🌈 SOP UMRAH TERKINI
Sedikit sinar tentang umrah norma baharu melalui perkongsian oleh CEO TH Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani sebentar tadi.
Di Malaysia:
1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan.
2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surat makluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi.
3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun.
4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi.
5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater.
6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat.
Di Madinah:
7. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja.
8. Para jemaah perlu kuarantin di bilik hotel selama 3 hari sebelum dibenar keluar bilik melaksanakan ibadah. Makanan akan dihantar ke bilik.
9. Selepas 48 jam kuarantin di bilik para jemaah akan menjalani ujian covid-19 oleh pihak kesihatan saudi dan keputusan akan keluar selepas 24 jam.
10. Para jemaah perlu booking di suatu aplikasi untuk solat di raudhah. Tidak perlu booking slot utk solat 5 waktu.
11. Para jemaah tidak dibenarkan turun daripada bas ketika menziarahi tempat-tempat ziarah, termasuk masjid Quba'. (buat masa ini)
12. Pihak agensi/syarikat travel perlu booking slot untuk melaksanakn umrah samada jam 4 petang, 8 malam atau 12 tengah malam sebelum para jemaah bertolak ke Mekah.
13. Para jemaah berniat ihram di hotel di Madinah sebelum bergerak ke Mekah, para jemaah tidak dibenarkan turun solat sunat di Masjid Bir Ali. (buat masa ini)
Di Mekah:
14. Setelah tiba di Mekah para jemaah dan mutawwif akan bergerak ke Masjidil Haram 1 jam sebelum masa yang telah ditempah untuk melaksanakan umrah semasa di Madinah yang dibuat oleh pihak travel agensi.
15. Para jemaah akan diketuai oleh seorang pembimbing khas daripada pihak masjidil haram semasa melaksanakan umrah.
16. Jemaah yang menggunakan kerusi roda perlu bimbingan pendorong yang khas bersama jemaah.
17. Para jemaah perlu mematuhi SOP semasa mengerjakan umrah iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa sanitasi.
18. Kos mengerjakan umrah mungkin meningkat daripada biasa disebabkan SOP norma baharu terkesan pada aspek pengangkutan dan hospitaliti.
Nota: Para jemaah mungkin dicadangkan akan masuk ke Madinah dahulu memandangkan perlu kuarantin 3 hari selepas masuk ke Saudi. Jika masuk ke Mekah dahulu jemaah perlu berlama dalam ihram dan menjaga pantang larang 13.
Semoga kita semua dijemput lagi ke Haramain dalam susah atau pun senang. Yang penting niat dan kesungguhan kita insyaAllah.
Moga sedikit sinar memberi sedikit harapan dan senyuman.