Program Masjid 27 Sept - 3 Oktober 2021


3 Okt - Ahad
kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Mat Zaki
Kitab Ehwal Kematian Dan Urusan akhirat

16 HARI MENUJU MAULID NABI

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: adapun penduduk neraka yg sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya & tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). 

Tetapi ada manusia yg akan diazab dengan api kerana dosa² mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat.

Kemudian (arang²) itu dibawa secara lambakan & dilemparkan di sungai² syurga, lalu dikatakan “wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya & ia akan menjadi benih yg dihanyutkan arus”

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yg menerangkan maksud penduduk neraka yg sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yg tidak akan keluar selamanya daripada neraka. Lihat Fatwa al-Nawawi:104


_____________________________________________________

2 Okt sabtu
Program Sehari Selembar Alquran & Bacaan Al-Mulk
17 HARI MENUJU MAULID NABI

Sesiapa yg berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 408]

Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7561. Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih]

Sesiapa yg berselawat sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 selawat, dihapuskan daripadanya 10 dosa & diangkat dirinya dengan 10 darjat. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Sahw, no: 1297]


_________________________________________________

2 Okt / 25 Safar - sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Lt.Kol Zulkeple
Kitab 40 Hadis 40 Imam Nawawi
18 HARI MENUJU MAULID NABI

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
[An-Nasa'iy/ 1292, sahih

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca), seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.


_____________________________

Salam..

Masjid sedang mengadakan Sumbangan Derma Ehsan untuk disampaikan kepada EN NAZRI HJ PUN Ajk Masjid merangkap pengerusi kubur.

Beliau sekarang terbaring  Dan tidak boleh bergerak akibat masalah tulang . Tn/pn yg nak menyumbang boleh Serah (cash) kepada pengerusi/setiausaha/bendahari bermula harini , hingga subuh jumaat 8 okt minggu hadapan

#sumbangan dari tabung masjid Seperti kputusan mesyuarat.

________________________________________________________________________ 


1 Okt / 24 Safar - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Lt.Kol Rudin

Kitab 40 Hadis Keadaan Umat sebelum Kiamat


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

[An-Nasa'iy/ 1292, sahih]


“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hambaMu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim. Dan berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim”

[Hadis Sahih, HR Bukhari 6/27, 7/157, An Nasa-i 3/49, Ibnu Majah no. 903, Baihaqi 2/147, dan Ath Thahawiy dalam “Musykilul Atsaar” 3/73]


Firman Allah : “ Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia).” 

(Surah Al-Qalam : ayat 4)


Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam 

_____________________________________________________

23 Sept. 2021
Khamis malam Jumaat
MALAM MUNAJAT
#Solat Maghrib
#Bacaan Surah Yassin
#Zikir
#Solat Isyak
#Solat Taubat
#Bacaan Al-Mulk

19 HARI MENUJU MAULID NABI

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
[An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

✅JOINT WASAP GROUP MASJID
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl


_____________________________________________________

29 Okt - Rabu
Rabu - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz ABdul Manas
Bahagian Pengutkuasaan JHEAINS
Kitab Tanbihul Ghafilin

Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah al-Baqarah (186)

Ibnu Kathir menjelaskan, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Di dalam pengertian ini terkandung anjuran untuk sentiasa berdoa, dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/506)

___________________________________________

28 Sept - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin - Timb.MUFTI N9
Isu Semasa & Fatwa Terkini
#21 HARI MENUJU MAULID NABI SAW

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi;
:- dan (pada) pertukaran malam dan siang; 
:- dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; 
:-demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,
:-serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; 
:-demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
:-sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Surah al-Baqarah: 164)


_________________________________________________

283 penerima Sumbangan foodbank@masjid
Setakat 27 Sept 2021


Firman Allah SWT:

Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan & kebaktian (yg sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yg kamu sayangi.
(Surah Ali-Imran: 92)

Saudaraku, 
AMBIL Apa Yg Perlu,
BERI Apa Yg Mampu

MASJID KARIAH TELOK KEMANG
05-049-01-0000-408
BANK ISLAM

Atau Sumbangan melalui 👇
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

Hubungi Biro Kebajikan Masjid
Wasap.my/+60129066973/nak.info.foodbank
Wasap.my/+60172544596/nak.info.foodbank


_______________________________________________________

27 Sept - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue
Kitab Akhlak Sorang Muslim

JANGAN TERTIPU DGN AMALAN

Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.

(al Baqarah: 266)

Umar radhiyallahu ‘anhu menanyakan kepada para shahabat tentang tafsir ayat diatas…

Ibnu Abbas menjawabnya:

“yakni perumpamaan orang yang RAJIN beramal dengan ketaatan kepada Allah, lalu Allah mengirimkan syaithan padanya, lalu dia banyak bermaksiat sehingga amal-amalnya terhapus”

[lihat: Fathul Baari (VII/49); al-Bukhariy (4538)]