PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN.
Tidak ramai orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah ketika yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia.
Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah) atau penghujung yang buruk (Su'ul Khatimah).
Allah SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 - 37.
"Dan mereka menjerit di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."
(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seseorang pemberi peringatan? Rasakan (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolong pun."
Sahabat Sayyidina Ali ra, Ibnu Abbas ra dan Abu Hurairah ra menjelaskan firman Allah swt di atas (yang ertinya) :
"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahawa ertinya sampai mencapai usia 60 tahun.
Sedangkan yang dimaksudkan 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut ulamak adalah adanya uban di kepala dan 'Pemberi Peringatan' iaitu Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah saw juga menguatkan ayat di atas (yg ertinya) :
"Allah swt memberi uzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun."
- HR Bukhari no. 6419.
Ibnu Hajar rah mengatakan : "Makna hadis" bahawa uzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, "Andai usia saya dipanjangkan, saya akan melakukan apa yang diperintahkan kepada saya".
Dengan usia yang mencapai 60 tahun, tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan tumpuan untuk akhirat.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa usia umatnya adalah antara 60~70 tahun.
Sedikit yang berjaya melepasinya."
- HR Tirmidzi dan Ibnu Majah.
Dan, "Pertarungan maut itu berada di antara usia 60 hingga 70 tahun."
- HR Bukhari.
Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin) memberikan tausiah ;
"Sesiapa yang meyakini perjumpaan dengan Yang Maha Mencipta, dia harus sedar bahawa dia akan ditanya. Dan siapa yang yakin perkara ini, dia harus menyiapkan jawapannya".
"Bagaimana jalan keluarnya?"
"Caranya mudah!"
Imam Fudhail menjelaskan tentang teori bertaubat:
"Beribadah dan beramal solehlah di sisa usiamu, kerana Allah SWT sangat menyayangi hamba-Nya yang mahu menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, Insya Allah.
Allah SWT akan mengampunkan dosa² yang telah lalu dan memberikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di akhirat.
Ketika kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah mencapai 60 tahun atau lebih, biasakan berdo'a memohon perlindungan dari tiada daya upaya, malas, fitnah dan dijauhkan dari siksa kubur :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua. Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".
Jangan merasa aneh, inilah kehidupan. Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain solatmu.
Alam itu aneh ???,
Jenazah disusul dengan jenazah. Kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus kedengaran.
Ada yang mati kerana;
- Kemalangan.
- Pelbagai penyakit.
- Sakit tua.
- Mati mengejut.
- Mati dalam tidur.
- Nyawa dicabut ketika buat amal seperti sedang solat (sedang sujud)
- Sedang beri ceramah agama atau beri khutbah.
- Sedang bersukan spt main bola dll.
Pendekata seribu cara kematian yang sepatutnya memberi keinsafan kpd kita.
Kita akan berhenti mendengar berita kematian bila kita sendiri yang mati.
Hariku kita pasti akan tiba, persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tiada kembali.
Wahai orang yang menunda taubat dengan alasan kerana masih muda, kubur bukanlah untuk orang tua saja, kubur adalah tempat manusia semua usia.
Sungguh dunia ini hanya tiga (3) hari :
Kelmarin:
Kita hidup dan tidak akan kembali ke kelmarin lagi.
*Hari ini *
Kita masih mampu menarik nafas tapi cuma 24 jam sebelum menjelang esuk.
Esok:
Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi meskipun telah di rancang. Minta2 tak mati lagi.
Kita makan semalam untuk hidup hari ini. Kita makan hari ini harap2 hidup esok.
Semalam dan hari ini kita masih mendapat khabar ada kematian melalui pelbagai media cetak dan elektronik, esuk pasti ada lagi berita kematian. Esok atau lusa mungkin kita tidak dengar lagi berita kematian...
Saya mengingatkan diri saya dan sahabat maya, bersedekahlah, berbuatlah amalan baik ikut cara Sunnah Baginda Rasulullah SAW kerana kita akan pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya.
Ya Allah kami memohon keredhaannmu Husnul Khatimah dan beruntung dengan mendapat syurga dan selamat dari api neraka.
Sesiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan dan kegemaran, dia akan mati dalam kebiasaan dan kegemarannya itu.
Sesiapa yang mati dalam suatu keadaan dia akan dibangkitkan dalam keadaan itu.
Jika sahabat sudah baca tulisan ini, sahabat sudah dapat pahalanya, namun bila sahabat sebarkan dan orang lain mendapakan manfaat juga, akan dilipat gandakan pahalanya.
KITA CUMA MAMPU BERPESAN-PESAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Wallahu a'lam bissawab.