Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
Renungan Hari Ini
RENUNGAN HARI INIπ₯
Assalamualaikum_Warah Matuallahi Wabarokatu Selamat Pagi *πcPedoman untuk diri saya, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang disayangi dan dikasihi sekalian....
JOM BERSIHKAN HATI.
HATI BERSIH HIDUP TENANG DAN BAHAGIA.
πππππ
1 . JANGAN cari salah orang, salah sendiri banyak pun kita tidak sedar .
πππ
2 . JANGAN hina orang, Allah tidak pernah hina kita .
πππ
3 . JANGAN buka aib orang, Allah simpan aib kita sampai hari akhirat .
πππ
4 . JANGAN perlekehkan orang, Allah hargai setiap usaha hambaNya .
πππ
5 . JANGAN mengata orang, Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan
menolong kita dalam kesusahan .
πππ
6 . JANGAN sakitkan hati orang, doa orang yang teraniaya itu makbul .
πππ
7 . JANGAN bangga dengan amal ibadah kita .Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima
atau tidak .
πππ
8 . JANGAN sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa saja .
πππ
9 . JANGAN bandingkan orang lain dengan kita .Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza .
πππ
10 . JANGAN sedih dengan kekurangan kita .Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
π Hati yang bersih diberkati dan dirahmati oleh Allah. π SEMOGA KITA SEMUA BERADA DI DALAM PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammadπππππ