18 Dec/3 Jamadilawal - Jumaat
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Abdul Jabar Aliho
Dari Abu Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,
✈️sesiapa yang pergi pada masa yang ke2, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,
✈️dan sesiapa pergi pada masa yang ke3, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
✈️dan sesiapa yang pergi pada masa yang ke4 seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
✈️dan sesiapa yang pergi pada masa ke5, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur
dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”.
[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]