Assalamualaikum
Terlalu banyak kelebihan orang yang membaca Al Quran sama ada ganjaran itu diperoleh di dunia lebih lebih lagi di akhirat. Jika dibaca di dalam solat, satu huruf diberi 100 ganjaran, di luar solat (berwuduk) 50 ganjaran dan tanpa wuduk 10 ganjaran pahala bagi setiap huruf. Cuba bayangkan jika membaca Bismilahir rahma nirrahim, berapa huruf telah disebut dan begitulah ganjarannya. Selain itu tatapilah beberapa pendapat di bawah sebagai renungan mengenai kelebihan membaca Al Quran, semoga bermanfaat;
🌿 Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".
"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".
🌿 Berkata Al-Imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".
🌿 Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".
🌿 Berkata Ibnu Solah :
"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran, maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".
🌿 Berkata Abu Zanad :
"Di tengah malam, aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".
🌿 Berkata sebahagian ahli tafsir
Manakala kita menyibukkan diri dengan membaca Al Quran, maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkatan dan Kebaikan di dunia.
Oleh itu, rajin rajinlah memegang Al Quran kerana tangan yang sentiasa memegang Al Quran itulah yang akan bersaksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, selain pahala bacaannya pula akan membantu menjawab soalan soalan malaikat di dalam kubur!!