-baik orang yang datang kini telah pun datang!” Aku datang kepada Nabi Ibrahim A.S dan memberi salam kepadanya. Nabi Ibrahim A.S berkata: “Selamat datang untukmu, seorang anak dan seorang nabi.” Maka diangkatlah (disingkapkan dan didekatkan) Baitul Ma‘mur untukku. Aku bertanya kepada Jibril, maka Jibril menjawab: “Ini ialah Baitul Ma‘mur. Setiap hari, 70000 malaikat solat di dalamnya. Apabila mereka keluar maka mereka tidak akan kembali lagi kepadanya kerana itu merupakan kali terakhir mereka memasukinya.”. Riwayat al-Bukhari (3207)
sumber : *https://bit.ly/3sqVUFH