30 Okt Sabtu 2021, Program Qiamunnahar, Solat Dhuha,Taubat,Hajat, Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin Oleh Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

 

30 Okt - Sabtu

Program Qiamunnahar, Solat Dhuha,Taubat,Hajat, Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).” Riwayat al-Hakim