Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
"Kesimpulan akhir lawatan kami ke Masjid Taman Temerloh Jaya Pahang."
Kesimpulan akhir lawatan kami ke Masjid Taman Temerloh Jaya Pahang.
Bagaimana mereka mampu menghasilkan jemaah solat yang ramai.
Masjid dan Penggerak
1. Masjid ini di bina pada tahun 2010 oleh kerajaan, dan mereka mengamanahkan ahli jawatan kuasa masjid yang baik untuk mengurus masjid.
2.Pentadbir dan Pegawai adalah individu berbeza, maka pertintihan tugas tidak berlaku, dan setiap individu faham dan teguh dengan tugas-tugas mereka. Para petugas yang culas akan di pecat.
3.Masjid ini menjalankan operasinya seumpama sebuah syarikat di kepalai oleh seorang yang berwibawa dan kata-katanya di persetujui oleh ahli jawatan kuasa. Ketua yang kuat dan berpengaruh memainkan peranan yang penting dalam sebuah organisasi.
4.Meletakkan tujuan yang jelas, iaitu menjadikan Masjid sebagai “Islamik center” pemangkin umat setempat, mencontohi Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Maka semua petugas mencurahkan segala daya upaya yang terbaik untuk merialisasikan.
5. Menanamkan niat yang jelas dikalangan penggerak. Menjadikan Allah Rob, Tuhan yang merupakan “Majikan”, Jika Allah sebagai Majikan, Pasti Allah akan beri ganjaran yang lebih baik berbanding Manusia, sebab itu mereka para penggerak sanggup “bekerja” lebih masa, sebab “Majikan” mereka adalah ALLAH.
6. Membuat satu “business plan” atau Road Map yang jelas apa yang mereka ingin capai, lalu meletakkan garis panduan, dan “step by step” bagaimana ingin mencapai tujuan mereka.
7.Arahan adalah dari atas ke bawah dengan musyawarah, bukan dari bawah keatas. Sebab ketua mereka tegas dan memberikan komitmen yang baik dalam pengurusan masjid.
8. Dana dari sumbangan digunakan dengan maksimum, dapat RM1, guna RM1. Mereka tidak lokek untuk menggunakan dana.
9.Mengubah landskap masjid menjadi suatu tempat “istirehat” yang mendamaikan.
a)Mementingkan “first impression” luaran masjid yang indah dan bersih
b) Menjadikan ruangan solat selesa, bersih dan wangi dan “fully aircondition”
c)Menyediakan kelengkapan kebersihan yang terbaik seperti tandas yang 5 bintang.
d) Menggajikan pekerja am untuk memastikan masjid sentiasa dalam keadaan segar sentiasa 24 jam.
e) Melantik seorang “Designer”yang profesional untuk menyusun atur keindahan masjid, ertinya hanya idea dari 1 kepala sahaja.
10. Memberikan kemudahan yang selesa kepada para petugas.
a) Bilik khas imam yang “fully renovate”, maka imam selesa dan segar jiwanya untuk bertugas.
b) Bilik khas bilal, menetapkan satu mic untuk sorang bilal kerana suara bilal berbeza, tak perlu ubah seting mic. maka secara tidak langsung, mengikat hati bilal untuk komitmen dengan tugasnya, kerana mic sudah di setting khusus oleh “audio technician “sesuai dengan suaranya.
11. Menjadikan system audio masjid berkualiti tinggi, suara imam sedap di dengar sehingga makmum yang solat tenggelam dalam kelunakan bacaan imam. Modal mereka RM30 ribu hanya untuk sistem audio.
12. Modalkan ruang khusus bilik mesyuarat yang lengkap untuk memotivasikan para penggerak, bahawa tugas mereka bukan tugas picisan.
Imam dan Makmum
1. Imam mempunyai penampilan yang exclusive, segak dan kemas.
2. Imam mempunyai ilmu pengetahuan alquran yang baik, dengan bacaan yang jelas dan enak di dengar
3. Imam memimpin solat dalam kadar masa yang singkat, membaca bacaan ayat quran yang pendek tetapi berlagu. Maka makmum berasa selesa dan ringan mengerjakan solat.
4. Bacaan wirid yang pendek dan ringkas tidak “syok sendiri” oleh imam, seolah-olah imam faham, makmum ingin cepat pergi bekerja.
5. Bacaan doa yang tidak berjela-jela seperti nak menunjuk-nunjuk pandai membaca doa.
6. Mengkedepankan Imam yang layak walaupun ia orang kemboja.
7. Imam mempunyai gaji khusus yang layak padanya, maka Imam terasa dihargai dengan gaji yang diberi, maka dia akan buat yang terbaik untuk memastikan, solat yang dipimpinnya adalah solat yang terbaik.
Strategi menarik makmum
1. Menggunakan ayat quran dan Hadith yang sohih sebagai bahan hebahan kepada masyarakat awam tetang kebaikan solat berjamaah di masjid.
2. Semua ahli jawatan kuasa memainkan peranan mengajak masyarakat setempat untuk memenuhi panggilan azan. Bukan semata-mata merasa diri sudah mulia sebab hanya dia ke masjid.
3. Memberikan kebebasan pada makmum untuk menggunakan fasiliti masjid yang ada.
4. Kanak-kanak turut digalakkan solat bersama-sama
5. Menyediakan kemudahan alat mengajar yang moden dan selesa.
6. Mereka berjaya sebab mereka mampu mengubah persepsi masyarakat setempat bahawa masjid adalah ‘MASJID KITA”, bukan masjid ‘ahli masjid’ semata-mata.
Wallahualam.
Pengamatan oleh : Abu Urwah Nasarudin ( Ahli Kariah Masjid Nurul Iman Felda Palong 9,10,11 & 18), Negeri Sembilan setelah mengadakan lawatan pada 22 Jamadil Akhir 1441
Kanak-kanak turut digalakkan solat bersama-sama