17 Nov 2021 - Rabu , Kuliah Maghrib - Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof , Mufti Kerajaan N9 - Kitab Fiqh Manhaj

 

Klik ...FB... untuk .....

https://www.facebook.com/100056540603097/videos/575454223517862/


17 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof

Mufti Kerajaan N9

Kitab Fiqh Manhaj

(Rukun) Qauliah, mempunyai 5 : Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud & selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ke3nya pada duduk yg terakhir. (Rujuk kitab Safinat al-Solah: 44)

Syarat2 sah membaca al-Fatihah di dlm solat, ada 12 perkara....... Yang ke9, hendaklah bacaan al-Fatihah tersebut didengari oleh dirinya sendiri, ini kerana ia adalah rukun qauli. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 216)

Begitu juga disebutkn di dlm kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah bahawa: Jawapan bagi persoalan (adakah seseorang itu disyaratkn utk mendengar bacaan al-Fatihahnya) adalah, 3 drpd para imam mujtahid bersepakat bahawa jika sekiranya sekiranya seseorang itu tidak mendengar bacaannya, maka ia tidak dianggap sebagai membacanya. (Rujuk al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1:201)