Pengajaran:
1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku ke atas dirinya.
2. Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur di atas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:
(a) Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri;
(b) Cinta kepada Allah;
(c) Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah;
(d) Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut;
(e) Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.
3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha. Dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
4. Ibnu Qayyim menyatakan: "sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur."
5. Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
6. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
#stopcovid19
#kitajagakita
#staysafe
#1h1hdrajmainsafar
#shabas76