Pengajaran Hadis:
1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ adalah amalan yang dituntut.
2. Mukmin yang paling utama akan bersama Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti adalah yang paling banyak berselawat ke atas Baginda.
3. Orang yang berselawat ke atas Nabi ﷺ, para malaikat juga berselawat ke atasnya (Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya). ‘Amir Bin Rabi’ah meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda:
ما مِنْ عبدٍ يُصَلِّي علَيَّ إلَّا صَلَّتْ عليه الملائكةُ ما دامَ يُصَلِّي علَيَّ فلْيُقِلَّ العبدُ مِنْ ذلِكَ أوْ لِيُكْثِرْ
"Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. (HR at-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654 & Ahmad, 24/457, no. 15689)
4. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ terutamanya pada hari Jumaat.
عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
Daripada Abi Umamah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku." (HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)
#stopcovid19
#kitajagakita
#staysafe